~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, September 20, 2014

Haji Hadi Marah PKR dan DAP, Ada Barua Dan Broker Nak Hancurkan PAS?


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa terdapat "broker" dan "barua" yang mencuri dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di Selangor yang menyaksikan mereka menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Hadi ketika sesi penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor berkata, 2 Adun itu – Saari Sungip dan Hasnul Baharudin – juga dicuri dan dibeli.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan pihak yang melakukan tindakan tersebut.

"Mereka curi wakil rakyat kita. Inikah etika kita bertahaluf?

"Kita tidak pandang ringan 2 wakil rakyat kita (tandatangan SD), ada jadi broker, yang jadi barua semua ada," katanya.

Hadi menegaskan, 2 Adun itu seharusnya berfikir panjang sebelum melakukan tindakan sedemikian kerana mereka berikrar ketika sebelum pilihan raya umum lalu untuk taat setia kepada parti.

"Tidakkah wakil rakyat kita berbaiah semasa nak pilihan raya?

"Mana lebih besar baiah atau SD?" soal Hadi dalam ucapannya sempena penutupan muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu.


Beliau turut memberi amaran kepada rakan komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain agar tidak menjadikan PAS sebagai tempat persinggahan demi mencapai tujuan dan matlamat mereka.

"Jangan jadikan PAS ni hotel, tempat bersinggah. Jangan jadikan PAS ni jambatan pendek melintas sungai kemudian masuk hutan.

"Kita bertahaluf dengan PKR, DAP melalui titik persamaan. Ahli PAS mesti faham ada perbezaan," katanya.

Beliau juga menegaskan, PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP untuk agenda politik mereka melalui nilai kesamaan, namun masih terdapat perbezaan daripada dasar-dasar asas parti.

"PKR berdasarkan sekular pragmatik, DAP sekular sosialis. Kita bukan satu parti, nak makan sama.
"Bersama dalam titik persamaan mendokong demokrasi yang adil untuk semua," katanya.

PAS juga katanya tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor.

"PAS tidak merebut, pelahap jawatan menteri besar, walaupun tiada persefahaman siapa menteri besar. Walaupun tiada perjanjian bertulis.

"Tetapi ingat, di sana ada hukum syarak, jangan hukum akal sahaja," katanya, dan menambah tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar tidak berlandaskan syarak.

"Bila ada raja yang jaga agama. PAS tidak boleh berdiam diri.

"Lalu dilantik seorang kerana kecenderungan bukan kerana amanahnya. Saya tidak bersedia bawa ahli PAS ke neraka jahanam," kata Hadi.

Hadi berkata, pelantikan pemimpin seharusnya dibuat berdasarkan keupayaan mereka, dan bukannya kecenderungan dan strategi politik masing-masing.
"Jangan pandang ringan nak beri begitu sahaja, ada amanahnya.

"Jangan tengok ini strategi politik, harus lihat ini amanah Allah," katanya lagi.

Beliau dalam ucapannya turut memberi peringatan kepada ahli PAS untuk tidak menubuhkan jemaah baharu dalam PAS.

"Jangan tubuh jamaah dalam jamaah lain. Jangan tubuh parti dalam parti."

Penang Wasabi.

Monday, September 15, 2014

Esok, Sambutan 7 Tahun Pembohongan Anwar Ibrahim?


Esok, 16 September merupakan cuti umum sambutan Hari Malaysia, namun dalam masa sama ulang tahun ke-7 pembohongan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berjanji mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 16 September 2008.

Detik-detik ‘cemas’ janji Anwar mahu merampas Putrajaya dari 14 April hingga 16 September 2008 dirakam dalam video di bawah :



Penang Wasabi..


Wednesday, September 10, 2014

MAK LAMPIR KATA PDRM BUKAN MILIK KETUA POLIS NEGARA?


Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin mengingatkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya tidak menjadikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai askar peribadinya "menyerang" pembangkang dan pihak yang menentangnya.

Merujuk kepada kes tahanan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang, ahli Parlimen Ampang itu berkata, tindakan mengugut untuk menyerbu rumah jika mereka enggan menyerah diri merupakan satu penyalahgunaan kuasa dan tidak masuk akal.

Begitu juga dengan kes pengguna akaun Twitter, Victor Wong dan Nasrul yang disiasat Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) walaupun permohonan maaf secara terbuka dibuat terhadap Khalid.

"Kawalan ketat dengan menindas pihak yang menentang kerajaan pusat mengulangi sejarah Operasi Lalang.

"KPN perlu diingatkan PDRM bukan askar peribadi sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Zuraida yang juga ahli Parlimen Ampang berkata, tindakan Khalid melampau apabila menganggap PPS sebagai haram, sedangkan mana-mana pertubuhan yang haram perlu mendapat pengisytiharan Pendaftar Pertubuhan (RoS) terlebih dahulu seperti Hindraf.

Katanya, Khalid perlu membuktikan sama ada PPS cuba mendaftar dengan RoS tetapi permohonannya ditolak.

"KPN perlu sedar beliau adalah penjawat awam dan perlu mengutamakan kepentingan awam. Kuasa polis tidak boleh digunakan untuk menekan orang awam," katanya.

Katanya, tidak ada sebab melabelkan PPS haram apabila sukarelawan itu sering membuat laporan di balai polis berdekatan sebelum membuat rondaan kawasan.

Beliau berkata, PPS tidak ditubuhkan kerajaan negeri jika PDRM bertindak cekap membanteras jenayah dalam komuniti mereka.

"Disebabkan semangat komuniti dan prihatin yang ditunjukkan anggota PPS, kadar jenayah di Pulau Pinang menurun," katanya.


Seramai 154 anggota PPS ditahan pagi Ahad selepas menyertai perarakan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, Pulau Pinang kerana ingkar dengan arahan polis selepas mendapati pasukan itu tidak berdaftar dengan RoS.

Tindakan itu menimbulkan reaksi negatif orang ramai termasuk pengguna sosial Twitter yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Khalid.

Khalid kemudian mengarahkan PCIRC di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil menyiasat pihak yang membuat kenyataan biadap tersebut.

"PCIRC @PDRMsia sila ambil tindakan terhadap orang biadap ini yg menggelar IGP 'Anjing BN'" katanya dalam jawapan balas pengguna Twitter Nasrul Omar (@ennasrul).

Khalid yang menggunakan akaun Twitter @KBAB51 juga memetik satu lagi tweet yang dianggap menyakitkan hati di mana beliau dibandingkan dengan komander Nazi, Henrich Himmler.


Pengguna Twitter menggunakan nama Viktor Wong (@wonghoicheng) menulis: "Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia." (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam, Henrich Himmler Malaysia).

Khalid menjawab tweet tersebut dengan menulis: "PCIRC @PDRMsia, juga dikesan seorang lagi yang biadap ini untuk diambil tindakan."

Viktor Wong kemudian menulis: "Hello both @PDRMsia @KBAB51, I am retracting the suggestion on the bastardization and apologize to you and all your members of the force" (saya menarik balik cadangan mengenai 'bastardization' dan meminta maaf kepada anda dan semua anggota pasukan anda).

Namun, Khalid bertegas untuk meneruskan siasatan terhadap kedua-dua mereka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Hasutan 1948.

"Tiada maaf baginya. Tindakan akan diteruskan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Penang Wasabi..

Saturday, September 6, 2014

Look East Policy : CONTOHILAH JEPUN


Pasukan kebangsaan di rantau Asia perlu menjadikan Jepun sebagai contoh untuk meningkat ke peringkat dunia dan layak ke Piala Dunia, kata legenda bola sepak Argentina, Oswaldo Ardiles.

Bekas bintang kelab Tottenham Hotspur itu berkata Jepun pada mulanya tidak pernah memenangi sebarang pertandingan atau kejohanan tetapi keberanian mereka untuk membangunkan sebuah pasukan mantap akhirnya membolehkan mereka layak ke Piala Dunia sebanyak lima kali berturut-turut.

"Pasukan Asia harus mengikuti jejak langkah Jepun yang telah banyak berubah...bukan sahaja memenangi Piala Asia tetapi selepas mengharungi perjalanan yang jauh, maka pada 1998 Jepun buat pertama kali layak ke Piala Dunia," katanya.

Legenda berusia 62 tahun itu berkata demikian pada sidang media, yang turut disertai oleh seorang lagi legenda kelab Britain itu, Ledley King, sempena Jelajah Malaysia-Legenda Tottenham Hotspur.

Jelajah tersebut ditaja oleh Kumpulan American International Assurance (AIA) selepas menandatangi perjanjian tajaan jenama dengan Spurs sehingga musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2018/2019.

Peminat kelab EPL itu berpeluang bertemu dengan kedua-dua legenda kelab itu sehingga Sabtu ini.

Mereka juga akan mengendalikan Program Latihan Junior bersama Kelab Bola Sepak Brickfields.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Bhd, Thomas Wong berkata syarikat itu menggunakan sukan sebagai platform untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan pelanggannya dan juga masyarakat.

Penang Wasabi..