~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Saturday, November 24, 2012

ADUN BN nafi buat kenyataan seksis terhadap Eli, Hannah Yeoh perasan Hutan Simpan Bukit Lanjan 'dicemari'?



Ahli Dewan Undangan (ADUN) Negeri Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim menafikan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur seksis terhadap Exco Kanan Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong semalam.

Penafian itu dibuat di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor selepas ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh bangkit mencadangkan kepada ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail agar mengadakan kursus sensitiviti jantina diadakan untuk ADUN di Selangor.

Hannah kemudian membacakan keratan berita bahasa Melayu Malaysiakini berkenaan insiden itu semalam.

"Saya agak terkejut di mana seksisnya kenyataan saya semalam.

"Subang Jaya yang terperasan, atau exco yang terasa, sila sebutkan," kata Mohd Isa mempertahankan dirinya.

Hannah Yeoh kemudian memohon penjelasan lanjut dari Mohd Isa berkenaan insiden itu semalam.

Hannah: Apa maksud 'hutan diri you sendiri'?

Mohd Isa: Kalau buka hansard, saya tak sebut hutan diri you sendiri. Saya sebut hutan simpan Bukit Lanjan, itu sahaja yang saya sebut.


Bagaimana pun, hansard persidangan DUN semalam masih lagi belum disediakan sewaktu berita ini ditulis.

Kelihatan seperti tidak berpuas hati dengan penjelasan Mohd Isa, Hannah sekali lagi menegaskan cadangannya agar para ADUN dihantar mengikuti kursus sensitiviti gender.

"Untuk Pakatan Rakyatlah (kursus itu) sebab saya rasa mereka ini moralnya kurang sedikit," jawab Mohd Isa enggan berganjak daripada mempertahankan dirinya.

Wasabi Oyabun..

Sunday, November 18, 2012

Perangai brutus dan trojan senyap dalam kerajaan tidak tahu bersyukur?



Masa bekerja dengan kerajaan Barisan Nasional (BN), itulah syurga bagi diri mereka dan memuji tinggi melangit terhadap segala dasar dan pelaksanaan yang dibuat.

Tetapi pelik, apabila keluar daripada perkhidmatan kerajaan dan bersara, rupanya segelintir manusia bertopeng ini hanya menunggu masa untuk menjadi wira kepada rakyat, kononnya apa yang dibuat oleh kerajaan yang memberikan rezeki kepada keluarga mereka dahulu, semuanya salah dan tidak betul.

Maka dalam hal ini, benarlah kata negarawan, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bahawa Melayu itu mudah lupa dan atas sebab itulah jugalah, kerajaan yang ada pada hari ini pun, harus mengenali hati budi kakitangan mereka sama ada tulen menyokong kerajaan atau hebat dalam lakonan dan sandiwara di pentas berbeza.

Sebab itulah dalam banyak ulasan yang dibuat sebelum ini, memperakui bahawa wujud ideologi pembangkang yang menjadi agen termasuk dalam agensi dalamnya kerana ia bukan lagi satu rahsia, tetapi ada yang melakukannya secara terang-terangan.

Golongan berperangai brutus dan trojan senyap ini ada yang tanpa segan silu lagi sudah berani berteriak mendokong prinsip dan perjuangan pembangkang walaupun mereka masih menerima gaji, elaun dan segala kemudahan disediakan oleh kerajaan yang memacu negara pada hari ini.

Ini tidak termasuk lagi kepada mereka yang menerima pencen kerajaan, tetapi menyokong pembangkang.

Memanglah untuk mencari mereka satu persatu yang sedang berkhidmat dalam kerajaan ini bukan perkara mudah dan memakan masa yang lama sedangkan tarikh pilihan raya umum ke-13 boleh diumumkan pada bila-bila masa.

Adalah dipercayai manusia gunting dalam lipatan ini disedari secara total oleh kerajaan BN di negeri ini, di mana merupakan virus yang sedang memamah struktur kukuh sesebuah kerajaan, jika dibiarkan terus mengamuk dalam senyap.

Malanglah, segelintir kakitangan kerajaan dan mereka yang telah berpencen ini kalau tidak tahu menilai nikmat syukur yang dikurniakan oleh Allah SWT, di mana anak kita membesar, kehidupan selesa, mudah mengerjakan ibadat tanpa gangguan dipersia-siakan hanya kerana percaya kepada cerita hasutan dan mengadu domba.

Apa yang menjadi masalah pada hari ini ialah trojan atau pahlawan senyap yang pernah bekerja dengan kerajaan dan punyai pelbagai maklumat dalaman, membina kuasa di luar dengan melihat kelemahan sesebuah agensi kerajaan itu sebagai medan untuk melancarkan peperangan baru.

Dalam hal ini, kita amat bersimpati dengan mereka yang setia kepada kerajaan BN kerana perlu menangkis setiap serangan yang dibuat oleh manusia talam dua muka ini yang menyebabkan segala perkara yang dahulunya disimpan sebagai rahsia, kini dibuka pekung untuk menagih sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Jelas pada hari ini bahawa masalah kakitangan kerajaan yang menyokong dan bergiat aktif sama ada secara langsung atau pun tidak dengan parti politik pembangkang, sebenarnya ia memuncak ke tahap kronik, yang bukan sekadar pembedahan biasa tetapi mampu membubarkan kerajaan BN keseluruhannya, jika tidak dibendung segera.

Percaya atau tidak, cubalah anda ke pejabat kerajaan, mahupun di kafetaria atau dewan menunggu, segelintir daripada mereka lebih gemar bercerita tentang politik negara sehingga berangan segalanya akan datang sujud di kaki sekiranya pentadbiran negara ini bertukar tangan berbanding menjalankan tanggungjawab yang dipikul untuk memajukan negara.

Maka, perhatikanlah di sekeliling anda apa yang sedang mereka ceritakan dan dengarlah, tentu ada di antara mereka akan bercakap bila lagi ada ceramah politik, siapa yang datang, apa isu baru, kutuk mengutuk dan kalau aku jadi calon, aku akan buat itu dan ini.

Apa pun, kepada segelintir mereka telah meninggalkan perkhidmatan kerajaan, hentikanlah perbuatan memburuk-burukkan kerajaan BN ini kerana anak dan keluarga kita membesar dan makan hasil daripada wang gaji yang telah kita terima semasa berkhidmat dahulu.

Mungkin negara ini terlalu berlembut sebelum ini kerana sangat menyimpan kakitangannya sekalipun mereka merupakan pekerja yang paling pemalas di dunia serta gemar bercerita tentang keburukan bersama rakannya tanpa mengira setiap sen pendapatannya itu adalah amanah yang Allah SWT berikan untuk kerja kebaikan.

Sumber : Suara Politik,
Belantan

Friday, November 9, 2012

Ketua Menteri Pulau Pinang menipu - Tapak PPR sah milik swasta?


Oh Tong Keong menunjukkan salinan sijil pembayaran wang pendahuluan bagi membeli tapak tanah di Taman Manggis, (kiri) dan salinan sijil penjualan tanah berkenaan kepada KLIDC Sdn. Bhd. pada sidang akhbar di Pulau Pinang, semalam.

Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang terus berdolak-dalik dan belum menyediakan perjanjian jual beli tapak projek perumahan rakyat (PPR) Taman Manggis di sini kepada Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri kini terjawab.

Pemuda BN negeri yang melakukan proses carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dua hari lalu terkejut apabila mendapati tanah tersebut telah dipajakkan oleh Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn. Bhd. (KLIDC) kepada sebuah bank pada 21 November tahun lalu.

Ketuanya, Oh Tong Keong berkata, ini menunjukkan tanah berkenaan kini milik KLIDC tetapi pada masa sama dijual Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada Pemuda BN negeri yang telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM222,073.

"Dengan dokumen SSM ini, kami dapati kerajaan negeri sengaja melanggar undang-undang. Guan Eng dilihat telah berbohong dan tidak jujur.

"Ini menunjukkan tanah tersebut telah dijual kepada dua pihak. Kami memberi tempoh 24 jam kepada Guan Eng untuk memberi penjelasan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan dokumen SSM itu, tapak PPR berkenaan telah dipajakkan oleh KLIDC kepada bank dengan nilai RM11.5 juta pada 21 November tahun lalu.

Tanah tersebut sepatutnya dibangunkan PPR fasa kedua namun dijual kerajaan negeri kepada KLIDC bagi projek pembinaan hotel 19 tingkat, enam tingkat hospital persendirian dan lima tingkat tempat letak kereta.

Pada 4 September lalu, Pemuda BN negeri menerima surat tawaran daripada Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik untuk membeli tanah seluas 0.45 hektar di Jalan Zainal Abidin itu dengan harga jualan RM450 sekaki persegi.

Tawaran tersebut kemudiannya disahut Pemuda BN negeri bagi menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan pemaju swasta dengan bayaran wang pendahuluan satu peratus iaitu sebanyak RM224,073 secara tunai pada 3 Oktober lalu.

Namun, Guan Eng memberi tempoh 30 hari untuk menyelesaikan bayaran baki penuh yang dianggap Pemuda BN negeri sebagai syarat tidak munasabah.

Wang sebanyak RM22,183,227 untuk baki bayaran pembelian tanah berkenaan akhirnya berjaya juga dikumpulkan dalam tempoh ditetapkan.

Bagaimanapun, wang dalam bentuk draf bank itu tidak dapat diserahkan sehingga hari ini berikutan kerajaan negeri masih gagal menyediakan syarat-syarat pembelian.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda BN negeri, H'ng Khoon Leng menjelaskan, beliau tidak hairan kenapa Guan Eng memberikan syarat-syarat yang tidak munasabah kerana kerajaan negeri memang tidak mahu menjual kepada pihaknya berikutan tanah tersebut kini milik KLIDC.

Bagaimanapun, beliau menambah, sistem e-Tanah menunjukkan tiada rekod diperoleh mengenai tapak PPR tersebut.

"Malah kami pernah menulis surat kepada Pejabat Tanah dan maklum balas yang diberikan bahawa tanah itu masih milik kerajaan negeri.

"Mungkin status pemilikan tanah telah dikeluarkan tetapi ia tidak dapat ditunjukkan dalam sistem SSM kerana 'dikunci' orang tertentu," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pegawai-pegawai kerajaan negeri yang terlibat tetapi terpaksa berdiam diri kerana takut supaya tampil ke depan kerana ia dianggap konspirasi.

Penang Wasabi..

Friday, November 2, 2012

Lim Guan Eng ketaq lutut..!!! Utusan Malaysia dihalang buat liputan DUN PP?



Akhbar Utusan Malaysia hari ini dihalang daripada membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula semalam hingga 9 November ini.

Wartawan Utusan Malaysia yang hadir untuk melaporkan perbahasan Bajet Negeri yang dibentangkan oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng dilarang masuk sebaik sahaja tiba di pondok pengawal.

Berbanding semalam, wartawan Utusan Malaysia tidak dilarang, malah dibenarkan masuk hingga ke kawasan lobi bagi membuat liputan sehingga DUN habis bersidang pada kira-kira pukul 6 petang.

Ahli DUN BN membantah tindakan DAP menghalang akhbar Utusan Malaysia dari membuat liputan sidan DUN Pulau Pinang

Kawalan hari kedua hari ini lebih ketat apabila wakil media dikehendaki mengisi borang khas dan menyerahkan kad perakuan media masing-masing.

Ketika ditanya kepada pengawal yang bertugas mengapa tidak dibenarkan masuk sedangkan tiada halangan pada hari pertama, pengawal berkenaan memaklumkan bahawa terdapat arahan daripada pihak atasan untuknya berbuat demikian.

Penang Wasabi..