~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Sunday, August 28, 2011

Mat Sabu..Ohhh Mat Sabu...!!!


Pejuang yang dihina? Sebahagian daripada anggota polis yang terlibat tragedi berdarah Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Dalam tragedi itu, seorang demi seorang anggota polis dan ahli keluarga mereka gugur. Seramai 25 orang terkorban dalam suasana menyayat hati. Laungan Allahuakbar sentiasa bergema sambil mereka mempertahankan balai polis itu. Mereka diserang 200 anggota pengganas komunis dari setiap sudut. Malah sebahagian daripada mereka dicampak hidup-hidup ke dalam api. Mereka gugur sebagai pejuang tanah air yang menjadi kebanggaan kita semua. Namun lain pula cerita yang dijaja oleh Mohamad Sabu...

Kawan sebenarnya tidak berminat untuk menulis tentang politik apatah lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun perihal Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengherokan pengganas komunis dan menghina anggota pasukan keselamatan, tidak boleh dibiarkan.

Semalam, Utusan Malaysia menerusi laporan muka depan mendedahkan kenyataan Mat Sabu yang menganggap pengganas kompeni Ke-4 dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong, sebagai hero sebenar.

Dengan kata lain, 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban ketika mempertahankan balai tersebut, tidak perlu diiktiraf pengorbanan mereka dalam sejarah tanah air.

Antara lain beliau mendakwa:

* Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis, adalah hero sebenar.

* Mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai (lantikan) British.

* Berikrar untuk menulis semula sejarah jika pembangkang memerintah negara.

Belum pun lenyap isu khalwatnya suatu masa dahulu dan isu beliau didakwa bercakap bohong kononnya dilanggar oleh kereta polis semasa perhimpunan haram 9 Julai, sekali lagi Mat Sabu jadi perhatian. Kawan melihat ia suatu penghinaan kepada negara lebih-lebih lagi menjelang Hari Kemerdekaan, Rabu ini.

Kenyataan terbaru beliau itu mencetuskan kemarahan dan bantahan banyak pihak. Ia mengguris hati warga pasukan keselamatan dan waris-waris mereka. Kawan sendiri mendidih darah. Ramai ahli Pas termasuk dari kalangan bekas anggota pasukan keselamatan serta keluarga mereka tersentak dengan kenyataan beliau.

Tetapi Kawan tidak terkejut. Mat Sabu sebenarnya membawa aspirasi pihak lain yang memang sentiasa menyala agenda mereka untuk menulis semula perlembagaan dan sejarah Malaysia.

Strategi pemimpin tertentu DAP untuk menjalin hubungan rapat dengan Mat Sabu ternyata membuahkan hasil. Difahamkan, beliau semakin kerap mewakili pemimpin kanan DAP ke majlis-majlis yang berkaitan dengan hal ehwal Melayu. Tidak mengapalah jika beliau mendapat kepercayaan DAP tetapi janganlah mudah sangat diperalatkan. Perbuatan menghasut orang ramai agar menafikan sejarah adalah lebih bahaya daripada ancaman pengganas militan.

Setiap warga negara mesti patriotik dan kental asas kenegaraan, yang sepatutnya dijunjung oleh Mat Sabu. Kawan tidak terkejut sekiranya pembangkang memerintah, beliau akan menobatkan pemimpin PKM, Chin Peng sebagai tokoh kebangsaan dan mencadangkan Malaysia dijadikan negara republik. Orang seperti Mat Sabu boleh mencari apa sahaja kewajaran walaupun terpaksa mengelirukan fakta sejarah.

Inilah harga yang perlu dibayar oleh Pas kerana mengangkat orang yang tidak berwibawa seperti Mat Sabu sehingga ke jawatan Timbalan Presiden. Kawan simpati dengan Pas kerana mempunyai pemimpin seperti itu.

Sebelum ini, reputasi beliau selalu dipersoalkan. Beliau lebih dianggap sebagai Pak Badut dalam parti. Lagi banyak beliau buka mulut maka lagi buruk imej Pas. Mat Sabu juga mencerminkan kebodohan Melayu berpolitik. Ghairah untuk untung jangka pendek tetapi merugikan bangsa untuk selama-lamanya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment