~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Wednesday, October 30, 2013

Tiada modal, Pas 'serang' Mukhriz?

Mukhriz Tun Dr Mahathir (tengah) bersalaman dengan warga pendidik ketika hadir pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar Kedah bersama Warga Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, Sungai Limau, Kedah semalam. Turut kelihatan Pengarah Pelajaran Negeri, Mansor Latt (dua, kiri).

HARI INI genaplah seminggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau diadakan. Seperti biasa ketika Barisan Nasional (BN) berusaha bersungguh-sungguh untuk menyakinkan rakyat kenapa parti tersebut perlu menguasai kawasan berkenaan, Pas pula terus dengan kempen politik mereka.

Pas begitu yakin pengundi-pengundi Sungai Limau akan terus bersama dengan mereka sehinggakan soal apa yang hendak dilakukan bagi membela nasib penduduk di situ seolah-olah bukan menjadi agenda utama.

Sebaliknya apa yang boleh disaksikan ialah mereka menjadikan pemimpin-pemimpin BN sebagai sasaran serangan. Apa sahaja kenyataan oleh pemimpin-pemimpin tersebut semuanya akan dipolitikkan dengan tujuan meraih sokongan pengundi.

Bagaimanapun apa yang paling ketara berdasarkan maklumat, pemerhatian dan tinjauan yang dilakukan adalah jelas Pas berusaha untuk memburuk-burukkan imej Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir habis-habisan.

Pelbagai hujah mereka tampilkan supaya ia boleh membangkitkan perasaan benci pengundi-pengundi Sungai Limau terhadap Mukhriz. Pas terpaksa melakukan demikian kerana mereka bimbang Menteri Besar Kedah itu semakin berjaya menambat hati rakyat termasuklah dalam kalangan pengundi Pas sendiri di Sungai Limau.

Apa yang meresahkan Pas, kehadiran Mukhriz termasuk di kawasan yang dianggap kubu kuat mereka turut mendapat sambutan sehingga ada yang mengaitkan pendekatan politik Mukhriz tiada bezanya dengan bekas Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Keadaan inilah yang memungkinkan Pas tidak boleh duduk diam dan harus mencari jalan bagaimana untuk menyekat pengaruh Mukhriz yang membolehkan BN merampas tampuk pemerintahan negeri Kedah tidak berulang pula di DUN Sungai Limau.

Justeru mereka melancarkan serangan bertubi-tubi terhadap Mukhriz termasuklah menuduh kononnya beliau mengkhianati amanah Azizan. Bagaimanapun Mukhriz tidak mudah melatah, beliau menganggap apa yang dilakukan oleh Pas itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana dalam PRK seperti ini, ia merupakan masa untuk perkara seperti itu disensasi atau dipolitikkan.

Tindakan menyerang Mukhriz dengan menuduh beliau mengkhianati amanah Allahyarham Azizan dianggap 'senjata' oleh Pas kerana memahami ramai penyokong tegar Allahyarham di Sungai Limau. Pas berharap dengan cara demikian penyokong-penyokong tersebut akan mengekalkan undi mereka kepada parti itu.

Atas hasrat itu juga Pas mengedarkan risalah yang menyerang Mukhriz habis-habisan dengan melemparkan pelbagai dakwaan dan tohmahan kepada beliau termasuklah menuduh beliau sibuk menguruskan karier politik peribadi dengan menghabiskan masa dan wang rakyat berkempen jawatan Naib Presiden.

Tohmahan ini tertera dalam risalah bertajuk 'Sinar Sungai Limau' yang jelas bertujuan menjatuhkan imej Menteri Besar Kedah itu kerana Pas tiada modal untuk menyerang Mukhriz dari segi peribadi.

Terdapat pelbagai lagi tuduhan dalam risalah itu termasuklah memperlekehkan tindakan Mukhriz mengekalkan beberapa langkah kerajaan negeri di bawah Allahyarham Azizan dahulu seperti kuliah agama di Sri Mentaloon, bantuan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPTA), bantuan guru Quran dan bidan kampung.

Mereka menganggap Mukhriz tidak ada idea sedangkan Menteri Besar Kedah itu sudah menjelaskan dengan tegas apa sahaja dasar yang baik di bawah Allahyarham Azizan akan diteruskan.

Inilah perangai puak-puak Pas, tiada pujian dalam kamus politik mereka jika sesuatu perkara yang baik itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN, sebab itulah dalam isu Mukhriz ini, kalau sesuatu program atau rancangan itu tidak diteruskan mereka tuduh Mukhriz mengkhianati amanah Allahyarham Azizan tetapi apabila ia diteruskan mereka tuduh pula tidak ada idea baru, sikap inilah yang dikatakan orang 'buat pun salah, tak buat pun salah'.

Apa yang lebih memalukan dalam soal sikap politik pembangkang ini, Mukhriz bukan sahaja diserang dari segi pentadbiran malah mereka turut mencari jalan memburuk-burukkan beliau dari segi peribadi sehinggakan cara berpakaian beliau juga turut menjadi sasaran.

Ia terbukti apabila facebook dan blog pembangkang yang diwujudkan sempena PRK Sungai Limau mempersendakan tindakan Mukhriz menghadiri majlis-majlis keagamaan dengan memakai jubah dan berkopiah. Malah mereka juga memperlekehkan gambar Mukhriz berdoa.

Mungkin bagi kelompok-kelompok ini hanya tok-tok guru, ustaz dan pemimpin mereka sahaja yang layak berpakaian sedemikian kalau pemimpin UMNO berbuat begitu ia dianggap sandiwara politik.

Begitu juga dengan gambar berdoa, kalau memaparkan gambar tok guru mereka berdoa untuk memusnahkan UMNO itu tidak mengapa tetapi kalau gambar pemimpin UMNO berdoa biar pun dengan doa yang baik, ia dianggap tidak betul.

Demikianlah corak kempen Pas dan pembangkang di Sungai Limau, dalam keadaan tiada modal dan kehabisan idea untuk mempertahankan kerusi DUN tersebut, segala-galanya sanggup mereka lakukan.

Mereka cuba meraih simpati dan merangkul sokongan dengan menimbulkan apa sahaja isu tetapi tidak ada satu pun yang bertujuan ikhlas untuk membela nasib pengundi Sungai Limau.

Dalam ceramah-ceramah mereka pula, selain serangan ke atas Mukhriz, mereka memutar belitkan isu-isu nasional bagi meracuni pemikiran pengundi Sungai Limau supaya membenci BN.

Bagaimanapun kita percaya, apa yang dilakukan oleh Pas sekarang bertentangan dengan politik berhemah yang diamalkan oleh Allahyarham Azizan sebelum ini, sebab itulah Mukhriz tidak berasa tergugat dengan serangan-serangan tersebut.

Apa yang penting bagi Mukhriz adalah berusaha bersungguh-sungguh untuk menerangkan kepada rakyat kenapa mereka perlu memberi peluang kepada BN di Sungai Limau.

Mukhriz tidak pernah gentar dengan apa juga hendak dilakukan oleh Pas termasuklah tuduhan beliau mengkhianati amanah Allahyarham Azizan kerana bak kata beliau, ''Ia langsung tidak berlaku. Kalau hendak cerita pasal khianat ini, saya ingat ada orang lain yang lebih mengkhianati."

Sudah tentu ramai pemimpin Pas Kedah memahami apa yang Menteri Besar Kedah itu maksudkan dan penyokong-penyokong Allahyarham Azizan juga pasti lebih mengerti siapakah di dalam parti itu yang sedang 'bersandiwara' apabila bercakap soal Allahyarham.-Bernama

Penang Wasabi..

#PRK Sg Limau : Kenyataan Mahfuz cubaan tagih simpati masyarakat!


Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berhubung pemberian susu tamat tempoh merupakan satu pendekatan terdesak parti itu dalam menagih sokongan dan simpati rakyat di Sungai Limau menjelang hari pengundian pada 4 November ini.

Ketua UMNO Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, ini merupakan satu isu yang sengaja diadakan untuk mewujudkan sentimen kebencian pengundi.

"Saya dimaklumkan hanya seorang sahaja tampil, kononnya menerima pemberian bungkusan makanan yang mengandungi satu tin susu yang telah tamat tempoh. Aduan tersebut datangnya daripada mereka yang mempunyai hubungan keluarga dengan salah seorang kakitangan media pembangkang, Harakahdaily,"

"Adalah amat memalukan apabila Mahfuz selaku Naib Presiden Pas hanya mampu menggunakan susu tamat tempoh bagi menarik sokongan pengundi sedangkan banyak lagi isu-isu besar seperti pembangunan yang perlu diperjuangkan oleh Pas di Sungai Limau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang sumbangan bantuan barangan keperluan asas oleh jentera parti Barisan Nasional (BN) kepada penduduk Sungai Limau di sekitar kawasan Sungai Dedap yang dicemari dengan penemuan susu pekat, didakwa telah luput tarikh.

Tambah Abdul Azeez yang juga Ahli Parlimen Baling, menjelang pilihan raya, bermacam-macam perkara boleh terjadi, tambahan pula perkara yang tidak ada pun boleh diadakan.

Contohnya, menurutnya, gambar-gambar 'superimposed' menggunakan teknik 'Photoshop' di antara calon Pas dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang dimainkan oleh jentera parti itu bagi menunjukkan kononnya ingin membawa legasi Allahyarham.

"Selain itu, Pas yang kononnya memperjuang Islam, sekali lagi didapati berbohong apabila menggunakan isu bapa kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dikatakan menyokong calon Pas.

"Saya bertemu dan bertanya sendiri kepada bapa Datuk Seri, dia (Baharom) menafikan dakwaan tersebut,'' katanya.

Sementara itu menurut Abdul Azeez, Mahfuz mungkin sedikit kecewa dengan pendedahan yang dilakukan ketika membahaskan Belanjawan 2013 semalam, berhubung sikap segelintir pemimpin Pas yang suka berbohong dan gemar memperalatkan ayat-ayat suci al-Quran demi kepentingan politik.

Penang Wasabi..

Monday, October 28, 2013

#PRK Sg Limau : Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima?


Mahfuz Omar @ The Mr.Bean merupakan Pesuruhjaya Pas Kedah yang baru. Beliau juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau Pas. Memang tidak ada pemimpin lain yang paling layak di Kedah memikul tanggungjawab itu.

Mahfuz seorang pemimpin pembangkang sejati. Kelebihan beliau ialah setiap perkara yang dilakukan oleh kerajaan ada sahaja yang tidak betul dan akan dijadikan bahan untuk menyerang balik kerajaan.

Mahfuz ibarat seekor ular tedung hitam yang cukup garang dan sentiasa menyembur bisanya terhadap musuh. Mahfuz lebih lantang berbanding calon Pas sendiri Mohd Azam Samat yang agak lurus politiknya, apatah lagi latar belakang Azam sebagai guru di sekolah agama.

Mahfuz dengan lantang memperlekehkan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang dikatakan gagal setelah lima bulan menjadi Menteri Besar. Pada masa sama Mahfuz terlupa bahawa Pas pernah memerintah selama lima tahun di Kedah.

Mahfuz menyifatkan Mukhriz sebagai `mamai' atau tidak dapat berfikir dengan jelas selaku Menteri Besar. Menurut Mahfuz, memang menjadi tanggungjawab menteri besar untuk melaksanakan pembangunan di seluruh negeri dan tidak perlu menunggu PRK.

Bila ditanya bagaimana calon pembangkang hendak menunaikan janjinya termasuk memperbaiki jalan dan menyediakan kemudahan WiFi jika terpilih menjadi wakil rakyat Sungai Limau, Mahfuz berkata, bukan kerja wakil rakyat melaksanakan projek pembangunan,

Apa yang boleh dilakukan ialah mengemukakan cadangan kepada kerajaan serta agensi kerajaan berkaitan. Yang melaksanakan projek tersebut ialah kerajaan negeri dan agensi kerajaan terbabit.

Persoalannya bagaimana pula wakil rakyat berkenaan hendak memastikan cadangan serta kertas kerjanya mendapat perhatian kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan? Keutamaan tentulah diberi kepada kawasan yang diwakili wakil rakyat yang datang daripada parti yang sama alirannya.

Allahyarham Tan Sri Azizan Razak bekas Menteri Besar Kedah yang mempunyai hubungan baik dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tetap sukar untuk membangunkan Kedah.

Setakat hubungan baik sahaja tidak mencukupi. Kedah di bawah pemerintahan Pas mengalami masalah kewangan yang kritikal.

Bagaimanapun apabila BN kembali memerintah Kedah, Mukhriz kini mendapat sokongan padu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pelbagai peruntukkan tambahan diberikan untuk projek pembangunan di Kedah.

Contoh paling jelas Mahfuz sendiri terpaksa merayu kepada kerajaan supaya mengisytiharkan cuti pada 4 November ini bagi membolehkan pengundi luar pulang mengundi di PRK Sungai Limau.

Apa yang boleh dibuat oleh pembangkang ialah mencadangkan, merayu dan mendesak. Keputusan akhir tetap terletak di tangan kerajaan yang memerintah.


Begitu jugalah dengan penduduk di Sungai Limau. Sudah lima penggal mereka memberi kepercayaan kepada Pas.

Jika selama ini mereka ketinggalan daripada arus pembangunan, mereka tidak seharusnya menyalahkan kerajaan. Mereka sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana membuat pertimbangan yang tidak bijak.

Tidak ada dosa jika memilih BN dan tidak ada jaminan syurga jika memilih Pas. UMNO juga memperjuangkan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan parti itu.

Ramai pemimpin UMNO kalangan ustaz, tetapi mereka tidak menjual agama untuk meraih keuntungan di dunia.

Inilah masa yang paling sesuai untuk mereka beralih arah. Jika sebelum ini mereka mengundi di dalam pilihan raya umum, Sungai Limau tidak diberi perhatian. Tetapi kali ini mereka mengundi di dalam pilihan raya kecil dan Sungai Limau menjadi perhatian seluruh negara.

Jika sebelum ini ramai yang tidak tahu di mana letaknya Sungai Limau, kerana nama yang sama juga terdapat di tempat-tempat lain. Kini Sungai Limau, Yan terkenal di seluruh negara dan inilah peluang untuk penduduk Sungai Limau untuk membuka lembaran baru dengan memilih wakil rakyat dari kalangan parti yang memerintah di peringkat negeri dan pusat.

Menjadi pembangkang memang mudah. Pembangkang tidak perlu melakukan pembangunan. Rakyat tidak mengharapkan imbuhan daripada pemimpin pembangkang kerana dianggap tidak mempunyai wang, walaupun hakikatnya sebaliknya.

Jadi apabila pemimpin BN melawat kawasan dan memberi wang dan bantuan kepada rakyat yang berharap mereka dituduh mengamalkan politik wang. Apabila Pas mengutip wang daripada orang ramai semata-mata untuk cita-cita politik mereka, tidak pula dianggap memeras rakyat.

Apabila kerajaan memberi bantuan kepada rakyat dianggap merasuah rakyat. Apabila kerajaan mengutip cukai untuk membangunkan negara, kerajaan dituduh menganiaya rakyat.

Jika Pas mengutip wang daripada orang ramai setiap kali mengadakan ceramah tanpa ada pihak yang mengauditnya tidak pernah pula dipertikaikan.

Sepanjang PRK Sungai Limau ini setiap malam jumlah ceramah tidak terhitung banyaknya. Tidak terhitung juga banyaknya orang ramai terpaksa menyumbang kepada tabung Pas. Sudahlah makanan tidak disediakan dan terpaksa membeli kacang rebus, laksa, mee hun sup dengan duit kocek sendiri, terpaksa pula menyumbang kepada tabung.

Semasa program Yayasan Felda orang ramai diberi minyak masak, bantuan cermin mata, pemeriksaan perubatan dan bantuan RM5,000 untuk memperbaiki rumah. Semasa program Timbalan Perdana Menteri orang ramai diberi baja, anak pokok dan anak ayam.

Memang sudah menjadi tradisi pemimpin BN yang sentiasa memberi. Walaupun ada yang mengambil tetapi tidak pernah bersyukur atau berterima kasih.

Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima. Untuk menjadi tangan yang memberi perlulah berusaha meningkatkan kemampuan ekonomi. Itulah yang dilakukan oleh BN.

Sebab itu jugalah Pas tidak akan dapat memerintah negara ini sampai bila-bila kerana mereka adalah kalangan tangan yang menerima sahaja dan darjat mereka tidak akan diangkat lebih tinggi oleh Allah. - UMO












Penang Wasabi..

PAS Dan Fitnah Bagai Lagu Dan Irama, Tidak Dapat DiPisahkan?


PAS sudah pasti malu besar apabila calon mereka tidak habis-habis menipu dalam kempen pilihanraya kecil Sungai Limau yang berlangsung sekarang . Sebelum ini beliau katanya adalah saudara kepada arwah Ustaz Azizan dan kemudian selepas itu dikatakan pula ayah DS Jamil Khir mendoakan beliau menang!

Dan membuatkan kita bertambah terkejut hari ini apabila akhbar yang dikatakan 'condong' kepada pembangkang iaitu Sinar Harian pula mendedahkan yang gambar calon PAS itu adalah edit photoshop dan dusta semata-mata.

Di mana rasanya nak 'letak muka' apabila seseorang yang dikatakan 'guru ugama' sanggup melakukan perbuatan tersebut yang dilihat bercanggah dengan personaliti beliau semata-mata mahu meraih undi penduduk-penduduk Sungai Limau! Begitu juga kepada penyokong-penyokong beliau!


PAS terpaksa menggunakan helah dengan menjadikan bapa kepada Menteri di JPM, DS Jamil Khir Baharom sebagai mangsa terbaru bagi meraih sokongan. Penipuan terancang yang dicanang oleh Harakahdaily. net.

Gambar yang disiarkan oleh Sinar Harian hari ini telah membuka pekung penipuan PAS selama ini yang kerap menipu bagi meraih undi. Benarlah kata orang, PAS dan TIPU/FITNAH bagaikan lagu dan irama yang tidak dapat dipisahkan.

Patutlah bekas Ketua Penerangan Pusat PAS sebelum ini berkata pengamal media sosial Pakatan Pembangkang suka memfitnah? Ini bukannya teguran atau fitnah dari pemimpin UMNO apatah lagi BN, tetapi datangnya sendiri dari pimpinan pusat PAS. Siapa yang tidak kenal dengan Idris Ahmad ini?


Jika selama ini para pemimpin PAS hanya pekakkan telinga, butakan mata apabila mereka tahu ahli-ahli mereka memfitnah...namun selepas ini fikirkan kembali apa yang ditegur oleh Idris Ahmad seperti diatas! Mungkin beliau sudah naik muak dengan sikap dan tingkah laku pengamal media sosial pembangkang yang gemar menipu! Pepatah Melayu ada mengatakan, ' Siakap SiNohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri! Wallahuallam.

Penang Wasabi..

Sunday, October 27, 2013

#PRK Sg Limau : Manipulasi lawatan ke atas bapa saya politik murahan - Jamil Khir?

Gambar calon Pas, Mohd Azam Abd. Samat dan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar menziarahi bapa Datuk Seri Jamil Khir, Baharom Ramli, 77, di kediamannya di Kampung Ulu Sedaka yang disebarkan di Internet. Jamil Khir menganggap lawatan tersebut sebagai politik murahan.

JERAI 27 Okt - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menganggap perbuatan Pas memanipulasi lawatan ke atas bapanya bagi tujuan bahan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Sungai Limau sebagai politik bertaraf rendah dan murahan.

Jamil Khir yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, tidak wajar calon Pas, Mohd. Azam Abd. Samat dan Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar menziarahi bapanya, Baharom Ramli, 77, di kediaman mereka di Kampung Ulu Sedaka untuk dimanipulasi sebagai bahan kempen.

"Saya nak ucapkan terima kasih kerana melawat bapa saya selepas bapa lumpuh tiga tahun tapi kerana sempena dengan pilihan raya ziarah juga pak saya. Kalau tidak, tiada siapa yang ziarah. Kalau mati lambat, lambatlah ziarah.

"Yang agak tak cantik bila pergi ziarah bawa media pulak sebab keluarga yang diziarahi itu juga terasa kerana bapa yang lumpuh diambil gambar," kata Jamil Khir.

Mohd. Azam dan Mahfuz melawat Baharom pada 24 Oktober lalu.


"Bapa saya juga sebut dia rasa tertekan dari segi moral kerana orang yang pergi ziarah baca doa dia tolong aminkan sahaja, mereka kata bapa saya pulak baca doa.

"Ini mainan politik yang terlampau rendah dia punya cara. Haji Baharom tidak bertanding apa pun," kata Jamil Khir.

Menurut beliau manipulasi lawatan itu tidak memberi kesan kepada BN sebaliknya membuatkan penyokong Pas kecewa.

"Orang Pas dua tiga orang jumpa saya meminta maaf kerana tidak jangka kepimpinan mereka tak cerdik," kata Jamil Khir.

Jamil Khir ditemui dalam sidang akhbar menghadiri program Persembahan Aktiviti Kokurikulum dan Majlis Ramah Mesra Bersama Waris Murid-Murid Sekolah Perlaksanaan Program J-QAF di Sekolah Menengah Agama Al-Diniah Al-Islamiah, Sungai Limau Dalam hari ini.

Jamil Khir turut ditanya dakwaan kononnya bapa beliau ahli Pas.

"Itu Mahfuz yang kata. Tak dak pun Haji Baharom kata begitu," kata Jamil Khir. - UO

Penang Wasabi..

BAGHAL..!!! Tak Sepatutnya Pentas PAS Untuk Cinabeng DAP?


Sepertimana yang kita ketahui, PRK DUN N20 Sungai Limau diadakan berikutan kematian Almarhum Tan Sri Dato' Seri Azizan Abdul Razak, mantan Menteri Besar Kedah.

Yang nak penulis tanya kat sini ialah, semasa kematian Almarhum TSDS Azizan tempohari, ketika PAS berkabung kesedihan, ketika PAS berduka kehilangan seorang pemimpin yang mereka kagumi, ada ke ternampak bayang Lim Kit Siang bersama PAS?

Tapi bila ada pilihanraya kecil, ada peluang, ada pentas untuk memaki hamun dan menyalahkan kerajaan yang memerintah, belumpun penamaan calon, baru nak umum nama calon, si Kit Siang dah terhegeh-hegeh sorong muka.

PAS yang jadi baghal DAP pulak tanpa teragak-agak memberikan pentas untuk Kit Siang berucap. Langsung tak ada rasa kecil hati atau terguris rasa oleh PAS dengan tiadanya penghormatan, tiadanya ziarah dari Kit Siang semasa pengkebumian TSDS Azizan.

Seharusnya, dengan budi Kit Siang yang sebegitu, bukannya pentas untuk berucap yang patut PAS berikan kepadanya, tetapi PAS sepatutnya menghalau Kit Siang agar jangan menyibuk dengan pilihanraya kecil ini dan kalaupun nak datang, tunggulah sehingga selesai pembuangan undi nanti. Tapi nak buat camna, baghal memang kena patuh pada tuannya! Lu fikirkan lah sendiri..!!!

Penang Wasabi..

Saturday, October 26, 2013

PM pun sudah mula kurang ambil gula?


Senada dengan pengumumannya semalam bahawa kerajaan memansuhkan subsidi gula demi kesihatan rakyat, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, beliau juga sudah mula mengurangkan pengambilan bahan itu dalam minumannya.

"Saya pun telah mula belajar minum teh tanpa gula sekarang," katanya sambil tersenyum.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ketika perasmian majlis Persidangan Perwakilan Nasional ke-42 parti Gerakan di sini, hari ini.

Semalam perdana menteri mengumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuat kuasa hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

Harga runcit gula sebelum ini ialah RM2.50 sekilogram naik kepada RM2.84 selepas subsidi dimansuhkan bermula hari ini.

Penang Wasabi..

Gula: Racun Yang Paling Manis?


Gula putih tulen, manis dan sedap rasanya tetapi tidak berguna dari segi nutrisi. Gula pada waktu pagi, gula pada waktu petang, dan gula lagi pada waktu makan malam.

Sebagai sejenis kimia, gula merupakan racun bagi badan dan menjadi punca di sebalik pelbagai penyakit. Kita telah ketagih oleh rasanya yang manis dan sudah tidak berupaya lagi untuk menjauhinya.

Mengapakah gula begitu membinasakan kepada kesihatan kita?

Gula ialah kimia tulen dan dalam menjalani pemprosesan, semua nutrisi makanan semula jadi yang asalnya terkandung di dalam tumbuhan itu sendiri telah dikeluarkan.

Gula bukan lagi merupakan jisim semula jadi kerana ia dikeluarkan melalui proses industri (kebanyakannya daripada pokok tebu atau ubi bit) dengan melakukan penapisan sehingga menjadi sukrosa yang tulen.

Semua vitamin, mineral, protein, enzim-enzim dan nutrient-nutrien bermanfaat yang lain dikeluarkan daripadanya.

Apa yang tinggal lagi ia lebih kelihatan seperti sejenis dadah daripada makanan; iaitu jisim yang begitu pekat dan bukan lagi semula jadi yang tidak mudah dicernakan oleh badan manusia.

Lebih-lebih lagi dengan pengambilan dalam jumlah yang begitu banyak mengikut gaya hidup masa ini.

Nota: Gula (glukosa) di dalam badan kita juga boleh tercipta daripada hasil penghadaman dan pencernaan makanan-makanan yang berkanji seperti kek, roti, nasi, ubi kentang dan mi.

Pradiabetes

Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras gula darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk didiagnosis sebagai pesakit diabetes sepenuhnya.

Mereka yang menghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa semasa berpuasa yang terjejas (6.1 hingga kurang daripada 7 mmol/l).

Paras ini mengisyaratkan bahawa terdapat risiko tinggi untuk menghidapi diabetes jenis 2 dalam jangka masa 10 tahun akan datang.


Anda dapat mengurangkan dengan ketaranya risiko untuk menghidapi mana-mana komplikasi ini sekiranya anda mengawal paras glukosa darah dan tekanan darah anda, serta diiringi dengan tabiat pemakanan yang sihat, dan melakukan kegiatan-kegiatan fizikal dengan kerap.

Makanlah makanan-makanan yang menyihatkan

Kunci bagi diet yang sihat ialah memakan banyak buah-buahan segar yang kaya dengan serat dan sayur-sayuran setiap hari.

Makanlah pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Lebih banyak makanan pelbagai warna dalam pinggan anda maka lebih baik untuk anda.

Kurangkan nasi dan makanlah nasi beras perang daripada nasi beras putih pada bila- bila masa yang boleh. Pilih roti bijirin penuh daripada roti putih.

Apabila anda berasa ragu, ingat bahawa warna perang adalah yang terbaik manakala yang putih itu tidak begitu baik sama ada ia gandum, roti, ataupun roti gulung dan jenis-jenis makanan lain yang dibakar.

Senaman secara kerap

Kajian Program Pencegahan Diabetes yang telah disiapkan baru-baru ini oleh Persatuan Diabetes Amerika (ADA) secara muktamad telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai pradiabetes boleh mencegah perkembangan diabetes jenis 2 dengan meningkatkan tahap kegiatan fizikal mereka.

Bahkan mereka mungkin dapat mengembalikan paras glukosa darah mereka ke julat yang normal semula.

Suplemen nutrisi yang bermanfaat untuk penghidap pradiabetes dan diabetes

Formula multivitamin dan mineral yang berpotensi tinggi merupakan suatu keperluan mutlak bagi mereka yang mempunyai paras gula darah yang tinggi termasuk para pesakit diabetes, demi memenuhi keperluan mereka yang kian meningkat terhadap beberapa jenis nutrien.

Dengan membekalkan nutrien-nutrien penting kepada penghidap diabetes dan pradiabetes telah terbukti dapat memperbaiki pengawalan gula mereka serta mencegah atau mengurangkan perkembangan komplikasi-komplikasi utama diabetes.

Contoh-contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dengan jumlah yang lebih banyak daripada yang boleh didapati dalam formula multivitamin dan mineral biasa ialah vitamin B1, B6, B12, Biotin, Niacinamide, vitamin C, Vitamin E, Mangan, Vanadil Sulfat, Zink, Kromium dan Selenium.

Pesakit diabetes juga memerlukan lebih banyak Asid Alfa Lipoik (ALA) iaitu sejenis antioksida yang telah digunakan sejak lebih 30 tahun di Jerman untuk membasmi kerosakan saraf termasuk retinopati (kerosakan retina) pada mereka yang menghidapi diabetes (jenis 1 dan 2).

ALA juga membantu memperbaiki penggunaan glukosa oleh otot, suatu kegiatan yang penting bagi pesakit diabetes.

Adalah digalakkan mereka yang menghidapi pradiabetes dan diabetes supaya mengambil tambahan ALA (400-600 mg/setiap hari).

Sementara itu, Bajet 2014: Subsidi gula dimansuhkan berkuat kuasa hari ini!

Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.

Penang Wasabi..

Friday, October 25, 2013

#PRKSgLIMAU : Pas mula bimbang aura, kewibawaan Mukhriz tumbangkan kerajaan Pas Kedah dalam PRU-13?


Aura dan kewibawaan Datuk Mukhriz Mahathir menumbangkan kerajaan Pas Kedah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu ternyata menjadi 'mimpi ngeri' kepada parti tersebut.

Oleh itu dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November ini Menteri Besar Kedah tersebut mula menjadi sasaran 'serangan' Pas.

Semalam, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dilihat membuat hujah dangkal apabila menganggap kekalahan Mukhriz dalam pemilihan UMNO lalu memberi kelebihan kepada Pas dalam pilihan raya kecil itu.

Salahuddin seperti mana dilaporkan Harakahdaily berhujah, peluang itu harus diambil oleh Pas untuk bekerja lebih keras dalam meningkatkan majoriti di sebalik kelemahan Mukhriz atas kekalahannya merebut jawatan Naib Presiden UMNO.


Apa yang melucukan sebelum membuat kenyataan itu Salahuddin ternyata tidak mengkaji fakta apabila mendakwa, Mukhriz pasti ingin mengembalikan kekuatan selepas kebanyakan akar umbi telah menolaknya.

Fakta sebenarnya, Mukhriz biar pun tewas dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO namun beliau mencatatkan undi popular yang cukup memberangsangkan.

Ketika diminta mengulas perkara ini, Mukhriz yang ditemui di kediaman beliau, malam tadi berkata, pemilihan UMNO tidak ada kaitan dengan pilihan raya kecil tersebut.

Katanya, pemilihan UMNO hanya melibatkan persaingan dalam keluarga dan apabila pertandingan selesai semua pemimpin serta penyokong mereka sudah bertaut kembali.


"Ramai pemimpin UMNO yang turun pada hari penamaan calon dan sudah memberikan komitmen untuk memastikan kemenangan BN di Sungai Limau.

"Saya juga menerima banyak permintaan daripada pemimpin dan ahli UMNO seluruh negara untuk berkempen di sini, oleh itu saya anggap jika Pas mahu menjadikan kekalahan saya dalam pemilihan UMNO sebagai modal berkempen, biarkan sahaja.

"Apa yang penting, pertarungan di Sungai Limau melibatkan dua parti dan bukannya soal dalaman sesebuah parti seperti mana pemilihan UMNO," katanya.

Nampak sangat begitu dangkal sekali cara para pemimpin Pas berfikir sehinggakan perkara beginipun nak dijadikan isu. Memang hamPAS..!!!

Penang Wasabi..

Thursday, October 24, 2013

Ling Liong Sik Bebas Tuduhan Tipu Kerajaan?


KUALA LUMPUR 25 Oktober - Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini telah dibebas oleh Mahkamah Tinggi atas tiga tuduhan kerana menipu kerajaan berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Hakim Mahkamah Tinggi Ahmadi Asnawi memutuskan bahawa Dr Ling dibebaskan setelah mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah dalam kes tersebut.

Pada 9 Mac tahun lepas mahkamah memerintahkan Dr Ling membela diri atas tiga tuduhan menipu kerajaan berhubung projek PKFZ.

Pembelaan menutup kes pada 20 Jun selepas mendengar keterangan bersumpah daripada sembilan saksi pembelaan sejak kes itu bermula pada 1 Ogos 2011.

Dr Ling dituduh menipu kerajaan dengan tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri kadar tambahan faedah sebanyak 7.5 % setiap tahun di RM1.088bilion (pada RM25 sekaki persegi) pembelian tanah bagi projek itu di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya di antara 25 September dan 6 November 2002.

Penang Wasabi..

VIDEO PEMBUNUH GILA DI TAMAN MELATI KENA BELASAH SEBELUM DITANGKAP ORANG RAMAI!!!


Dalam tempoh 40 minit, seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, bertindak menikam empat mangsa di tiga lokasi berasingan sekitar Taman Melati, Gombak, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu menyebabkan dua mangsa termasuk seorang pelajar kolej swasta, meninggal dua di tempat kejadian sementara dua lagi termasuk seorang warga emas cedera parah dan kini dalam keadaan kritikal.

Ia bermula apabila suspek, bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat rokok, membuat penghantaran ke sebuah kedai di Stesen LRT Gombak.

Sebaik menghantar rokok, suspek dengan tidak semena-mena mengeluarkan pisau rambo dan menikam pemilik kedai, wanita berusia 60-an dan pembantu kedai, wanita warga Indonesia, berumur 40-an.



Suspek kemudiannya melarikan diri menaiki van menuju ke arah Stesen LRT Melati dan kemudiannya bertindak melanggar sebuah van penghantar barang (air mineral) dipandu seorang lelaki berumur 48 tahun di Jalan Persiaran Pertahanan, terletak kira-kira tiga kilometer dari stesen lokasi kejadian pertama.

Ketika mangsa turun dari van untuk melihat keadaan, suspek yang bagaikan dirasuk, bertindak menikam mangsa sebanyak tiga tusukan menyebabkan mangsa rebah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sejurus selepas itu, suspek memandu semula van ke arah Wangsa Maju dan melakukan modus operandi sama apabila bertindak melanggar sebuah kereta jenis Toyota Hybrid dipandu remaja berusia 25 tahun.

Dalam kejadian di Jalan Tumbuhan itu, mangsa yang merupakan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, Wangsa Maju, cuba melarikan diri, namun dikejar suspek sebelum ditikam sehingga meninggal dunia.

Saksi kejadian, seorang peniaga dikenali sebagai Farid, 30, berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak membelasah suspek namun suspek hanya melaungkan takbir sambil mengucap berulang-ulang kali.

"Ketika itu dia dalam keadaan bergari dan berlumuran darah setelah dibelasah orang ramai,"katanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian hanya berakhir kira-kira jam 12 tengah hari setelah suspek berjaya ditahan oleh anggota polis peronda Dang Wangi.

Katanya, terdapat tiga kesan tikaman di bahagian badan dan tangan pada mangsa terakhir sementara suspek cedera di bahagian kepala.

"Kita dapati suspek yang berasal dari Segamat Johor ini, berada dalam keadaan tidak normal dan mengalami masalah 'kejiwaan' berkemungkinan berkaitan dengan ajaran yang dituntut.

"Siasatan awal mendapati, suspek bebas daripada rekod jenayah, bagaimanapun ujian akan dilakukan sekiranya suspek berada di bawah pengaruh dadah.

"Kita juga akan libatkan jabatan agama, dan kaunseling bagi menentukan tahap kesedaran suspek ketika kejadian, sama ada normal atau tidak,"katanya.

Beliau menambah, motif kejadian masih dalam siasatan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

"Kejadian ini tiada kena mengena dengan isu perkauman, tetapi lebih kepada masalah individu yang mengalami masalah jiwa dan bertindak di uar kawalan,"katanya.

Mangsa yang cedera dan suspek dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan 302 Kanun Keseksaan...!!!

Penang Wasabi..

Sunday, October 20, 2013

Jamalul Kiram III mati?

Sebahagian pengikut Jamalul Kiram III (gambar kecil), mengusung kerandanya menuju sebuah masjid di Taguig City, selatan Manila, semalam.

MANILA 20 Okt. - Ketua pengganas Kiram di Filipina yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan Sulu, Jamalul Kiram III, mati hari ini akibat kegagalan fungsi organ.

Menurut isterinya, Fatima Kiram, Jamalul, 75, yang mengarahkan pengikutnya menceroboh Sabah pada Februari lalu, meninggal dunia di sebuah hospital kerajaan di Manila.

Fatima berkata, meskipun suaminya itu meninggal dunia dalam kemiskinan, tetapi dia menyifatkan pemergiannya sebagai seorang lelaki yang mulia.

Jamalul sebelum ini menjalani dialisis dua kali seminggu kerana penyakit buah pinggang.

Pada Februari lalu, beratus-ratus pengikut Jamalul menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah.

Pasukan keselamatan Malaysia kemudiannya melancarkan ‘Operasi Daulat’ untuk menghapuskan pengganas berkenaan selepas rundingan selama sebulan untuk menggesa mereka berundur gagal.

Dalam operasi itu, 10 anggota keselamatan Malaysia maut, 68 anggota pengganas ditembak mati, 173 ditangkap dan beberapa lagi pengganas Kiram melarikan diri.

Fatima berkata, adik lelaki Jamalul, Bantillan atau lebih dikenali sebagai Esmail Kiram, akan menggantikannya. - AFP

Penang Wasabi..

Saturday, October 19, 2013

PAS SELANGOR BONGKAK, DAKWA TIDAK PERLU UNDI MELAYU UNTUK MENANG?


SHAH ALAM - PAS Selangor kini mula mendabik dada apabila mendakwa mereka tidak memerlukan undi kaum Melayu semata-mata sebaliknya pengundi kaum lain bagi memastikan kemenangan calon mereka di Selangor.

Mengakui perkara itu, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman berkata sebagai contoh di kawasannya, ( DUN Meru) dia tidak terlalu mengharapkan sokongan orang Melayu.

“Di DUN saya, kalau hanya mengharapkan undi Melayu semata-mata, tidak mungkin saya menang pada 2008, kerana mereka daripada kaum lain juga mengundi PAS. Ini kerana, kami dalam pakatan rakyat berjanji untuk memberi kemenangan kepada calon rakan dalam pakatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat PAS Selangor, di sini, semalam.

Katanya, PAS Pusat dijadual mengumumkan senarai penuh calon parti itu selepas mesyuarat barisan kepemimpinan parti esok (hari ini).

Sehubungan itu katanya, pakatan rakyat Selangor akan mengadakan satu majlis untuk memperkenalkan calon mereka dalam tempoh terdekat bagi membolehkan rakyat mengenali lebih dekat bakal wakil rakyat mereka.

Dalam majlis itu semalam, PAS Selangor turut memutuskan untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan sebelum ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Selanjutnya sila baca di sini.

Penang Wasabi..

Thursday, October 17, 2013

Ini Baru Boleh Dipanggil Dewan Ulama?


Kali ini penulis setuju dan sokong penuh dengan tindakan Dewan Ulama Pas!! Jangan asyik menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung sahaja. Tindakan memberi amaran kepada sesiapa sahaja sama ada Islam atau bukan Islam supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan tafsir ayat Al-Quran tanpa merujuk kepada golongan ulama dan ilmuwan agama terlebih dahulu amat tepat dan dialu-alukan oleh semua umat Islam di Malaysia tanpa mengira fahaman politik.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Nik Zawawi Salleh berkata demikian merujuk kepada status Twitter Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald.

“Penggunaan ayat atau tafsir Al-Quran tidak boleh dipandang remeh sama ada individu itu Islam atau pun bukan Islam.

“Islam tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk membaca Al-Quran, cuma masalahnya tidak boleh sesuka hati menafsir Al-Quran sekiranya tidak arif bahagian itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Pada 14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar mingguan edisi bahasa Melayu, The Herald.


Keputusan itu dibuat sebulat suara oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah mendapati penggunaan kalimah ALLAH bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Justeru itu mahkamah mendapati tiada alasan mengapa gereja Katolik berkeras menggunakan kalimah itu dalam penerbitannya.

Mengulas lanjut, beliau menyarankan supaya Jui Meng bertindak matang dengan menghormati keputusan mahkamah demi keamanan dan kesejahteraan antara agama.

“Umat Islam mesti sepakat pertahankan kalimah ALLAH kerana ia perkara dasar dalam Islam, jadi yang bukan Islam rasanya tidak perlu berlebihan bercakap isu ini.

“Sekarang terpulang kepada kerajaan untuk bertindak atau memberi nasihat kepada beliau supaya lebih menghormati keputusan mahkamah berkenaan perkara ini,” kata beliau. Isu kalimah ALLAH bermula pada awal 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan permit akhbar The Herald menggunakan kalimah Allah yang dicetak sejak 1994. Berikutan itu, pada 16 Februari 2009, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam, memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Cuma sekarang sejauh mana keputusan Dewan Ulama PAS ini akan diikuti oleh Pemimpin-pemimpin pas yang sebelum ini bangga apabila ada pemimpin bukan ISLAM membaca hadis atau ayat Qur'an dalam sesi ceramah mereka.

Penang Wasabi..

Tuesday, October 15, 2013

Chua Jui Meng...Lu jangan biadap?


Lu jangan biadap Chua Jui Meng!!!
Lu sape nak guna ayat ayat suci Al-Quran??!!
Lu nak guna...lu kasi potong dulu dan ucap SYAHADAH!
Jangan kerana nak menegakkan benang basah, lu ambik ayat sekerat sekerat ikut selera kepala hotak lu!

Ini AYAT PENUH Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahwa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan Dia dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebagian kita menjadikan sebagian yang lain sebagai Ilah selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”. (QS. 3:64)

Allah hanya SATU. Allah Maha Esa! Itu dalam Al-Quran.
Bukan seperti kepercayaan Kristian Trinity yakni Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Tuhan Roh Kudus. Jika diterjemahkan menjadi Allah berbapa, Allah beranak dan Allah Roh Kudus! Banyak bezanya! Paham?!

Lu bikin hati gua banyak panas la der!

Penang Wasabi..

Sunday, October 13, 2013

Alhamdulillah...Herald tidak boleh guna kalimah Allah - Mahkamah Rayuan!


Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan The Herald. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kerajaan.

Mahkamah Rayuan memutuskan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berpendapat, kalimah suci itu jika dibenarkan penggunaanya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

Sehubungan itu, beliau berpuas hati bahawa tiada alasan mengapa majalah berkenaan berkeras untuk menggunakannya dalam penerbitan mingguan tersebut.

Allahuakbar..!!!

Penang Wasabi..

Semoga keputusan kalimah Allah berpihak kepada umat Islam!


Dalam kerancakan ahli-ahli UMNO memilih barisan kepimpinan baharu untuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini, jangan dilupakan peristiwa penting yang akan dilakar pada Isnin ini.

Keputusan penting yang kita tunggu-tunggu tentang kes penggunaan kalimah Allah oleh akhbar mingguan Katolik, The Herald akan didengar di Mahkamah Rayuan esok Isnin 14 Oktober.

Keputusan kes ini diharap memihak kepada umat Islam supaya ia tidak dijadikan kes rujukan untuk tuntutan-tuntutan lain yang bersangkutan dengan agama Islam selepas ini. Malah diminta dijauhkan Allah juga daripada niat pihak tertentu untuk menggugat dan mencabar perkara berkaitan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, bahasa kebangsaan dan lain-lain di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Barangkali 'keberanian' untuk mencabar Perlembagaan ini bermula pada Disember 2009, apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan akhbar The Herald boleh menggunakan perkataan "Allah" sebagai merujuk kepada "God" dalam akhbar itu versi bahasa Melayu bagi memenuhi keperluan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Kerajaan Pusat bagaimanapun merayu keputusan tersebut. Sensitiviti umat Islam dan martabat Islam dalam Perlembagaan wajib diambil kira.


Dalam Perlembagaan, Islam adalah satu-satunya nama agama yang disebut tetapi nampaknya sekarang agama lain pula yang berlebih-lebih minta diberi hak yang sama.

Dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid Kuala Lumpur semalam, khatib menyatakan percubaan menggunakan kalimah Allah di dalam kitab selain al-Quran, akan menimbulkan kecelaruan dalam akidah atau kepercayaan umat Islam. Islam menolak kepercayaan yang berteraskan kepada Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan), God the Son (Anak Tuhan) dan Holy Spirit (Roh Kudus).

Kedudukan agama dan umat Islam pada hari ini diancam dari segenap penjuru sama ada dari segi sosial, syariah dan akidah. Mereka melakukan pelbagai usaha bagi menimbulkan kekeliruan sehingga memberi pandangan dan pentafsiran yang salah tentang agama Islam dan kalimah Allah. Lebih mendukacitakan mereka sanggup mempertikaikannya sehingga membawa isu ini ke mahkamah.

Jika kalimah Allah dibenarkan, ada segelintir penganut Kristian mungkin bertanya; kenapa umat Islam perlu keliru? Kenapa orang Islam hendak baca Bible? Kenapa pula umat Islam hendak pergi gereja ketika orang Kristian sembahyang?

Ada juga yang ekstrem, menyatakan penganut Kristian tidak perlu kebenaran sesiapa untuk menggunakan perkataan "Allah", apatah lagi daripada orang yang 'bukan pemilik' perkataan Allah.

Sememangnya umat Islam bantah dan marah terhadap kenyataan seumpama ini. Kerana, apabila kalimah Allah digunakan secara langsung di dalam akhbar tersebut atau Bible versi bahasa Melayu, tindakan itu akan membatalkan konsep Triniti yang diamalkan mereka.


Lebih membimbangkan ialah agenda tersirat penggunaan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Perkataan Allah, solat, tauhid, Rasul, Kaabah, haji merupakan hak orang Islam yang tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak kerana ia akan menjadikan umat Islam keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal sifat-sifat Allah serta menggugat akidah.

Perkembangan ini sangat bahaya kerana boleh mempengaruhi umat Islam atas dasar hak asasi manusia.

Ada segelintir pemimpin Islam negara ini yang dilihat terpengaruh dengan dasar tersebut hingga tergamak memperjuangkan liberalisasi, pluralisme agama dan menghalalkan LGBT dan sanggup menggadaikan agama Islam dan negara.

Sebagai umat Islam yang beriman, kita perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah Allah semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain, hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Adakah kita sanggup mendengar golongan bukan Islam memanggil gereja mereka sebagai rumah Allah? Mahukah kita mendengar panggilan nama Tuhan dan berhala mereka sebagai Allah?

Sudah pasti ramai umat Islam yang tak kuat imannya akan terkeliru, terpesong dan mungkin murtad. Jadi, umat Islam negara ini kena bertanggungjawab menyekat gerakan kelompok ekstremis dalam pertubuhan agama.

Semoga keputusan Mahkamah Rayuan Isnin ini menamatkan kebimbangan umat Islam Malaysia. InsyaAllah.

Penang Wasabi..

Saturday, October 12, 2013

Bukan masa bereksperimen bertemu Chelsea malam ini?

Jose Morinho (tengah) mengendalikan sesi latihan pasukannya di Stadium Shah Alam semalam menjelang aksi persahabatan menentang Malaysia, hari ini.

Tiada lagi istilah eksperimen buat skuad Harimau Malaya apabila menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea sebaliknya skuad kebangsaan perlu membuktikan keupayaan dan memberi tentangan sengit dalam aksi persahabatan hari ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut berharap ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagopal mengisi kesebelasan utama yang terbaik dalam aksi di Stadium Shah Alam, malam ini.

Menurut beliau, perlawanan itu menjadi antara pentas terakhir pemain sebelum menghadapi Bahrain pada perlawanan ketiga Kumpulan D pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, 15 Oktober ini.

"Tiada lagi istilah cuba-cuba. Buktikan kemampuan yang skuad Harimau Malaya mampu memberi saingan dalam perlawanan tersebut.

"Kita akui Chelsea merupakan antara pasukan terbaik dalam EPL dan saya mahu Harimau Malaya cuba mendapatkan kemenangan walaupun ia dilihat agak mustahil," katanya kepada pemberita selepas Penyerahan Zakat Perniagaan oleh lapan syarikat korporat di Istana Sultan Abdul Aziz di sini kelmarin.

Tengku Abdullah berkata, sudah tiba masanya skuad bimbingan Rajagobal berhenti daripada meneruskan eksperimen dan menjadikan perlawanan malam ini sebagai persiapan rapi untuk menghadapi Piala Asia nanti.

Beliau juga mahu setiap pemain mempamerkan corak permainan yang baik apabila menentang Chelsea nanti.

"Kalau boleh kita mahu kemenangan dan harap pemain membuat percubaan lebih. Memang diakui perlawanan ini sukar tetapi cuba pertahan kedudukan dan tunjuk corak permainan terbaik," ujarnya.

Mengenai desakan sebilangan peminat bola sepak tanah air yang mahukan khidmat Rajagobal ditamatkan, Tengku Abdullah menyatakan perkara tersebut akan difikirkan kemudian.

Menurut beliau, buat masa ini ketua jurulatih itu tahu apa harapannya terhadap skuad negara dan berharap dia mampu menunaikannya.

"Sekarang ini kita tidak mahu jejaskan konsentrasi dia kerana kelayakan Piala Asia adalah Indeks Prestasi Utama (KPI) dia," katanya.

Penang Wasabi..

Friday, October 11, 2013

Bumbung tokong terbentuk nama ALLAH?


Gara-gara penyebaran gambar di dalam laman Facebook, sebuah tokong di pekan Pasir Panjang, dekat sini dikerumuni lebih 200 penduduk sekitar, malam kelmarin.

Semuanya kerana sebuah laman Facebook memaparkan gambar bumbung tokong berkenaan yang dikatakan terbentuk kalimah ALLAH, menyebabkan penduduk datang ke luar kawasan tokong berkenaan bagi menyaksikan sendiri dakwaan tersebut.

Seawal jam 8 malam lagi, mereka berpusu-pusu datang ke tokong berkenaan untuk melihat, sekali gus merakamkan gambar bumbung tersebut.

Tidak kurang juga, ada individu yang melalui jalan Pasir Panjang-Port Dickson ini turut memberhentikan kenderaan mereka untuk mengetahui cerita sebenar.

Berikutan itu juga, sepasukan polis terpaksa ditugaskan mengawal keadaan berikutan jumlah orang ramai bersilih ganti serta berkumpul di kawasan berkenaan.

Menurut Sin San Huo, 63, yang menjalankan perniagaan kedai runcit bersebelahan rumah ibadah itu berkata, dia hairan melihat orang ramai datang dan berkumpul di depan bangunan itu.

"Saya telah lama menetap dan berniaga di sini, namun tidak pernah perasan tentang perkara itu. Malah, sebelum ini tiada siapa yang bercerita tentangnya. Entah bagaimana hari ini (kelmarin) tiba-tiba boleh wujud cerita semacam itu.

“Tokong ini berusia lebih 100 tahun dan jika tidak silap, bumbung didakwa membentuk tulisan jawi itu baru sahaja diubah suai kurang 10 tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, penduduk, Mohd Khairul Ali, 36, berkata, orang ramai datang untuk melihat sendiri selepas perkara itu tersebar di laman sosial.

“Pada pandangan saya, perkara ini berlaku bukan disengajakan mana-mana pihak dengan niat tertentu tetapi ia adalah satu kebetulan dan pastinya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“Namun adalah wajar sekiranya pihak berkuasa terutamanya jabatan agama segera membuat penjelasan mengenai dakwaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku kerana ia melibatkan sensitiviti agama.

“Apabila terlalu ramai orang berkumpul dan tiada pihak memantau, kita khuatir akan berlaku pergaduhan dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai hanya dapat melihat bentuk kalimah ALLAH itu pada waktu malam apabila mereka berada di kedudukan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 meter daripada rumah ibadah tersebut.

Pada waktu siang, apa yang kelihatan pada bumbung itu hanyalah lekuk-lekuk seni bina bumbung rumah ibadah itu tanpa lakaran kalimah ALLAH. Malah, jika lampu jalan berhampiran tokong itu dipadamkan, lakaran kalimah itu juga tidak kelihatan.

Penang Wasabi..

Wednesday, October 9, 2013

Polis dedah nama dan gambar dalang kes pembunuhan pengasas AmBank?

LIM Yuen Soo iaitu majikan kepada suspek utama kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi diedarkan oleh PDRM, hari ini.

Polis hari ini mendedahkan nama dan gambar lelaki disyaki dalang kes pembunuhan pengasas kumpulan perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi, yang dipercayai meninggalkan negara selepas kejadian pembunuhan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, berkata lelaki tempatan itu, Lim Yuen Soo, 53, beralamat terakhir di No. 9, Jalan Bayu Segar 3, Bayu Segar, Cheras, Kuala Lumpur, juga merupakan majikan suspek utama kes itu.

Beliau berkata orang ramai yang mengenali Lim diminta tampil membantu siasatan dan menurutnya polis turut meminta bantuan Interpol di Australia bagi menangkapnya untuk dibawa balik ke Malaysia dan dihadapkan ke mahkamah.

"Lelaki ini sebenarnya terbabit dalam perniagaan pusat hiburan dan merupakan pemilik beberapa kawasan parkir di ibu negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, hari ini.

Pada 1 Oktober lepas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki terbabit dipercayai melarikan diri ke Australia selepas pembunuhan itu.


Pada 22 September lalu, suspek utama kes itu ditahan bersama-sama dua rakannya dalam serbuan 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak, dan pada 3 Okt lepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh.

Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas. Mohmad berkata usaha mencari senjata api yang digunakan dalam pembunuhan Hussain masih diteruskan.

"Kami masih meneruskan pencarian senjata itu, bukan perkara yang mudah untuk mencari senjata yang kecil di lombong yang agak besar itu. Tapi kita akan tetap teruskan dengan kemampuan penyelam-penyelam yang polis ada untuk kita terus mencari," katanya.

Pada 30 September lepas, polis menjalankan operasi mencari pistol yang diguna dalam pembunuhan Hussain yang telah dibuang di kawasan Tasik Mines bersebelahan Lebuhraya Besraya. - BERNAMA

Penang Wasabi

Tuesday, October 8, 2013

Kritik Klinik 1M : Mentaliti Nurul Izzah Kelas Ke-3?


Nurul Izzah yang namanya semakin pudar dalam politik negara. Kita juga faham Nurul agak malu dan tertekan dengan ejekan orang ramai terhadap tindakan bapanya membuat ‘make-over’ ke atas wajah yang ketandusan seri dan Nurul perlu mengalih perhatian ramai.

Maka Nurul pun menghentam Klinik 1Malaysia. Katanya, klinik ini tidak berkualiti dan bertaraf dunia ke-3 kerana tidak menyediakan doktor tetapi hanya Pembantu Perubatan untuk merawat pesakit.

Benar, bahawa klinik ini tidak menyediakan khidmat doktor kerana memang itupun yang diumumkan kepada rakyat iaitu objektifnya ialah untuk menangani sakit ringan dan biasa sahaja.

Objektif ini bertepatan dengan keperluan rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan khidmat perubatan yang murah, dekat dan mudah bagi sakit biasa seperti luka, demam, batuk, selsema, cirit-birit atau sakit kepala, dan yang sepertinya. Sakit seperti ini adalah bermusim dan mudah tersebar.

Bagi sebuah keluarga yang ramai, kewujudan Klinik 1M ini tentulah memudahkan, daripada mereka terpaksa bersilih ganti ke klinik lain yang lebih mahal untuk mendapatkan ubat yang sama.

Selain itu, ia juga bagi memudahkan pesakit yang memerlukan ubat berterusan bagi penyakit seperti darah tinggi atau insulin bagi pengidap kencing manis dan sebagainya. Dengan adanya klinik 1M ini, pesakit seperti ini tidak perlu lagi menapak ke hospital setiap kali kehabisan bekalan ubat-ubatan.

Kerajaan tidak pernah menjanjikan Klinik 1M sebagai bertaraf sebuah klinik pakar tetapi hanya menjanjikan yang ia mampu memudahkan dan mengurangkan beban kos rakyat bagi mendapatkan ubat-ubatan biasa.

Oleh itu, kritikan Nurul Izzah adalah tidak relevan sama sekali.

Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Dato’ Seri Najib bukan berperangai seperti Anwar Ibrahim yang gemar berjanji bulan dan bintang walaupun tidak mampu menyediakannya.


Dato’ Seri Najib menjanjikan perkara yang logik dan praktikal berdasarkan kemampuan negara.

Nurul Izzah pastinya mempunyai mentaliti dunia ketiga yang sentiasa mengharapkan perkhidmatan taraf pertama dengan kos yang paling rendah atau percuma. Beliau juga tentu menyangka yang semua ahli politik adalah penipu seperti bapanya.

Hakikatnya, BN tidak pernah menipu. Buktnya, Klinik 1M telah pun wujud dan menepati objektif penubuhannya sepertimana yang dijanjikan.

Ia telah terbukti diterima baik oleh rakyat dan berjaya.

Justeru, daripada Nurul Izzah asyik tersalah kritik, mungkin lebih baik jika Nurul Izzah cuba bentangkan apakah yang telah dilakukannya atau partinya yang mampu membantu dan memudahkan hidup rakyat? Rasanya, sudah sampai masanya Nurul berpolitik secara matang, bukan dengan cara dunia ke-3.

Bukan sekali Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu mengkaji, tetapi telah beberapa kali. Antara kenyataan paling memalukan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah ialah berkenaan isu Lahad Datu di mana beliau menuduh Pasukan Cawangan Khas sebagai bertanggungjawab untuk mencari orang hilang.

Malah, dalam isu agama juga Nurul Izzah tidak berfikir panjang, tetapi menyerbu sesuka hatinya dalam keghairahan untuk meraih undi bukan Islam.

Kerana itu, beliau sanggup menyatakan bahawa orang Islam juga berhak murtad iaitu satu kenyataan yang kurang tepat dari konteks Islam, dan salah dari segi politik.

Seperti bapanya, Nurul Izzah suka mencari publisiti murah atas perkara yang remeh. Namun, sesekali, Nurul Izzah kelihatan teringin juga menyentuh soal yang lebih berat seperti pertahanan negara.

Bagaimanapun, ia berakhir dengan beliau telah dikecam hebat kerana merisikokan rahsia negara terbongkar luas.

Hari ini, Nurul Izzah mencari publisiti murah lagi dengan terus menghentam produk-produk 1Malaysia. Kita faham keterdesakan Nurul.

Penang Wasabi..

Monday, October 7, 2013

Gempar...!!! 1,703 perwakilan, calon UMNO muflis?


Seramai 33,272 calon disahkan bertanding merebut pelbagai jawatan pada pemilihan UMNO bulan ini selepas 869 calon gagal melepasi saringan Jawatankuasa Pemilihan parti, termasuk 334 yang didapati muflis.

146,000 pewakilan

Selain itu, 1,369 daripada kira-kira 146,000 perwakilan yang telah dipilih, tidak layak kerana turut disenaraikan muf lis oleh Jabatan Insolvensi.

Berikutan itu, pemilihan bagi jawatan peringkat pusat pada 12 dan 19 Oktober ini akan menyaksikan 260 calon bertanding, termasuk calon ahli Majlis Tertinggi (MT), Tun Faisal Ismail Aziz yang sebelum ini dipertikaikan kelayakannya.

Bagaimanapun, seorang lagi calon MT, Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fitri Othman tidak dibenarkan bertanding kerana gagal melepasi kelayakan.

Jumlah calon peringkat bahagian yang tidak layak adalah 868 orang dengan 334 daripadanya muflis, 495 menarik diri dan 39 dikenakan tindakan disiplin.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali, berkata Tun Faisal dibenarkan bertanding berdasarkan pertimbangan MT dan Jawatankuasa Pemilihan demi kesempurnaan perjalanan parti.
Mengikut Fasal 9.5 Perlembagaan UMNO, seorang yang hendak bertanding di peringkat MT perlu pernah menjadi ahli MT atau ahli jawatankuasa bahagian selama satu penggal.

Dalam kes Tun Faisal, dia adalah calon yang diketengahkan oleh Pemuda UMNO dan jawatankuasa pemilihan berpendapat mengikut Fasal 10.15, MT boleh mengambil tindakan demi kesempurnaan perjalanan parti, katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Datuk Tajuddin Harif.

Sementara itu Ab Rauf berkata, ibu pejabat parti akan memaklumkan kepada calon yang tidak dibenarkan bertanding menerusi bahagian secepat mungkin.

Mengulas tindakan disiplin, beliau berkata ia disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO berhubung kes mensabotaj parti pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Mengenai perwakilan yang muflis, beliau berkata, salinan Jabatan Insolvensi akan disertakan kepada semua bahagian bagi memastikan perwakilan tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat bahagian.

Katanya, tindakan melarang perwakilan terbabit menghadiri mesyuarat selaras dengan Perlembagaan UMNO dan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Mengikut peraturan ROS, mereka yang muflis tidak boleh dipilih atau memilih kecuali untuk peringkat cawangan. Ini bermakna mereka tidak layak mewakili cawangan ke peringkat bahagian dan perhimpunan agung.

Perwakilan yang hilang kelayakan tidak boleh diganti dengan perwakilan lain, katanya.

Penang Wasabi..

Sunday, October 6, 2013

Akibat Di Tekan Ahli Parlimen Baling,Zuraida Dedahkan Rahsia Tilam Anwar..?


Inilah kualiti ketua wanita PKR ,Zuraida atau nama manjanya Mak Lampir memang terserlah bangang dan bebal..!!!

Mempertikaikan bantuan NGO,Kelab Putera Umno kepada rakyat dikawasan parlimen beliau sendiri..bertambah memalukan Mak Lampir persoalkan kenapa ahli keluarga pengganas khawarij Pas yang terkorban di Memali tidak dibela..sedangkan sebelum Yb Datuk Azeez jadi ahli parlimen mereka ini dibela..!!



Saksikan lah bagaimana Mak Lampir tergagap-gagap berhujah di Dewan Rakyat apabila berhadapan ahli Parlimen Baling..?

Penang Wasabi..

Saturday, October 5, 2013

Lagak Hero Anwar Di New York Tidak Dipedulikan Amerika?


Lawatan rasmi Perdana Menteri ke New York baru-baru ini berjaya memberi kefahaman mengenai konsep al wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi tunjang kepada pentadbiran transformasi negara.

Selain usaha menarik para pelabur ke Malaysia, Datuk Seri Najib juga menegaskan pendirian kerajaan dalam beberapa isu antarabangsa khususnya dalam konflik di Syria dan Mesir dalam ucapannya pada persidangan tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Kunjungan ke PBB merupakan merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh hampir setiap ketua kerajaan di seluruh dunia atas kapasiti negara tersebut menjadi anggota PBB.

Di pentas antarabangsa itulah pelbagai isu dan masalah global dibincang atau diketengahkan bagi perhatian pemimpin-pemimpin dunia serta masyarakat antarabangsa.

Lucunya Anwar Ibrahim juga terhegeh-hegeh berkunjung ke New York seiring dengan kunjungan Perdana Menteri. Sudah tentu lawatan Anwar hanya sekadar lawatan sosial dan tidak kena mengena dengan persidangan PBB kerana beliau hanya sekadar menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen dan bukannya ketua kerajaan.

Yang menariknya wakil rakyat Permatang Pauh itu berlagak seolah-oleh beliaulah yang menjadi Perdana Menteri dan mewakili Malaysia di PBB. Tindakan beliau itu bukan sahaja diketawakan tetapi juga mencerminkan status mentalitinya.

Bukankah tindakan Anwar bersaing dengan Datuk Seri Najib menunjukkan sikap kecewa yang amat mendalam bagi seorang yang telah gagal menjadi Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Kenyataan Anwar meminta Presiden Barack Obama masuk campur tangan dalam isu keputusan PRU jelas membuktikan bekas banduan penjara Sg Buloh itu hanya mempunyai agenda peribadi dan bukannya bertindak atas kepentingan negara.


Tidak kedengaran ada wakil pembangkang mana-mana negara yang juga berkunjung ke PBB semasa ketua negara atau kerajaannya juga berada di New York. Anwar cuba menjadi hero dengan menimbulkan pelbagai isu yang tidak relevan langsung dengan agenda PBB yang lebih besar dan bersifat sejagat.

Isu rasuah dan penyelewengan yang cuba dibelit semasa di New York adalah masalah dalaman yang bukan sahaja fenomena yang dihadapi oleh Malaysia tetapi juga oleh setiap negara di seluruh dunia.

Perkara remeh yang diangkat oleh Anwar dalam kenyataannya di luar negara memperlihatkan tekanan perasaan yang dilaluinya kerana rakyat menolak pakatan pembangkang yang dipimpinnya semasa pilihanraya lalu. Anwar cuba menonjolkan imej sebagai pemimpin berstatus antarabangsa berindentitikan Islam untuk mengaburi mata masyarakat dunia.

Bagaimana pun jika dikaji dengan lebih mendalam secara lebih dekat, Anwar hanyalah seorang politikus murahan yang penuh dengan kepura-puraan. Menuduh kerajaan Barisan Nasional korup tetapi beliaulah antara individu paling korup semasa memegang kuasa di dalam kerajaan satu ketika dahulu.

Juga bercakap membela rakyat tetapi Anwar lah yang pernah membuat beberapa keputusan memeritkan penderitaan rakyat ketika menjadi Menteri Kewangan. Kini setelah memimpin kumpulan pembangkang Anwar mahu menukar imej sebagai seorang tokoh yang memperjuangkan nasib rakyat dan golongan marhaen.

Ini kerana beliau tidak lagi berada di tampuk kuasa untuk berjuang bagi menjaga kepentingan kaum keluarga dan suku sakat kroninya. Kenapa Anwar tiba-tiba diam membisu ketika kerajaan menaikkan harga minyak petrol dan diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini?

Kalau dahulu beliaulah hendak menunjukkan sebagai pembela rakyat dengan janji menurunkan harga minyak jika berjaya menjadi Perdana Menteri tetapi kini senyap sepi. Inikah sikap kepedulian yang ditunjukkan Anwar sekadar di pentas ceramah politik sahaja tetapi apabila gagal mencapai impian terus rakyat dilupakan begitu?

Hakikatnya rakyat sudah pun menolak Anwar termasuk cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Rakan sekutu politik, DAP dan PAS pun sudah mula mempersoalkan keberkesanan Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang hanya pandai bermain kata-kata di bibir sahaja tetapi gagal melaksanakan apa yang dijanjikan.

Cubaan untuk guna PBB juga gagal kerana tidak seorang pun pemimpin kerajaan Amerika yang memberi respons kepada apa yang dilaungkan di New York.

Pada mereka Anwar sudah menjadi ‘spent force’ atau bak kata pepatah Melayu, ‘habis santan hampas dibuang’, dan beliau adalah hampasnya.- aidc

Penang Wasabi..

Friday, October 4, 2013

Zairil Bukan Anak Khir Johari?


Zairil Khir Johari bukan anak sebenar Allahyarham Tan Sri Mohamed Khir Johari, pemimpin veteran UMNO yang juga anggota Kabinet pertama kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, lapor
Isuhot.com.

Dakwa laman itu lagi, Zairil adalah anak Puan Seri Christine Lim, isteri kedua yang dikahwini Allahyarham selepas isteri pertamanya, Puan Sri Kalsom Abdul Rahman meninggal dunia.

Pak Khir Johari bersama Christine Lim

“Orang Melayu, terutama orang Alor Setar apatah lagi seperti penulis, yang mana sejarah keluarga menyusur sehingga ke kawasan yang diberi nama Kanchut, sedia maklum akan sejarah keluarga Tan Sri Khir Johari yang juga tinggal di kawasan yang sama. Beliau berkahwin dengan Puan Sri Kalsom Abdul Rahman (Che Tom) pada tahun 1943 dan mempunyai 7 orang anak.

“Selepas Che Tom meninggal pada 20 September 1994, Tan Sri Khir telah berkahwin dengan Puan Seri Christine Lim pada February 1996.

“Ketika dikahwini, Puan Seri Christine adalah seorang janda dan telah pun mempunyai dua orang anak dari perkahwinan terdahulu dengan seorang Cina. Salah seorang anaknya diberi nama Zairil Khir Johari, iaitu nama Islam dengan mengambil nama suaminya yang baru.

Pada masa perkahwinan kedua ibunya ini, Zairil telah pun berusia 13 tahun. Oleh itu jelaslah bahawa Zairil adalah Cina seratus peratus,”lapornya.

Foto dipetik dari http://helenang.wordpress.com/2013/01/14/arwah-ayah-zairil-allahyarham-tan-sri-khir-johari/

ms.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Khir_Johari turut menyebut, “Zairil Khir Johari (Setiausaha Politik Lim Guan Eng) adalah anak tiri Pak Khir”.

“Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa cina sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Khir Johari.

“Zairil adalah anak tiri. Dia sengaja menggunakan nama Khir Johari untuk menumpang popular dan memenuhi hasrat DAP menggunakan taktik itu untuk menarik orang Melayu menyokong mereka,” lapor
RBF.

Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz dalam laporan akhbar The News Straits Times, 14 Januari mendakwa Zairil bukanlah seorang Melayu tulin kerana biologi ibu bapa adalah berketurunan Cina.

“Zairil Abdullah adalah bukan Melayu. Kedua-dua ibu bapa (biologi) adalah Cina,” beliau mendakwa, sambil menambah bahawa beliau tahu Allahyarham Tan Sri Mohd Khir Johari, yang telah mengambil Zairil,”lapor NST.- AIDC

Penang Wasabi..

Thursday, October 3, 2013

Benarkah Mr Bean sudah peluk agama Islam?


Berita ini mungkin akan mengejutkan dunia hiburan seluruh dunia.

Sebentar tadi, melalui sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa selebriti yang popular dengan watak lucu Mr Bean iaitu Rowan Atkinson, dipercayai telah memeluk agama Islam baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, “Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Hahahaha...Mahfuz The Mr.Bean Malaysia pun nak tunjuk satu jari jugak..!!!

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

"Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan” – dipetik dari Islampos.com.

Sehingga kini, masih belum dapat dipastikan lagi kesahihan berita ini.

Khabarnya, media-media barat masih belum menyiarkan lagi apa-apa berita mengenai Rowan Atkinson.

Penang Wasabi..