~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, October 18, 2010

Sepatutnya ahli PKR yang 'bertaubat' dengan meninggalkan parti!


















Tindakan mendesak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat adalah sia-sia malah golongan yang melakukan desakan itu sepatutnya 'bertaubat' dengan meninggalkan parti tersebut.

Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatul Badru Tun Said berkata, kumpulan itu juga tidak berpijak pada bumi nyata apabila tidak mahu PKR digunakan untuk melindungi pemimpin daripada tindakan undang-undang sedangkan asas penubuhan parti itu ialah untuk membela Anwar.

"Mereka ini buang masa apabila suruh Anwar bertaubat. Anwar tidak akan bertaubat kerana itu menunjukkan kesalahannya. Sepatutnya mereka yang bertaubat dengan keluar PKR.

"Kalau rasa Anwar sudah tidak boleh memimpin pergilah cari parti yang boleh memperjuangkan rakyat," katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Semalam, tiga wakil Cabang PKR dari Perak dan Pulau Pinang mewakili 60 ahli parti itu menghantar 'memorandum taubat' kepada Anwar supaya beliau segera bertaubat dalam kes berkaitan pertuduhan di mahkamah.

Wakil kumpulan itu, Nor Hilmi Ismail dari Cabang Bayan Baru berkata, desakan itu bagi menjaga martabat perjuangan parti yang dilihat terjejas berikutan kes mahkamah Anwar.

Jelasnya, semua ahli parti memerlukan pemimpin yang dapat memberi sepenuh perhatian terhadap perjuangan parti dan bukan sebaliknya, iaitu hanya tertumpu kepada isu-isu peribadi.

"Oleh itu, jika Anwar enggan bertaubat selepas pelbagai pendedahan mengenainya dibongkar, lebih separuh daripada ahli parti mendesak beliau meletakkan jawatan," katanya.

Sementara itu, Saidatul Badru berkata, desakan taubat itu bagaikan memberi gambaran bahawa mereka sudah tidak mempercayai Anwar selepas pendedahan demi pendedahan dibuat berhubung pertuduhan liwat yang dihadapinya.

Bagaimanapun katanya, pemikiran kumpulan terbabit dilihat agak bercelaru kerana tuntutan itu memberi maksud mereka akan menerima Anwar sekiranya beliau bertaubat walaupun pertuduhan yang dihadapinya amat menjengkelkan.

"Apa yang dimaksudkan dengan bertaubat? Adakah mereka percaya apa yang berlaku? Adakah ahli bersetuju dengan pertuduhan (liwat) itu?

"Saya hairan apa maksudnya. Ia seperti mereka mahu menyatakan sesuatu tetapi masih sayangkan seseorang yang melakukan kesalahan," katanya.

Dimana Pakatan kuat, disitu rakyat bakal merempat!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment