~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, August 31, 2011

PKR beri amaran - DAP jangan besar kepala!

Ahli Jawatankuasa DAP negeri, Zulkifli Mohd Noor diingatkan supaya tidak ‘besar kepala’ dengan meminta PKR, memulangkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri kepada DAP pada pilihan raya umum ini.

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata, DAP sudah mempunyai 19 kerusi di negeri ini dan Zulkifli tidak sepatutnya menuntut lagi kerusi untuk diberikan kepada calon Melayu DAP yang dikatakan, mampu menarik pengundi Melayu.

Johari berkata, Zulkifli perlu meminta kerusi sedia ada daripada DAP untuk meletakkan calon Melayu. Menurutnya, Zulkifli yang boleh dianggap senior dalam politik, seharusnya memahami prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mengamalkan perkongsian kuasa dan bukan membolot semua kerusi untuk DAP.

“DAP perlu sedar kerana sebelum ini, mereka langsung tidak mendapat perhatian pengundi Melayu, namun selepas parti itu bergabung bersama PKR dan Pas, barulah pengundi Melayu percaya kepadanya.

“Mereka sudah ada 19 kerusi, tapi sekarang, dia minta lagi dari PKR untuk DAP meletakkan calon Melayu. Kalau dia nak bertanding, dia perlu minta kerusi dari DAP sendiri," katanya di sini semalam.

Sementara itu, Zulkifli ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu kerana diarahkan tidak memberi kenyataan media.

“Biar kita sambut Aidilfitri dahulu dan saya akan ulas perkara ini selepas raya,” katanya.

Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon Melayu dari DAP untuk bertanding.

Dalam kenyataan disiarkan portal berita Malaysiakini kelmarin, Zulkifli dilaporkan berkata, partinya ‘tiada pilihan’, sekurang-kurangnya mendapatkan satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dun daripada PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

Sekiranya DAP gagal membariskan calon Melayu, ia akan dilihat sebagai parti anti-Melayu dan cauvinis”, katanya.

Gaduh le korang..jangan tak gaduh..!!!

Penang Wasabi..

Tuesday, August 30, 2011

Kenyataan Mustafa Ali di program Hardtalk BBC, 30 Sept 2003 : Memang sah negara Islam bukan objektif PAS!

Parti Islam Semalaysia ( PAS ) telah menzahirkan pandangan bercanggah mengenai pendiriannya berhubung Islam dan negara Islam. Semasa temubual dalam program Hardtalk, British Broadcasting Corporation (BBC), Naib Presiden PAS Datuk Mustafa Ali memberitahu pendengar di seluruh dunia bahawa negara Islam bukannya satu objektif dalam perlembagaan parti itu.

Sebaliknya, beliau berkata media telah menggunakan istilah `negara Islam' untuk `menakutkan orang bukan Islam'.

Tetapi ketika Mustafa menyatakan pandangannya itu kepada pengantara Hardtalk, Tim Sebastian dalam satu temubual yang dikendalikan oleh penyampai yang pernah memenangi anugerah itu di Kuala Lumpur awal bulan ini, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula pada hari yang sama telah menyatakan pandangan yang berbeza sepenuhnya.

Hadi, yang sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa Pas akan meneruskan perjuangannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hukum Hudud di negeri-negeri di bawah pemerintahannya, telah mengumumkan pada hari yang sama dengan temubual itu disiarkan, bahawa Terengganu, dengan beliau selaku Menteri Besar waktu itu, akan mewartakan Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) sebelum hujung Oktober dan menguatkuasakan undang-undang itu serta-merta.

Mustafa memberitahu Sebastian: “Istilah negara Islam” tiada tercatat dalam perlembagaan parti kami...kami tidak pernah menyebut mengenai negara Islam dalam perlembagaan kami...kami menyebut bahawa masyarakat perlu mematuhi nilai-nilai baik yang menjadi pegangan Islam.

Hanya media yang menggunakan istilah negara Islam untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam, pemimpin-pemimpin kerajaan Barisan Nasional juga memperbesar-besarkan isu itu untuk menakutkan orang bukan Islam sebagai satu cara untuk membolehkan mereka terus berkuasa.

Pemimpin-pemimpin kerajaan, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada masa lepas telah mengkritik pemimpin-pemimpin Pas kerana `cakap kosong', menyatakan mereka memberikan komen berbeza di hadapan audien berlainan, mencerminkan Pas tidak ikhlas.

``Pas akan menyatakan sesuatu perkara kepada bukan Melayu dan perkara lain kepada orang Melayu,'' kata Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam satu sidang akhbar.

Sebastian, yang terkenal dengan kehebatannya mengemukakan soalan tanpa belas kasihan, turut membuatkan Mustafa terperangkap dan tidak pasti apabila beliau bertanya mengenai pandangan Pas mengenai serangan bom berani mati dan kaitan parti itu dengan Hamas, kumpulan militan Palestin yang mengaku bertanggungjawab bagi serangan berani mati, dan Hizbullah, pertubuhan militan Lebanon.

Mustafa berkata, pertubuhan berkenaan merupakan pejuang kebebasan tetapi apabila Sebastian berkata hubungan Pas dengan kumpulan-kumpulan berkenaan adalah tidak konsisten dengan perisytiharannya sebagai sebuah parti Islam sederhana, Mustafa, yang cuba menjauhkan parti itu daripada kumpulan berkenaan berkata `sudah lama dahulu' Pas menjadi tuan rumah kepada pemimpin-pemimpin Hamas dan Hizbullah.

Sebastian kemudian merujuk kepada notanya dan mengingatkan Mustafa bahawa kali terakhir ialah `hanya pada Mei tahun lepas'. Mustafa, yang jelas terperangkap dengan soalan itu, berkata: ``Ya, (tetapi) ia tidak bermakna kami menyokong pejuang kebebasan, kami bersetuju dengan setiap tindakan mereka''.

Mustafa kemudian mengolah semula jawapannya dan berkata Pas `tidak menyokong' Hamas jika anggotanya meletupkan diri mereka untuk membunuh orang awam yang tidak bersalah dan adalah adil bagi mereka untuk berbuat demikian terhadap tentera Israel yang telah melakukan pelbagai kekejaman terhadap penduduk Palestin.

Perkara itu turut bercanggah dengan pandangan Hadi pada perhimpunan agung parti itu dua minggu lepas apabila beliau menyifatkan pengebom berani mati Hamas sebagai `mati syahid'. Kepada soalan lain, Mustafa bersetuju dengan Sebastian bahawa sekiranya parti itu berjaya berkuasa, ia akan melaksanakan corak kerajaan `satu negara, dua sistem'!

Sebastian: ``Anda juga akan menjatuhkan hukuman mati terhadap mereka yang keluar dari agama Islam?''

Mustafa: ``Tidak, tidak, tidak. Tiada paksaan bagi orang untuk memeluk Islam. Sekiranya mereka memeluk Islam dan dengan senyap-senyap keluar daripada agama Islam tanpa pengetahuan sesiapa, mereka boleh (terlepas) begitu sahaja...jika mereka mengumumkan kepada dunia bahawa mereka meninggalkan agama Islam, ia sama seperti mengisytiharkan perang terhadap Islam, bahawa Islam tidak baik...''

Di sini, Mustafa sekali lagi terperangkap apabila Sebastian berkata ini bermakna Pas menolak Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia yang memperuntukkan setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, hati nurani dan agama, termasuk kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaan sama ada secara sendirian atau dalam berkumpulan dengan orang lain di tempat terbuka atau persendirian.

Mustafa: Jika seseorang mahu keluar daripada agama Islam secara senyap-senyap, terpulang kepada dirinya sendiri, jika seseorang keluar Islam secara terbuka, pasti orang berkenaan ada maksud tidak baik...

Sebastian: Tetapi Deklarasi Sejagat mengenai Hak Asasi Manusia membenarkan mereka berbuat demikian secara terbuka...

Mustafa: Kita perlu bincangkan perkara ini..!!!

Demikianlah serba sedikit kenyataan dari para pemimpin PAS berhubung dengan penubuhan negara Islam jika mereka berjaya memerintah negara. Di lihat mereka masih berdolak dalih dalam isu negara Islam ini.

PAS bukanlah parti Islam sebenarnya apabila tokoh-tokoh mereka sendiri yang menafikannya. Malah ada seorang lagi pemimpin PAS iaitu bekas Menteri Besar Perak secara terang-terang ketika sidang Dewan berlangsung juga menafikan yang PAS hendak menegakkan negara Islam sehingga mencabar kepada sesiapa yang dapat membuktikannya? Malah ianya di akui juga oleh Husam Musa di Kelantan. Bagi Husam Islam hanyalah Idealisme sahaja kepada PAS.

Dan jika ahli-ahli PAS masih lagi mendabik dada yang mengatakan mereka adalah parti Islam, maka suruh sahaja mereka tunjukkan di mana dalam perlembagaan parti PAS yang mengatakan PAS hendak menegakkan negara Islam PAS. Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Sunday, August 28, 2011

Mat Sabu..Ohhh Mat Sabu...!!!


Pejuang yang dihina? Sebahagian daripada anggota polis yang terlibat tragedi berdarah Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Dalam tragedi itu, seorang demi seorang anggota polis dan ahli keluarga mereka gugur. Seramai 25 orang terkorban dalam suasana menyayat hati. Laungan Allahuakbar sentiasa bergema sambil mereka mempertahankan balai polis itu. Mereka diserang 200 anggota pengganas komunis dari setiap sudut. Malah sebahagian daripada mereka dicampak hidup-hidup ke dalam api. Mereka gugur sebagai pejuang tanah air yang menjadi kebanggaan kita semua. Namun lain pula cerita yang dijaja oleh Mohamad Sabu...

Kawan sebenarnya tidak berminat untuk menulis tentang politik apatah lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri. Namun perihal Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mengherokan pengganas komunis dan menghina anggota pasukan keselamatan, tidak boleh dibiarkan.

Semalam, Utusan Malaysia menerusi laporan muka depan mendedahkan kenyataan Mat Sabu yang menganggap pengganas kompeni Ke-4 dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong, sebagai hero sebenar.

Dengan kata lain, 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban ketika mempertahankan balai tersebut, tidak perlu diiktiraf pengorbanan mereka dalam sejarah tanah air.

Antara lain beliau mendakwa:

* Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis, adalah hero sebenar.

* Mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai (lantikan) British.

* Berikrar untuk menulis semula sejarah jika pembangkang memerintah negara.

Belum pun lenyap isu khalwatnya suatu masa dahulu dan isu beliau didakwa bercakap bohong kononnya dilanggar oleh kereta polis semasa perhimpunan haram 9 Julai, sekali lagi Mat Sabu jadi perhatian. Kawan melihat ia suatu penghinaan kepada negara lebih-lebih lagi menjelang Hari Kemerdekaan, Rabu ini.

Kenyataan terbaru beliau itu mencetuskan kemarahan dan bantahan banyak pihak. Ia mengguris hati warga pasukan keselamatan dan waris-waris mereka. Kawan sendiri mendidih darah. Ramai ahli Pas termasuk dari kalangan bekas anggota pasukan keselamatan serta keluarga mereka tersentak dengan kenyataan beliau.

Tetapi Kawan tidak terkejut. Mat Sabu sebenarnya membawa aspirasi pihak lain yang memang sentiasa menyala agenda mereka untuk menulis semula perlembagaan dan sejarah Malaysia.

Strategi pemimpin tertentu DAP untuk menjalin hubungan rapat dengan Mat Sabu ternyata membuahkan hasil. Difahamkan, beliau semakin kerap mewakili pemimpin kanan DAP ke majlis-majlis yang berkaitan dengan hal ehwal Melayu. Tidak mengapalah jika beliau mendapat kepercayaan DAP tetapi janganlah mudah sangat diperalatkan. Perbuatan menghasut orang ramai agar menafikan sejarah adalah lebih bahaya daripada ancaman pengganas militan.

Setiap warga negara mesti patriotik dan kental asas kenegaraan, yang sepatutnya dijunjung oleh Mat Sabu. Kawan tidak terkejut sekiranya pembangkang memerintah, beliau akan menobatkan pemimpin PKM, Chin Peng sebagai tokoh kebangsaan dan mencadangkan Malaysia dijadikan negara republik. Orang seperti Mat Sabu boleh mencari apa sahaja kewajaran walaupun terpaksa mengelirukan fakta sejarah.

Inilah harga yang perlu dibayar oleh Pas kerana mengangkat orang yang tidak berwibawa seperti Mat Sabu sehingga ke jawatan Timbalan Presiden. Kawan simpati dengan Pas kerana mempunyai pemimpin seperti itu.

Sebelum ini, reputasi beliau selalu dipersoalkan. Beliau lebih dianggap sebagai Pak Badut dalam parti. Lagi banyak beliau buka mulut maka lagi buruk imej Pas. Mat Sabu juga mencerminkan kebodohan Melayu berpolitik. Ghairah untuk untung jangka pendek tetapi merugikan bangsa untuk selama-lamanya.

Penang Wasabi..

Wednesday, August 24, 2011

Liwat II: Anwar Kelihatan Semakin Tertekan....!!!



08:35 pagi: Anti Anwar Bawa Banner ' Selamat Hari Raya Peliwat 2,0 'dan' Keadilan Untuk Saiful '

9:13 pagi: Ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng tiba dan dilihat bercakap dengan Anwar, yang berdiri dalam kandang tertuduh.

9:15 pagi: Prosiding mahkamah bermula di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

9:16 pagi: Saksi pembela keempat, Dr Brian McDonald mula memberi keterangan dan disoal oleh peguambela Ram Karpal.

9:40 pagi: Ahli kimia Dr Seah Lay Hong Kimia, yang memberi keterangan sebelum ini, membantu pihak pendakwa sebagai konsultan. Beliau duduk di antara Yusof dan DPP Noorin Badaruddin.

9:46 pagi: McDonald berkata dia menyediakan satu laporan berasingan selepas mendapat data dari kedua-dua ahli kimia Malaysia.

Dokumen itu bertajuk ''Report of Malaysian Version in the case of PP vs AI'. Beliau menyediakan laporan itu pada tahun 2009.

9:47 pagi: Beliau menjelaskan mengenai ujian forensik DNA.

9:53 pagi: Beliau menjelaskan mengenai 'short tandem repeat' (STR) dan 'loci' dalam ujian DNA.

10:01 pagi: McDonalds menjelaskan terma seperti starter, peaks, polymerase Chain Reaction (ujian PCE), dan electropherograms.

McDonald menjelaskan bahawa DNA dari darah, mani darah, dan sampel badan seseorang itu, adalah sentiasa serupa.

10:24 pagi: McDonald menjelaskan terdapat garispanduan standard antarabangsa agar ia boleh ditafsirkan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Ram Karpal jelas cuba membentuk persepsi bahawa prosedur/kaedah kajian DNA dalam kes ini tidak menepati garis panduan piawaian antarabangsa. Seterusnya mempersoalkan integriti kajian dankeputusan kes ini boleh dipertkai.

Ram Singh bertanya samada kajian DNA yang dilakukan oleh Jabatan Kimia negara ini menepati garis panduan piawaian antarabangsa. Dr McDonald menjwab setahunya sesebuah makmal yang mengemukkan bahan kajian dan bukti kepada mahkamah harus diberi kreditasi seperti mana berlaku di Australia.

Sekali lagi Ram Singh cuba memaksa satu pendirian khusus dari saksi untuk mengatakan kajian di Malaysia tidak ada akreditasi. Ini dibantah oleh Dato Yusof kerana keterangan kompeten kerana saksi hanya merujuk sumber dari intenet. Berlaku sedikit ketegangan antara DPP dan peguambela termasuk Anwar yang menyuarakan bantahan dari kandang tertuduh.

1038 - Ram Karpal meminta saksi merujuk salinan surat kreditasi yang ditujukan kepada Lim Koon Boon, Jabatan Kimia pada April 5hb, 2010 tetpi dibantah oleh DPP kerana ia bukan ditujukan tujukan kepada saksi serta ia tidak boleh dikemukakan sebagai bukti.

Berlaku sedikit kecohan kerana antara DPP dan peguambela. Mahkamah gamat seketika.

Mahkamah berehat sekejap.

1046 - Anwar terus mendapatkan para peguamnya bagi menuntut penjelasan berhubung perkara tadi. Dia kelihatan tenang tetapi tidak semena-mena hadirn macam bangun dari tidur dan segar selepas sesi awal yang membosankan dan terlalu teknikal.

Nampaknya usaha pembelaan untuk mempertikaikan akreditasi makmal di Malaysia hampir gagal.

KOMEN

Apa yang berlaku tadi adalah Dr Bran McDonald cuba untuk mengatakan accreditasi Jabatan Kimia sudah expired pada tahun 2005. Pihak prosecutor terus mengeuarkan surat dari badan antarabangsa.

Dr McDonald juga cuba memberi padangan tentang akkreditasi harus memenuhi kriteria tertentu, lalu di tentang oleh Dato Yusof. Bantahan Dato Yusof adalah sintis ini tidak layak untuk membuat komen sedemikian kerana dia bukan dari Lembaga Akkreditsi!

Anwar dan Latheefa Koyak dah mula buat "spin" di tweeter kata usaha untuk menahan bukti dipersembahkan di mahkamah dan kononnya pendakwa menahan surat akkreditasi kepunyaan Jabatan Kimia sendiri.

1107 - Perbicaraan kembali semula.

Tapi tak lama lepas Ram Karpal menyoal saksi, ketegangan timbul kembali hingga hakim perlu menyatakan bahawa masalah akan timbul jika saksi diminta merujuk pendapat yang diperolehi dari intenet berhubung kreditasi terhadap kajian makmal yang dilakukan termasuk nota kajian dan dokumen lain yang relevan kepada mahkamah serta dan bukannya pendapatnya.

Hakim memberitahu apa yang paling penting ialah mendapatkan keteranga dari saksi bukannya bergantung pada dokumen tersbut. Ram Karpal mahu memimpin saksi ke atas pendapat yang menyatakan dalam dokumen tersebut.

Syabas Dato Yusof dan hakim yang memintas penipu-penipu ini.

Sumber: The Unspinners

Penang Wasabi..

Wednesday, August 17, 2011

Gempaq..! Risalah Allah triniti sekitar Lembah Klang?






















Beberapa keping risalah berbahasa Melayu yang memesongkan penggunaan kalimah Allah dalam bentuk triniti dikesan diedarkan oleh pihak yang dipercayai sebagai mubaligh Kristian kepada orang awam dan kanak-kanak Islam.

Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini yang memuatkan lapan risalah itu menerusi blog beliau di http://zul4kulim.blogspot.com/ dengan entri bertajuk 'Allah Triniti'.

Menurut Zulkifli, risalah yang diedarkan di beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dekat sini itu menggambarkan Allah dalam bentuk triniti iaitu Tuhan Bapak, Tuhan Anak dan Roh Suci.

"Persoalannya adalah apakah kita bersetuju apabila kaum Kristian ini menyalahgunakan kalimah Allah sebagaimana yang tercatat dengan jelas dalam risalah itu?" kata beliau.

Antara yang terkandung dalam risalah itu dakwa Zulkifli, termasuk rencana "Allah menyelamatkan kita dari dosa dengan mengutus Anaknya yang Tunggal"; "Yesus adalah Allah dalam bentuk manusia" dan "Semua orang yang percaya kepada Anak Allah mempunyai hidup".





Zulkifli turut menempelak pihak-pihak yang menyokong mubaligh Kristian itu yang mana katanya, disebabkan sokongan itu, mubaligh Kristian tersebut semakin berani menyalahgunakan kalimah Allah dalam bentuk triniti.

"Hari ini mereka semakin berani, kurang ajar dan biadab 'merakusi', mencabul dan meliwat kalimah tauhid Allah untuk memesongkan akidah umat Islam," katanya.

Penang Wasabi..

Tuesday, August 16, 2011

Murtad DUMC : Video kedua serbuan JAIS & pengakuan murtad!



Blog Screw kuat terus mendedahkan kebenaran disebalik serbuan JAIS di DUMC yang difitnah oleh Malaysiakini dan blog2 pembangkang. Video bahagian kedua majlis Thanksgiving Diner di GMDU ini sendiri menunjukkan bukti Melayu Islam telah membuat pengakuan diatas pentas beliau sudah murtad,tidak lagi mengikuti ajaran Islam .

Puak-puak PAS tak nampak lagi ka ada agenda murtad sedang berlaku ? Mengapa UMNO pulak disalahkan sebagai dalang yang membawa JAIS menyerbu gereja berkenaan. Anda boleh nilai sendiri penganjur yang disoal oleh JAIS tetapi majlis tetap diteruskan.

Sudah terang lagi bersuluh,apa lagi yang nak dipertahankan oleh khawarij PAS terhadap Gereja Evengelis yang ternyata terlibat secara langsung memurtadkan umat Islam. Rakan blogger Skrewkuat turut mendedahkan konspirasi Teresa Kok DAP dan Annou Xavier dari persatuan peguam katolik cuba menutup gerakan murtad umat Islam.

Sebelum menonton bahagian kedua majlis Thanksgiving Dinner di GMDU eloklah kita mengetahui perancangan dan konspirasi antara Teresa Kok dan Annou Xavier (peguam daripada Persatuan Peguam Katolik) dalam usaha menutup gerakan memurtadkan umat Islam oleh GMDU. Annou Xavier telahpun merancang bersama Teresa Kok untuk mempertahankan Kumpulan 12 di mana hanya 8 orang sahaja setakat ini yang boleh 'dikawal' mereka.

Annou Xavier jugalah yang telah mengeluarkan surat meminta penangguhan daripada Kumpulan 12 bagi memberi kenyataan kepada JAIS pada minggu lepas. Penangguhan ini disifatkan satu tindakan menghina JAIS dan DYMM Sultan Selangor. Persoalannya di sini, mengapa Kumpulan 12 ini perlu diwakili peguam daripada Persatuan Peguam Katolik? Kenapa Persatuan Peguam Katolik dan Teresa Kok beria-ia ingin mempertahankan tindakan Kumpulan 12 hadir ke GMDU?

Bagi menutup konspirasi tersebut, mereka akan melibatkan peguam-peguam Islam YANG SEALIRAN dengan mereka bagi mempertahankan Kumpulan 12 dan sokongan daripada Father Goh Kiat Ping yang dikatakan faham selok-belok Islam dan Kristian bagi menyelesaikan kes ini. Mereka juga merancang berkomplot dengan Kumpulan 12 supaya tidak memberi sebarang kenyataan semasa temuduga dengan pihak JAIS.

Kumpulan 12 juga akan dipertemukan dengan PAS secara tertutup kerana Teresa Kok melihat hanya PAS sahaja YANG BOLEH DIPERKUDAKAN BAGI MENUTUP GERAKAN MURTAD yang dijalankan gereja. Kita tunggu apa kenyataan PAS selepas ini. Patutlah PAS asyik menyalahkan UMNO dalam isu ini. screwkuat69.blogspot.com

Penang Wasabi..

Monday, August 15, 2011

Ezam anggap Tsu Koon dangkal!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon tidak patut terikut-ikut dengan kedangkalan pemimpin pembangkang berhubung isu 'pembakaran' portal propembangkang The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Ahli Dewan Negara, Senator Mohamed Ezam Mohd. Noor yang mengeluarkan kenyataan bersedia 'membakar' kedua-dua portal itu berkata, kedua-dua entiti portal propembangkang itu sebenarnya tidak boleh 'dibakar' secara fizikal kerana sifatnya yang hanya wujud di alam siber.

"Justeru ia (kenyataan untuk membakar dua portal) jelas simbolik kemarahan terhadap kebiadapan portal berita itu terhadap agama Islam selaku agama rasmi negara ini.

"Sebelum ini saya biarkan kenyataan dangkal Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan konco mendesak tindakan terhadap saya sebagai satu jenayah termasuk menyamakan pembakaran portal berita dengan kebakaran rusuhan London kerana (ia) jelas satu perbandingan bodoh.

"Tetapi apabila seorang menteri (Tsu Koon) bersuara, saya wajar jawab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Tsu Koon menyatakan kekesalan dengan kesediaan Ezam 'membakar' kedua-dua portal propembangkang itu ekoran 'penipuan' kedua-dua agensi berhubung laporan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

Ezam menegaskan, kenyataan Tsu Koon itu jelas dangkal dan terkeluar daripada konteks sebenar kerana beliau langsung tidak berhasrat membakar para wartawan serta bangunan kedua-dua portal tersebut.

Justeru itu, Ezam hairan bagaimana Tsu Koon sebagai seorang menteri yang bertanggungjawab menjaga perpaduan kaum di negara ini begitu cepat menyelar ucapannya tetapi membiarkan kedua-dua portal propembangkang itu 'membakar' hati umat Islam sejak sekian lama.

"Saya ingatkan menteri yang jaga perpaduan ini (Tsu Koon), kesan hati umat yang dibakar lebih parah dan boleh menghancurkan perpaduan," katanya.

Hahaha..inilah diantara sebab mengapa parti Gerakan tak berkembang. Rupa-rupa ketuanya..alahai..!!!

Penang Wasabi..

Thursday, August 11, 2011

Bukti pembabitan Gereja murtadkan orang Islam didedahkan oleh YB Zulkiflee Nordin!



















Oleh : Zulkiflee Nordin

Teman melihat ada golongan yang cuba menafikan penglibatan pihak gereja dalam gejala memurtadkan umat Islam khususnya bangsa Melayu didalam negara ini. Sehingga ada dikalangan pimpinan PAS sendiri mempersoalkan tindakan JAIS menyiasat Methodist Church Damansara Utama yang dipercayai menjalankan kegiatan dakyah keristian dikalangan orang Melayu Muslim pada 03 Ramadhan 1432/ 03.08.20011 lepas. Dikala umat Islam sedang menjalani 'ibadah puasa, kita dihina sekali lagi dengan isu murtad!

Peristiwa yang sama berlaku pada tahun 1997, lebih tepat Ramadhan 1997. Dihari pertama umat Islam sedang berpuasa, segelintir kristian la'natullah telah menculik dan melarikan Aishah Bukhori sedang ayahanda Aishah, Tuan Haji Bukhori mengimamkan solat tarawih di Masjid Taman Rimba Terjun, Pontian. Dalam sekelip mata mereka berjaya membawa Aishah menyeberangi Selat Johor memasuki Singapura tanpa paspot, dan kemudian terus diterbangkan ke Australia sehelai sepinggang.

Ini menimbulkan syak dikalangan umat Islam bahawa terdapat konspirasi terancang untuk menculik dan membawa Aishah Bukhori, macam mana seorang rakyat Malaysia beragama Islam boleh dibawa lari tanpa sebarang paspot?

Cuma bezanya pada masa itu, PAS menjadi juara kompang kampung mencanang kes murtadnya Aishah Bukhori. Teman yang menjadi peguam kes tersebut diarak kehulu kehilir berceramah diatas pentas PAS menceritakan kisah murtad Aishah Bukhori. Puluhan ribu poster ditampal oleh para mujahidin dan bakal syuhada PAS, atas pokok, tiang letrik, bus-stop dan macam-macam tempat. Ada penceramah PAS yang mengambil kesempatan menumpang semangkuk pentas bersama teman.

Kalau tengok ceramah dema yop lagi ganas dan brutal dari teman. Siap rimbok meja, air liur bersepai-sepai terhambur dengan maki-hamun terhadap kristian, kafir, UMNO dan Kerajaan. Dan tak lupa derma jihad juga dikutip konon untuk perjuangan jihad menentang murtad. Mana pergi duit derma jihad tu jangan tanya teman yop; walaupun teman tengok ada antara mereka yang boleh bertukar kereta beli rumah hasil jual kaset ceramah teman!

Tapi hari ini, kaum yang rimbok meja bersembur airliur berjihad menentang murtad tu yop dah tukar qiblat. Hari ni dema rimbok meja marah kalau ada orang ganggu gereja yang nak murtadkan umat Islam. Pejuang tulin saperti Dr. Hasan Ali yang ikhlas mahu mencegah gejala murtad mereka tuduh sebagai agen UMNO yang dibayar oleh oleh PM untuk merosakkan ukhwah dan perpaduan PAS dengan biaDAP dan para kafir harbi la'natullah.

Sampai tugas Dr. Hasan Ali sebagai Exco Agama dema nak hijack yop, dema nak JAIS jumpa dema terus tanpa melalui Dr. Hasan Ali, Exco yang jaga JAIS! Malah kaum Anwarinas ni siap nak pecat Dr. Hasan Ali lagi yop. Dulu dema maki-hamun UMNO kerana kononnya membiarkan gejala murtad, hari ini dema maki-hamun UMNO konon membayar Dr. Hasan Ali untuk mencegah murtad!

Tak ke gila punya kerja namanya ni yop. Yang konsisten dalam perangai itu ialah maki-hamun! Yang penting kot mana pun UMNO dan PM mesti dimaki-hamun. Rasanya kaum Anwarinas ni kalau tak maki-hamun UMNO dan PM sehari dema boleh kena demam kura yop!

Berbalik kepada cerita gereja terlibat dalam gejala murtad, banyak bukti yang teman ada yop. Pertama kes Aishah Bukhori sendiri. Aishah semasa mengisytiharkan diri dia murtad kepada ayah dia Hj Bukhori melalui telefon pada 19.10.1997 sedang berada disebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan.

Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa kerana tidak mampu berbuat apa-apa.

Kita jangan lupa peranan aktif yang dimainkan oleh Bar Council dalam isu murtad Aishah Bukhori. Malahan sebenarnya murtadnya Aishah Bukhori membabitkan penglibatan secara langsung seorang peguam kafir ahli Malaysian Bar iaitu Leornard Teoh Hooi Leong. Beliaulah orang yang membuat permohonan ke Mahkamah untuk perintah habeas corpus untuk membebaskan Aishah daripada jagaan keluarga beliau.

Dalam permohonan bertarikh 28.11.1997 itu, secara jelas Leornard Teoh menyebut pada perenggan 6, bahawa dia dilantik "untuk memberi nasihat kepada Aishah berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan elah menyediakan surat Akuan Sumpah untuk Aishah menolak dan meninggalkan agama Islam."

Pada perenggan 23 Leonard Teoh berkata bahawa "Aishah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Dan Leornard mendakwa tindakan ibubapa, abang dan bapa saudara Aishah telah melanggar hak kebebasan Aishah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".

Dan inilah Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan pernah menjadi Presidennya yang kemudiannya ditabal oleh PAS menjadi kalipah dalam himpunan haram 09.07.2011!!!

Begitu juga kita jangan lupa rekod pertama penglibatan gereja didalam kes murtad orang Melayu beragama Islam pada tahun 1987. Disebuah gereja di Petaling Jaya, seorang anak Melayu beragama Islam ditabalkan buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia sebagai paderi Melayu dibumi orang Islam ini.

Jamaluddin Osman, mengikut rekod adalah anak Melayu pertama diisytihar sebagai paderi secara terbuka disebuah gereja di Petaling Jaya. Beliau juga terlibat secara langsung dan aktif untuk memurtadkan anak-anak Melayu ke agama kristian.

Jamaluddin Osman, atau nama kristiannya Padre Joshua Jamaluddin, telah ditahan oleh polis dibawah Akta Keselamatan Negeri kerana kegiatannya cuba mengkristiankan anak-anak orang Islam dianggap mengancam keselamatan dalam negara.

Namun sekali lagi Majlis Peguam dan beberapa NGO memainkan peranan aktif mencabar penahanan Jamaluddin Osman dibawah ISA. Mahkamah Persekutuan tiada pilihan selain daripada membebaskan Jamaluddin Osman kerana peruntukkan ISA tidak membenarkan seseorang ditahan kerana memurtadkan orang Islam.

Inilah dia Majlis Peguam yang sama yang Ambeega Sreenavasan menjadi Presidennya, yang kemudian diangkat oleh PAS menajdi kalipah mereka dalam himpunan haram 09.07.2011!!!

Kegiatan gereja yang terlibat secara langsung dalam kegiatan memurtadkan umat Islam di Malaysia paling jelas berlaku dalam kes murtadnya Azlina Jailani. Teman kemukakan bukti dokumen diatas, iaitu sijil membaptiskan (atau mengkristiankan) Azlina Jailani. Ini adalah dokumen Mahkamah, bukan rekaan.

Pada masa itu, PAS terima dokumen ini sebagai bukti, dan antara yang terlibat secara langsung dengan teman membantah murtadnya Azlina Jailani. Tak tahulah sekarang, takut nanti Ustad Hadi mintak teman kemukakan 4 orang saksi. Ialah, semenjak berukhwah dengan biaDAP ni, serban pun boleh longgar yop!

Teman perturunkan apa yang disebut didalam sijil tersebut:

Certificate of Baptism:

This is to certify that AZLINA BT JAILANI (LINA) child of JAILANI BIN SHARIFF and his wife KALTHUM BIN OMAR born at Selangor date of Birth 08 January 1964 was baptized in CHURCH OF OUR LADY FATIMA-BRICKFIELDS KL on the 11 May in the year of our Lord 1998.

In the Name of the Father
and the Son
and of the Holy Spirit

Duty of Parents & Godparents You are responsible that this child be educated in the Faith, furthermore, it is your duty to bring up this child to live the Faith by observing God's Commandment as Christ taught us, namely loving God and your neighbor. Godparents are to help parents in their duty as Christian mothers and fathers.
Godfather: S.S. Santiago Godmother: Rosy Doraisamy Minister of Baptism: Joseph A. Pereira

Stamp of Church:
Church of Our Lady Fatima,
Jalan Sultan Abdul Samad,
Brickfields, 50470 KL

Jelas daripada sijil diatas pembabitan secara langsung sebuah gereja, iaitu Church of our Lady Fatima di Brickfields dalam kes murtad seorang Melayu Muslim bernama Azlina Jailani. Dan kes Azlina Jailani, atau nama kristiannya Lina Joy (KP No: 640108-10-5038) telah dibawa ke Mahkamah Tinggi (MTKL No: R2-24-30-2000), kemudiannya dirayu ke Mahkamah Rayuan (RS No: W-01-29-2001) dan akhirnya dibicarakan sehingga ke Mahkamah Persekutuan (RS No. 01-02-2006W).

Akhirnya Mahkamah Persekutuan dengan beraninya membuat keputusan bahawa seseorang Islam itu tidak boleh murtad melainkan dengan, dan hanya jika diizinkan oleh, sebuah Mahkamah Syariah yang berbidang kuasa. Maka mengamuk sakanlah kaum kaafirun dan yang sewaktu dengannya.

Kegagalan mereka dalam kes Azlina Jailani, diikuti pula dengan kes perebutan jenazah Mohamed Moorthy Abdullah, dan kes perebutan anak S. Shamala menyebabkan mereka bergabung bersatu tenaga beberapa NGO termasuk Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu, Kristian, Budha & Sikh, Suaram, Hakam, Sisters in Islam, AWAM, WAO, WCC, WDC dan beberapa lagi NGO mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama @ IFC dengan 17 tuntutan yang kesannya akan menjadikan murtad itu halal dan sah, serta Islam sebaris dengan agama lain dalam negara ini.

Strategi kafirun ahzab ini ditentang oleh umat Islam yang bersatu dibawah berpuluh NGO diketuai oleh PPI, Peguam Pembela Islam dan Pertubuhan Pembela Islam. Himpunan Sejuta Umat diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan dengan kehadiran puluhan ribu umat Islam. Kempen tandatangan Sejuta Umat dilancarkan dan alhamdulillah lebih sejuta tandatangan berjaya dikutip dan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Penang Wasabi..

Wednesday, August 10, 2011

Jangan cakap saja, tunjuk kenyataan secara lebih spesifik!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengingatkan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan agar tidak hanya 'berkokok' menyatakan pendiriannya mempertahankan akidah umat Islam sebaliknya berani menunjukkan kenyataan secara lebih spesifik.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, bulu romanya berdiri tegak ketika membaca kenyataan Nasrudin seperti yang disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.

"Saya ucap tahniah dan syabas, namun saya ingin ingatkan Nasrudin mengenai perjumpaan pastor Kristian anjuran DAP di Pulau Pinang sebelum ini di mana wakil rakyat DAP Sarawak turut hadir bersama paderi dari luar negara.

"Seorang ahli DAP bernama Razali telah membuat laporan polis. Utusan Malaysia dedah dan dikecam, malah saya juga dikecam apabila menyebut tentang jihad fisabilillah. Nasarudin jangan berkokok saja," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nasrudin dalam blognya http://www. eperjuangan.com/ yang menegaskan ingin mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan meskipun terpaksa mengorbankan tenaga dan wang ringgit sekalipun dengan darah dan nyawa.

Ibrahim turut mempersoalkan pendirian Pemuda Pas yang membisu sebelum ini apabila DAP bertindak mencabar Islam secara berterusan sehingga Datuk Ngeh Koo Ham (DAP Sitiawan) bertindak berani mengecam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Kata Ibrahim, Nasrudin perlu menujukan kenyataan secara spesifik kepada pihak-pihak tertentu termasuk pemimpin Pas.

"Jangan ekor kereta api nampak, tapi kepala kereta api tak nampak. Saya tunggu nak tengok apa reaksi DAP dan parti politik lain termasuk golongan liberal apabila Nasarudin menyebut darah dan nyawa. Apakah DAP dan MCA atau ada individu Hindu yang terpencil akan buat laporan polis?," katanya.-UM.

Penang Wasabi..

PANAS ! Pertelingkahan Agama - Parti DAP Bergaduh Besar!

















Jika DAP Pulau Pinang bergolak dengan isu keceluparan Jeff Ooi, anak buah Lim Guan Eng dengan DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusi Negeri sendiri, DAP Selangor turut mengeluarkan nanah busuk yang selama ini cuba disembunyikan dari mata rakyat.

Di Pulau Pinang ialah disebabkan perebutan kuasa dan kronisme tetapi di Selangor lebih hebat lagi iaitu pertelagahan di antara pemimpin DAP beragama Kristian dan yang beragama Buddha!

Pergeseran di dalam DAP sudah lama diketahui cuma mereka berjaya menutup kelemahan parti tersebut tetapi sampai bila DAP boleh menipu rakyat?

Sila baca artikel di bawah :-

DAP Selangor yang bermesyuarat semalam menjadi panas dan bertelagah apabila kumpulan penganut Buddhist yang diketuai Speaker Dato Teng Chang Kim menyalahkan kumpulan penganut Kristian yang diketuai Theresa.

Walaupun pendirian mereka di lihat berlainan sekali, rata-rata mesyuarat memperakui kesilapan pihak gereja yang tidak berlesen. Keputusan mesyuarat adalah untuk tidak memanjangkan isu ini dan tunggu keputusan Menteri Besar yang dijangka lepas Hari Raya.

DAP masih marah kepada Dato Dr Hasan Ali dan menuntut MB melucutkan jawatan exco.

Difahamkan Anwar tidak mempersetujui. Dia takut kesan lebih teruk kepada Pakatan Rakyat. Untuk melucutkan Hasan Ali, Anwar hanya akan tunggu pilihanraya umum.

Anwar mungkin sedar rata-rata reaksi orang Melayu Islam amat marah sekali kepada MB Selangor kerana gagal mempertahan JAIS dan sebaliknya sedia meminta maaf kepada gereja tanpa melihat laporan JAIS atas tekanan dari Theresa Kok, Dr Xavier dan Elizabeth Wong.

Rata-rata juga kakitangan JAIS dan amnya kakiktangan kerajaan negeri kecewa dengan Pakatan Rakyat kerana tak faham tugas JAIS berasaskan dasar, dan undang-undang.

PKR Selangor jelas mengambil pendekatan berdiam. Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali masih belum memanggil mesyuarat.

Lain sekali dengan PAS Selangor yang dikuasai oleh Khalid Gereja. Marah dan dendamnya terhadap Hasan Ali yang tiada had. Emosinya sudah tidak boleh dibendung melainkan melihat Hasan Ali dikenakan tindakan oleh MB atau PAS Pusat.

Pendirian Dr Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor baru tidak diketahui lagi kerana berada di luar negara, tetapi boleh dijangka hanya kerbau Khalid yang ditarik hidung.

Walaupun orang Kristian masih mempertahankan gereja dan anggap tindakan JAIS keterlaluan kerana menceroboh private property dan majlis, impak negatif adalah kepada kerajaan PR Selangor.

Masalah mubaligh Kristian yang keterlaluan dalam mengkristiankan masyarat penganut Hindu, Buddha, Tao dan lain-lain belum difahami ramai tetapi adalah masaalah potensi jika diberlarutan - Unspinners

Penang Wasabi..

Tuesday, August 9, 2011

Lagi rahsia terbongkar , DUMC rupa-rupanya adalah gereja HARAM !

Satu demi satu tembelang pecah, hingga menyebabkan ramai yang dah mula sedar. Patutlah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim beria-ria benar meminta semua pihak supaya 'tutup mulut'. Rupa-rupanya ada sesuatu yang hendak disembunyikan dari pengetahuan ramai!

Terbaru Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan khbar angin sebelum ini bahawa Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) Seksyen 13, Petaling Jaya itu 'gereja haram'. Ini setelah pegawai MBPJ memaklumkan pihaknya hanya mendapat kelulusan untuk membina pusat komuniti dan bukannya sebuah gereja daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Menurut Penolong Pengarah Kawalan Bangunan MBPJ, Nurul? Ain Abdul Rahman, berlaku salah guna permohonan yang diberikan oleh pihak pentandbiran apabila DUMC membina gereja ditempat yang tidak dibenarkan.

Kalau ikut permohonan yang mereka (DUMC) minta kita, ialah pembinaan pusat komuniti bukan gereja. Di sini berlaku salah guna permohonan dan boleh dikenakan tindakan,? katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan pembinaan DUMC dibina secara haram dan tidak mendapat kelulusan daripada MBPJ.

Fungsi unit kawalan bangunan MBPJ bertindak mengawal semua jenis pembangunan dalam kawasan majlis tersebut, memproses permohonan kelulusan pelan bangunan baru, mengeluarkan sijil kelayakan menduduki (CF) serta boleh mengambil tindakan kawalan ke atas binaan bangunan yang dibuat tanpa kebenaran.

Rabu lalu, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat orang Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan. Ketika serbuan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan umat Islam

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Isu tersebut menjadi kecoh apabila Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan,12 individu beragama Islam yang hadir pada majlis Thanksgiving pada 3 Ogos lalu akan dikenakan waran kehadiran ekoran kegagalan mereka tampil membantu siasatan JAIS berkaitan kes berkenaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JAIS, Sharom Maarof, waran tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat selepas pihaknya membuat permohonan daripada Mahkamah Syariah.

Setakat ini, kita telah serahkan surat dan menelefon mereka supaya hadir dan beri keterangan kepada JAIS. Bagaimanapun sehingga kini tidak ada seorang pun daripada 12 individu tersebut hadir. Kami difahamkan mereka telah dinasihatkan oleh peguam masing-masing supaya tidak hadir memberi keterangan,? katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap 12 individu Islam yang hadir pada majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama minggu lalu.

Mengulas lanjut, Sharom berkata, pihaknya akan tetap memberikan masa kepada individu terbabit untuk hadir dan beri keterangan sebelum waran kehadiran daripada mahkamah dikeluarkan.

"Sepatutnya mereka hadir untuk beri keterangan bermula hari ini. Namun tidak ada seorang pun hadir ke JAIS," katanya. - AGENDA DAILY

Penang Wasabi..

Monday, August 8, 2011

TERBONGKAR! Isu Gereja DUMC : Bukti & Dokumen Di Buang Dalam Sampah !



















Ini adalah sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin.

Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Sebelum benda itu merebak ke tahap yang tidak dapat dikehendaki, elok buat PC (sidang akhbar), untuk jawab soalan-soalan supaya media faham.

Apakah niat kita?

Apakah tindakan yang dibuat oleh JAIS ini betul atau tidak, adakah tindakan yang dilakukan oleh Gereja Methodist ini, yang dipanggil dengan nama Gereja Methodist Damansara Utama yang sebetulnya bukan Damansara Utama, dia (terletak) di Seksyen 13 iaitu lima kilometer dari Damansara Utama.

Kita lihat laporan media mengenai perkara ini, di seluruh negara, yang merisaukan kita (NGO) adalah orang Islam dengan orang Islam pun bercanggah akan kesahihan perkara yang berlaku.

Hari ini kita panggil media, kami NGO telah menguji kekuatan (menyoal) JAIS selama hari Jumaat, Sabtu, Ahad hingga ke pagi ini untuk mencari apa sebenarnya yang telah berlaku.

Kami tidak sempat bertemu gereja kerana kesuntukan masa.

Dengan dokumen-dokumen yang kami terima, apa yang dilakukan oleh JAIS itu (bertujuan) baik.

Dengan itu, kami NGO-NGO yang bergabung untuk membetulkan keadaan ini ada 45 (pertubuhan) menyokong sepenuhnya tindakan JAIS dan perkara ini telah dimajukan kepada Sultan Selangor.

Mengapa kami percaya dengan cakap Jais?

Kami mudah, salah kami kata salah, kalau betul kami kata betul. Kami tidak ada hubungan dengan agensi kerajaan dan politik.

Segala yang berlaku pada malam itu, maklumat awalnya adalah daripada ‘orang dalam’ yang dirahsiakan identitinya.

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran.

Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang.

Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum.

Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam.

Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada.

Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam.

12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian.

Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?
























Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak? Pesong kan?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dia datang dengan dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad,

Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan?

Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah?

Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.

Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) ditengok dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS, tapi tak ambil IC kanak-kanak sebab tak ada IC.

Dengan itu bahawa tindakan JAIS di dalam perkara ini benar. Mereka tidak pernah memecahkan pintu, berlaku dengan kekasaran, JAIS juga mengoyakkan kertas, macam-macam fitnah telah dilakukan.

Taklimat media ini demi masa depan agama Islam dan cucu cicit kita agar kita semua dapat dibetulkan.

Saya berharap saudara-saudari kita yang Kristian janganlah lakukan perkara ini.

Masjid dan surau pantaulah benda ini.

Kita bukannya menyusahkan orang, tapi orang menyusahkan kita.

Soalan media: Bila jumpa JAIS?

Jawapan: Jumpa JAIS Jumaat, Sabtu, Ahad…

Soalan media: Jumpa siapa, pengarah ke?

Jawapan: Kami jumpa penguatkuasa saja.

Tugas NGO adalah membetulkan keadaan dan perkara yang berlaku ada sebab musabahnya, dan kami solid di belakang JAIS dalam perkara ini. Janganlah JAIS rasa curiga,… positif juga dengan Istana.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah

Kita menyokong ketegasan Dr Hasan Ali dan Jais dan kita kecewa dengan sikap Menteri Besar yang apologetik dan membelakangkan kuasa sultan.

JAIS tertakluk di bawah kuasa sultan, bukan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Apa tindakan Jais dibuat berdasarkan undang-undang. Enakmen Ugama Bukan Islam 1988.





















Sikap apologetik oleh kerajaan negeri dan MB, mengagal dan melemahkan penguatkuasaan oleh JAIS

Ini akan beri peluang yang terbuka kepada org bukan Islam untuk mendakyahkan agama mereka dikalangan orang Islam. Ini akan mengeruhkan suasana dalam negara kita.

Di peringkat NGO juga, kita amat kecewa dengan laporan media, Malaysiakini, Malaysian Insider, yang memberikan laporan salah kepada rakyat di luar sana.

Mengatakan bahawa Jais telah serbu, sedangkan tidak ada sebarang serbuan, penguatkuasa JAIS hanya periksa, atas aktiviti adanya orang Islam di sana.

Sebagainya gambaran yang disampaikan termasuk dari Istana, oleh wakil-wakil pihak gereja, dan media bukan Islam menggambarkan seolah-olah JAIS bertindak begitu rakus.

Perkara-perkara sebegini amat mendukacitakan kita. Dan diperingkat kita. Selepas kita dapat maklum balas JAIS mengenai proses daripada permulaan pemeriksaan dilakukan.

Tidak ada sebarang serbuan, keganasan, bahkan penangkapan, tetapi gambaran yang disampaikan oleh media, dan laporan yang disampaikan kepada pihak Istana terlalu berbeza.

Kita rasa ini tidak beretika sama sekali.

Perkataan serbuan itu ganti dengan pemeriksaan. Buka pintu dialog, dan periksa kad pengenalan sahaja… akan dibawa ke mahkamah.

Tidak ada tangkapan, hanya periksa IC sahaja. Terdapat juga di sana motto “matlamat utama pihak gereja adalah mengkristiankan seluruh warga dunia”.

Formula yang diguna pakai adalah mencari mereka yang memerlukan bantuan samada bantuan kewangan atau sebagainya.

Tarik hati mereka, rapatkan diri dengan target groups, akhirnya mereka akan di Kristiankan secara halus.

Kita dedahkan supaya umat Islam bersatu hati menyekat perkara ini.

Motto ini ada dalam gereja.
Setiausaha Agung Persatuan Imam,Pegawai Masjid dan Penolong Pendaftar Nikah Selangor (Pimpinan), Fakurruddin Eshak

Persatuan imam, kami menyokong tindakan JAIS bukan itu sahaja perlu ada satu satu undang-undang (supaya) pihak berkenaan yang melakukan jenayah, melanggar Perlembagaan.

Kita beri kebebasan untuk mengamalkan agama mereka , mereka tidak ada hak untuk sebar agama kepada umat Islam.

Kita perlu ada undang-undang jika premis itu ada upacara untuk memesongkan akidah, kita mesti ambil tindakan.

Mesti ambil tindakan, contohnya kunci selama dua bulan dan sebagainya.

(kerana tindakan ini) mungkin boleh menaikkan semangat orang-orang Melayu, sebab pernah satu masa dahulu, hanya satu orang sahaja. Natrah itu dan kita tidak mahu perkara itu berulang.

Kalau ada undang-undang akan selesai lebih baik.

Penutup Dr Dzulkhaini Husain;

Kita lakukan ini untuk membetulkan keadaan Islam di Malaysia. Kalau umpama yang berada tidak mengambil tindakan yang tegas, saya takut banyak Nattrah lagi akan berlaku?

Kalau ada perkara-perkara yang penting dan menggugat Islam, kami akan kehadapan lagi.-8/8/2011- OLEH HELME HANAFI

Dari sumber : Blog : MiM

Penang Wasabi

Sanggup gadai maruah Islam!


Demi memenuhi hawa nafsu politik mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun akidah dan maruah Islam tergadai.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti ke atas umatku ialah syirik kepada Allah. Sesungguhnya aku tidak mengatakan bahawa mereka akan menyembah matahari, bulan atau berhala, akan tetapi mereka melakukan amalan kerana selain Allah dan kerana syahwat yang tersembunyi.” Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi.

Wallahuallam.

Penang Wasabi..