~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, November 24, 2011

Tony Puaka kantoi - Putar belit fakta tak menjadi!

Dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kononnya susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan adalah tidak benar dan hanya bertujuan memutarbelitkan fakta semata-mata.

Hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan terhadap susu tersebut mendapati, kandungan produk itu tidak berbahaya kepada kesihatan dan kandungan vitamin A dalam produk susu itu adalah sebanyak 3240 I.U bagi setiap 100 gram. Ia tidak melebihi daripada had sebenar iaitu sebanyak 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008

“Mengikut peraturan kandungan susu rumusan bayi, had maksimum vitamin A yang dibenarkan ialah sebanyak 500 I.U,” katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Baru-baru ini, Tony mendakwa, kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 I.U bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan.

Jelas Tiong Lai, tindakan Setiausaha Publisiti DAP itu mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan ‘tumbesaran’ (growing formula) itu dengan peraturan susu rumusan bayi (infant formula).

Sementara itu, tambahnya, pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes minuman buah-buahan blackcurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Beliau bagaimanapun berkata, pemeriksaan terhadap produk sos tiram mendapati kandungan protein dalam produk tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.

Menurut beliau, keputusan analisis dua produk sos tiram itu menunjukkan produk itu masing-masing mengandungi sebanyak 0.8 dan 1.0 peratus protein berbanding standard iaitu tidak kurang daripada 2.5 peratus protein.

Justeru, beliau telah memaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya mengambil tindakan kepada pengeluar produk itu dan mengarahkan ia ditarik daripada pasaran serta-merta.

“Kementerian Kesihatan tidak sekali-kali akan bertolak ansur terhadap pihak yang mengeluarkan produk makanan yang boleh membahayakan kesihatan rakyat,” kata beliau.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment