~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, April 11, 2011

Ketua Menteri biaDAP, Guan Eng 'istihar' budaya GAY halal di Penang!

























Itu bukan masalah saya mahupun bos saya. Kenyataan paling mengejutkan daripada salah seorang Pegawai Kanan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Ini berikutan insiden budaya GAY yang kian kritikal di Pulau Pinang sehinggakan ada penganjuran Pesta secara besar-besaran di Bandar Georgetown.

Selain itu, terdapat juga beberapa Kumpulan GAY yang bertindak sebagai jentera Pilihanraya Negeri Sarawak bagi pihak PKR. Pegawai kanan Setiausaha Agung DAP itu turut berkata, Budaya GAY merupakan naluri semulajadi manusia yang tidak boleh dikawal oleh mana-mana badan mahupun pihak Kerajaan.

Ianya juga telahpun diikhtiraf oleh kebanyakan negara-negara. Kenyataan beliau seolah-olah cuba memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang di masa hadapan akan mengiktiraf golongan songsang ini jika DAP terus diberi kepercayaan untuk memerintahan Negeri tersebut pada PRU akan datang.

Sementara itu : DAP LINDUNGI PUSAT HIBURAN MILIK BANGSA MEREKA

DAP Malaysia sedang berusaha membawa maksiat ke Pulau Pinang. Di Miami pun ada Democratic Party, lebih kurang sama jugalah kedua-duanya pro-maksiat dan mungkar. Masalah pusat hiburan di Pulau Pinang pernah didedahkan oleh Pemangku Ketua Polis Negeri, Dato' Salleh Mat Rashid bahawa kebanyakan permis hiburan melanggari syarat dan melaksanakan berbagai kesalahan sosial seperti penyalahgunaan dadah dan pelacuran secara luas.Sebanyak 102 buah pusat hiburan tertumpu pada tiga lokasi iaitu di Daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan (kita semua sedia maklum bahawa pemilik pusat hiburan ini ialah orang bukan bumiputra dan mereka sungguh berlagak kerana negeri ini ditadbir oleh DAP).

DAP membawa Pulau Pinang merenung ke arah Taiwan dan Hong Kong. Pulau Pinang akan berubah ke arah sebuah Negeri seakan-akan Las Vegas tidak lama lagi sekiranya masalah hiburan haram ini tidak di atasi.Kenyataan Ketua Polis Negeri, Dato' Ayub Yaacob juga harus diberi perhatian kerana terdapat permis hiburan mempermainkan tindakan penguatkuasa apabila tidak menghiraukan tindakan sepertimana yang berlaku di Jin Bei Hotel dan Pub No 151, Jalan Burmah, Georgetown yang telah diserbu sebanyak tujuh kali tetapi terus beroperasi. (bagaimana mereka nak takut...mereka sendiri dilindungi oleh beberapa oang kuat parti pemerintah negeri Pulau Pinang sekarang).

MPPP yang menjadi nadi dalam hal ini harus menyemak semula lesen pusat hiburan kerana banyak yang beroperasi secara haram dan melanggari syarat yang diberikan mengikut Warta Kerajaan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Peraturan Hiburan Pulau Pinang 2001," ujarnya. Dulunya PAS memperkatakan perlu ditutup kilang-kilang arak, judi dan maksiat dan kini apabila Selangor yang dikuasai PKR yang bertopengkan DAP tidak pula kedengaran suara-suara Nik Aziz, Hadi Awang dan penyokong-penyokong PAS membantah kepada Anwar.

Akhbar KOSMO juga pernah melapurkan kisah GAY di Pulau Pinang!- PULAU PINANG MARKAZ PELIWAT (GAY)

Homoseksual di sebalik pusat kecergasan. Begitulah rahsia dua buah pusat kecergasan di Pulau Tikus dan sebuah lagi di Prai yang dibongkar oleh polis tidak lama dulu. Dalam tiga serbuan berasingan bermula pukul 5 petang hingga 8.30 malam itu, lebih 70 lelaki termasuk dua rakyat warga asing dipercayai kalangan homoseksual ditahan. Semasa diserbu ketiga-tiga buah pusat kecergasan yang menyedia khidmat sauna dan spa itu kelam-kabut kerana sebahagian daripada pengunjungnya sedang beraksi tidak senonoh dengan pasangan masing-masing di dalam bilik. Malah ada di kalangan mereka hanya bertuala semasa serbuan.

Polis yang memeriksa ketiga-tiga pusat kecergasan tersebut juga menemui kondom-kondom baru dan kondom lama serta losyen. Dua buah pusat kecergasan yang diserbu di Pulau Tikus terletak dalam jarak kira-kira dua kilometer antara satu sama lain.Bagaimanapun dipercayai ketiga-tiga buah pusat kecergasan tersebut dimiliki orang berlainan.

Hanya servis 'ekstra' yang ditawarkan sama. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner II, Wan Abdullah Tunku Said berkata, kesemua lelaki yang ditahan berusia 20 hingga 50-an. Menurut beliau, kesemua mereka ditahan dalam satu operasi sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah negeri bermula pukul 5 petang hingga pukul 8.30 malam. (KOSMO ONLINE)

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment