~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, July 27, 2011

Guan Eng biaDAP bakal menerima 'hadiah istimewa' Jumaat ini!

Peniaga barangan kulit di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Mohamed Ghani Abd. Jiman berhasrat 'menghadiahkan' sesuatu kepada kerajaan DAP Pulau Pinang Jumaat ini jika gerai beserta barangannya yang dirampas Mac lalu tidak dikembalikan kepadanya.

Mohamed Ghani yang juga Pengerusi Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia berkata, beliau kesal kerana sehingga kini gerai yang disewa daripada pengurusan lama Komtar, PG Karisma Events & Services Sdn. Bhd. itu masih disimpan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

"Saya beri tempoh tiga hari kepada kerajaan negeri untuk memulangkan barangan niaga yang dirampas oleh PDC.

"Jika tidak, Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik bakal menerima 'hadiah' Jumaat ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Difahamkan, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dijadual merasmikan Bazar Ramadan Komtar pada Jumaat ini. Menurut Mohamed Ghani, beliau merasakan ditindas berikutan tindakan kerajaan negeri yang tidak mengembalikan tapak niaga di tingkat tiga Komtar selepas mengubah suai kawasan itu.

"Selain enggan memberi tempat untuk saya berniaga, mereka (kerajaan negeri) bertindak sebagai 'kerajaan perompak' dengan merampas gerai dan barangan saya dan tidak dikembalikan sehingga hari ini," ujarnya.

Pada 3 Mac lalu, Mohamed Ghani yang tidak mengendahkan arahan PDC supaya berpindah ke lokasi baru sehari sebelumnya terkejut apabila mendapati gerainya 'ghaib' ketika mahu memulakan perniagaan.

Beliau mendakwa, kehilangan gerai tersebut menyebabkannya rugi kira-kira RM50,000 kerana terdapat banyak barang jualan termasuk milik pelanggan disimpan di ruang khas di dalamnya.

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment