~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, July 20, 2010

GAP Dakwa Jabatan AS Biayai Yayasan Yang Pernah Diteraju Anwar !

The Government Accountability Project (GAP), organisasi pemberi maklumat bukan kerajaan Washington DC, mendedahkan Yayasan Masa Hadapan (FFF), organisasi yang pernah diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah dibiayai oleh Amerika Syarikat (AS).

Dalam laporan setebal 42 muka surat yang dikeluarkan pada 8 Julai, GAP membuat rumusan itu berdasarkan ratusan dokumen yang dihantar kepadanya di bawah Akta Kebebasan Maklumat AS.

GAP berkata FFF sebenarnya ditubuhkan dan dibiayai oleh Jabatan Negara AS atas arahan Elizabeth Cheney, anak Naib Presiden ketika itu Dick Cheney, dan kalangan neokonservatif dalam pentadbiran Bush.

Laporan oleh The Asia Sentinel, sebuah penerbitan laman web Asia, menyatakan GAP juga mendapati FFF ditubuhkan dan beroperasi secara "di luar aturan dan menyimpang" oleh pegawai pentadbiran dan warga kerja pentadbiran Bush, termasuk Shaha Ali Riza.

Shaha telah dikenal pasti sebagai teman wanita Paul Wolfowitz, dan Wolfowitz telah dipaksa meletakkan jawatan sebagai presiden Bank Dunia pada Jun 2007 selepas diketahui bahawa beliau telah menaikkan pangkat Shaha dengan tangga gaji tiga kali ganda lebih tinggi.

The Asia Sentinel mendakwa Anwar sebelum ini menafikan sebarang pembiayaan oleh AS dalam FFF, yang ditubuhkan pada 2005 sebagai "barisan depan penting dalam memerangi keganasan global" dan sebahagian daripada "agenda pembebasan" Presiden George Bush untuk menggalakkan demokrasi dan pembaharuan di Timur Tengah dan Afrika.

Anwar telah didesak oleh banyak pihak supaya memberikan penjelasan mengenai pembiayaan FFF', termasuk Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. Wang padanan untuk membiayai FFF sepatutnya datang dari 11 negara. Akhirnya, GAP berkata kurang separuh daripada AS$60 juta untuk pembiayaan awal yayasan itu (seperti diunjurkan oleh Elizabeth Cheney) yang menjadi kenyataan.

GAP berkata usaha multilateral itu kemudiannya telah bertukar kepada inisiatif unilateral AS yang hanya disokong oleh Jordan dan beberapa negara Eropah, dan akhirnya sebahagian besar daripada pembiayaan itu datang daripada AS, yang telah mencabuli semangat pengubalan undang-undang dalam penubuhan yayasan itu. - BERNAMA

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment