~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, June 24, 2010

Apabila Melayu menjadi lemah : Isu-isu di akhbar Cina!

















Mereka meminta lagi : Bahagi Sama Rata Sumber Kewangan Pendidikan


Peruntukan bantuan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) dalam pengumuman Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menjadi perhatian akhbar Sin Chew Jit Poh, 21 Jun 2010 (Isnin) lalu.

Di bawah tajuk “Sumber Kewangan Pendidikan Sepatutnya Diberi Secara Adil,” penulis Teng Ji Choi mengulas pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini bahawa dalam masa lima tahun mendatang, apa-apa bantuan yang diterima oleh SRJKC tidaklah banyak.

Kata Ji Choi, setiap sekolah Cina akan menerima RM2,000 untuk pembiayaan elektrik dan air. Di seluruh negara mempunyai 884 buah SRJKC, kos penyelenggaraan diberi sebanyak RM70 juta, bermakna setiap sekolah hanya mendapat peruntukan bantuan sebanyak RM80,000.

Kata Ji Choi, Perdana Menteri langsung tidak sebut tentang bantuan pembiayaan kos elektrik dan air untuk sekolah-sekolah menengah Cina, serta tidak sentuh masalah kekurangan guru-guru di sekolah Cina dan pengiktirafan sijil-sijil sekolah menengah Cina.

Jika dibandingkan dengan RMK-9 (2005-2010); keadaan itu sama sahaja. Dalam rancangan tersebut peruntukan keseluruhan untuk pendidikan sebanyak RM4.83 bilion ringgit, SRJKC hanya mendapat RM170 juta.

Jika dibandingkan dengan nisbah bilangan murid di SRJKC iaitu sebanyak 20.96 peratus daripada keseluruhan murid sekolah, sepatutnya mendapat peruntukan sekurang-kurangnya sebanyak 1 bilion ringgit.

Mengikut sumber kewangan yang dikeluarkan untuk pendidikan, dalam RMK-10, apa yang diberikan kepada SRJKC terlalu sedikit, ia kembali di tapak yang asal, tidak bergerak selangkah pun ataupun tidak ada sebarang perubahan.

Selain itu unsur-unsur yang diambil kira adalah bagaimana pembahagian sumber kewangan pendidikan yang saksama serta tidak berbelah bahagi dilakukan.

Cukai-cukai pendapatan dibayar oleh semua rakyat, sepatutnya sumber kewangan dibahagi sama rata kepada rakyat itu sendiri. Ini adalah perkara paling asas yang sepatutnya mereka nikmati, memang ia sangat berpatutan.

Ji Choi berpendapat pembahagian sumber kewangan pendidikan dalam RMK-10 didapati hanya perubahan kecil. Kerajaan beri peruntukan sedikit sahaja, langsung tidak ada sebarang rombakan secara besar-besaran.

Mengharap konsep "1Malaysia" berjaya, buanglah pemikiran yang sinis dan dari segi politik, sepatutnya sumber kewangan pendidikan itu dibahagikan sama rata, bina sebuah sistem "sama-sama menikmati sumber" supaya pendidikan ini dapat disalurkan kepada semua rakyat dan memberi kesan yang paling maksimum kepada rakyat, perkuatkan rakyat serta perkukuhkan kekuatan negara.

Mereka mempertikaikan : Perubahan Sistem Peperiksaan

Cadangan memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR menjadi bahan Opinion Corner akhbar Sin Chew Jit Poh 22 Jun 2010 (Selasa).

Timbalan Editor akhbar ini Lim Swee Guan menjangkakan pelajar akan lebih malas, dan bagaimana ibu bapa hendak menilai prestasi anak-anak mereka?

Bagi penulis itu, orang ramai tidak perlu risau terhadap sesuatu perubahan, yang dirisaukan ialah setiap kali ada perubahan pemimpin dalam bahagian pendidikan, setiap kali itulah maka perubahan dilakukan. Langsung tidak menampakan satu kesinambungan.

Pada tahun 1980-an dahulu pihak Kementerian Pelajaran menggunakan sylibus baru (3M) dan seterusnya mengubah mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Sudah berapa ramai yang menjadi mangsa perubahan yang kita lalui.

Menurut penulis ini, Dasar Pelajaran Negara ini mementingkan keputusan peperiksaan dan sistem pendidikan mengikut telunjuk apa yang diajar. Tetapi jika UPSR dan PMR dimansuhkan, adakah sistem pendidikan dapat mendidik insan yang lebih lengkap? Adakah kita dapat mengubah sikap murid-murid yang pasif selama ini, supaya anak-anak menerima pendidikan secara gembira dan dengan sendiri mahu mencari ilmu?

Jika sylibus pelajaran dan cara pendidikan dari guru-guru yang menyampaikan itu masih tidak berubah, dikhuatiri walaupun peperiksaan itu dimansuhkan, sudah tentu masih tidak dapat memberi apa-apa motivasi kepada murid-murid untuk mengembangkan ilmu, dan tidak dapat tingkatkan diri mereka lebih inovasi dalam pelajaran.

Dalam ruangan itu, Swee Guan berpendapat pihak kerajaan sepatutnya secara langsung mengiktiraf sijil-sijil peperiksaan gabungan sekolah menengah Cina. Dengan itu dapat hindar daripada syarat lulus bahasa Melayu SPM, barulah mereka layak melepasi halangan memasuki maktab perguruan. Dari situ barulah dapat melatih cerdik pandai ini secara segera, dan dapat menggerakkan paksi perubahan dalam pendidikan.

“Tetapi saya agak risau, kerana kementerian masih mengutamakan perkara yang remeh temeh, dan bukan tumpukan kepada matlamat perubahan pendidikan yang lebih lurus.

Pada tahun 2011 pihak Kementerian Pelajaran akan lancarkan perubahan sylibus mata pelajaran di peringkat sekolah SRJKC dan SRJKT, menekankan mata pelajaran bahasa Melayu serta penambahan masa pembelajaran bahasa Melayu, termasuk mencadangkan sama ada kertas soalan menggunakan bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris, serta melaksanakan sylibus baru (Malaysia Negara Ku).

Pihak kerajaan langsung tidak menyediakan peralatan hardware serta guru-guru tenaga pengajar yang layak, tetapi mahu terus laksanakan kanak-kanak berumur 5 tahun dimasukan ke sekolah; seterusnya mengumumkan hapus biasiswa melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ini semata-mata telah menidakkan konsep terbuka dalam pendidikan.

Sebenarnya, bukan perkara baru dalam cadangan mahu mansuhkan peperiksaan, pada September 2008, pada masa itu Hishamuddin menjadi Menteri Pelajaran mengumumkan satu blue print pelajaran 2006-2010 menyatakan, bagi menyahut perubahan dan kesesuaian sylibus, pihak Kementerian Pelajaran membuat satu rombakan secara besar-besaran “SPPK", bagi mengatasi sistem mengutamakan keputusan peperiksaan bertulis.

Selepas dua tahun, kita masih membincangkan isu yang sama, pihak kerajaan mahu ubah pendidikan. Sampai bila hendak yakinkan orang ramai?

Mereka memberi amaran : BN Akan Terima ‘Kad Merah’


















Isu penarikan pingat Datuk oleh Istana Johor menarik perhatian China Press 20 Jun 2010 (Ahad). Dengan tajuk “Jika BN Tidak Mahu Insaf, Seterusnya Akan Terima Kad Merah,” akhbar ini memetik kenyataan Chua Jui Meng yang berkata, pilihan raya Mac 2008, BN telah menerima tamparan kad kuning, sehingga hari ini masih tidak mahu insaf. Pilihan raya akan datang, pasti akan diketepikan oleh rakyat seterusnya akan menerima “kad merah" kehilangan kerajaan.

Politik boleh diumpamakan seperti pasukan bola sepak, rakyat nampak lebih jelas sama ada pemain bola itu menyepak bola ataupun menyepak pemain lain.

Sempena musim Piala Dunia ini, Jui Meng mengambil kesempatan memberitahu orang ramai BN tidak peka dengan kebajikan rakyat.

China Press melaporkan walaupun beliau tidak mahu berterus terang adakah UMNO main peranan terhadap penarikan pingat-pingat itu, tetapi beliau berkata "yang penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat terhadap isu ini.”

Beliau percaya, kerana isu penarikan balik pingat ini, UMNO akan dituduh oleh orang ramai dan akan semakin ramai rakyat menyokong Pakatan Rakyat, dan mereka akan rasa menyesal.

Beliau memberi amaran kepada UMNO, jangan gunakan penarikan pingat itu sebagai isu untuk mengugut beliau dan mahu beliau berundur.

“Saya bukan sahaja tidak akan berundur, malah saya akan terus maju ke hadapan, pertahankan sehingga Pakatan Rakyat ambil alih pemerintahan Kerajaan Pusat di Putrajaya.”

Penang Wasabi..

Tuesday, June 15, 2010

Anwar tak layak cakap isu judi - Nallakaruppan!


















Datuk S. Nallakaruppan menyifatkan bekas rakan karibnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak untuk bercakap soal penentangan berhubung lesen pertaruhan sukan.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) berkata, ini kerana, sepanjang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dikenalinya sebagai 'penyokong' syarikat perjudian, Magnum Corporation Berhad (Magnum) terutama semasa berada dalam Kabinet.

Nallakaruppan mendakwa, sewaktu masih berada dalam Kabinet, Anwar sendiri beberapa kali menggunakan khidmat jet milik Magnum untuk ke luar negara.

Wawancara Ahmad Lutfi Othman dengan Ahli Parlimen PAS, Haji Mohamad Sabu, pada 14 Jun 1998, jam 11.15, di pejabat urusan TAMADUN.

''Ketika itu saya masih memegang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif Magnum. Saya tahu segala-galanya tentang Anwar dan Magnum. ''Kalau dia kata judi itu haram, mengapa datang kepada kami (Magnum)?" soalnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, parti pembangkang termasuk Anwar telah memberi pelbagai alasan mengenai pertaruhan sukan yang dilihat mereka tidak bermoral dan akan menyebabkan banyak masalah sosial.

''Ini adalah karut. Kebenarannya adalah mereka sengaja memanipulasi isu terbabit untuk kepentingan politik masing-masing,'' jelas beliau.

Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini telah beberapa kali menyatakan bantahan terhadap isu lesen pertaruhan sukan. Katanya, Anwar adalah seorang pemimpin yang licik dan penentangan terhadap isu lesen judi sukan digunakan untuk menampakkan beliau sebagai pemimpin baik di mata umum.

Penang Wasabi..

Sunday, June 13, 2010

Mesyuarat UMNO cawangan dihalang guna dewan!

MOHAMAD Rozi Yaacob berucap pada Mesyuarat UMNO Cawangan Guar Kepah, Kepala Batas, Pulau Pinang, kelmarin.

Kira-kira 100 ahli UMNO Cawangan Guar Kepah di sini terpaksa mengadakan mesyuarat dalam keadaan bersesak-sesak di sebuah bilik operasi Rela selepas dihalang menggunakan sebuah dewan di kampung itu.

Semuanya gara-gara tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri (JKKKN) yang menghalang mereka mengadakan persidangan tersebut di Dewan Banjir Guar Kepah di sini. Tinjauan mendapati, mesyuarat kira-kira pukul 6 petang semalam itu tetap diteruskan walaupun sebahagian ahlinya terpaksa berdiri ekoran bilik operasi tersebut yang sempit selain bilangan kerusi tidak mencukupi.

Pengerusi UMNO Cawangan Guar Kepah, Mohamad Rozi Yaacob berkata, pihaknya terpaksa memohon ihsan pihak Rela pada saat-saat akhir untuk 'menumpang' bilik operasi pasukan beruniform itu yang terletak kira-kira 300 meter dari dewan berkenaan. Menurut beliau, pihaknya ada menghantar surat permohonan kepada pihak JKKKN kampung itu pada 1 Jun lalu dan dimaklumkan bahawa mereka boleh menggunakan dewan tersebut hari ini.

"Bagaimanapun saya dimaklumkan pada saat-saat akhir bahawa kami tidak boleh menggunakan dewan tersebut dengan alasan surat (permohonan) yang ditulis tidak ditujukan terus kepada Pengerusi JKKKN sendiri. "Kami juga diberitahu bahawa kami tidak boleh bermesyuarat di dewan itu kerana UMNO cawangan dikatakan menggunakan dewan tersebut tanpa kebenaran ketika menjalani program Juara Rakyat baru-baru ini," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat itu semalam.

Mohamad Rozi berkata, Ketua Wanita UMNO cawangan tersebut juga sudah mengadakan perbincangan dengan salah seorang pemimpin JKKKN berkenaan bagi memaklumkan permohonan menggunakan dewan tersebut selain turut menghantar surat. "Alasan-alasan itu sangat tidak wajar apatah lagi program Juara Rakyat yang diadakan sebelum ini memberi manfaat kepada semua penduduk kampung tanpa mengira fahaman politik," tambahnya.

Mohamad Rozi berkata, isu penggunaan dewan tersebut bukan baru kerana sudah banyak aduan daripada penduduk kampung yang tidak dibenarkan menggunakan dewan atau kemudahan yang ada di dalamnya. "Ada penduduk yang ingin menggunakan kemudahan dewan bagi urusan majlis perkahwinan tetapi tidak dibenarkan pada saat-saat akhir tanpa alasan munasabah.

"Bagi saya, ini sudah keterlaluan kerana kalau semua perkara mahu dipolitikkan, ia akan memberi tekanan kepada penduduk sedangkan dewan ini dibina untuk kegunaan masyarakat," jelasnya.

Penang wasabi..

Wednesday, June 9, 2010

Muktamar PAS ke 56 : Macamana Kohilal boleh tersilap ‘pengiraan pelaburan’!


Kerajaan Pas Kelantan mengakui kerugian yang ditanggung oleh Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) adalah kerana ‘silap pengiraan’ dari segi urusan pelaburan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah bagaimanapun menegaskan, ia tiada kaitan dengan salah laku pengurusan dan keadaan masih terkawal.

Sehubungan itu, katanya, kegiatan koperasi yang didokong oleh puluhan ribu ahli parti itu telah dibekukan buat sementara waktu bagi penyusunan semula pasukan pengurusan.

‘‘Masalah Kohilal sama seperti masalah perniagaan lain yang melabur dengan risiko yang perlu ditanggung sama ada untung atau rugi tetapi ia tidak ada kena mengena dengan salah laku pengurusannya,” jelasnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas Kelantan berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Seminar Halalan Toiyyiban di Pusat Dagangan Kelantan di sini, hari ini.

Mohd. Amar mengulas mengenai desakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar Pas mendedahkan ke mana RM45 juta wang pelaburan kira-kira 20,000 ahlinya disalurkan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata, banyak dakwaan timbul mengenai kewujudan skandal dalam koperasi itu dan menimbulkan tanda tanya ahli Pas sendiri. Kohilal yang diwujudkan pada 1986 suatu ketika dulu menjadi kebanggaan ahli-ahli parti itu dan bayaran dividen terakhir dikatakan dibuat pada 1997.

Mohd. Amar menafikan Kohilal ‘sunyi sepi’ seperti yang didakwa oleh Ibrahim semalam. Sambil menyifatkan Ahli Parlimen Pasir Mas itu sebagai ‘tidak ada kerja’, Mohd. Amar berkata, bukan hak Ibrahim untuk mengetahui perkembangan saham Kohilal kerana dia bukan ahli.

‘‘Tidak perlu didedahkan apa-apa sebab dia bukan ahli, masalah tidak dapat dividen ini sejak dahulu lagi dan ahli Kohilal tahu masalah ini. ‘‘Ia lebih kepada masalah pelaburan yang tidak ada untung kerana silap pengiraan melabur di tempat yang merugikan. ‘‘Ibrahim ini macam tidak ada kerja, suka kait perkara-perkara begini, lagi pun ini isu lama sejak 1990-an lagi,” jelasnya.

Penang Wasabi..