~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, January 30, 2012

Duta Palestin terkejut dengan kenyataan Anwar!


Duta Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Abughoush (gambar) terkejut terhadap kenyataan ‘pelik’ daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

Jelas beliau, kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disiarkan di dalam The Wall Street Journal (WSJ) itu nyata membingungkan kerana pihak yang memerlukan perlindungan keselamatan adalah rakyat Palestin.

“Israel mempunyai lebih daripada 200 jenis senjata nuklear dan sebuah tentera yang dilengkapi serba serbi senjata canggih.

“Pihak mana yang sewajarnya mendapat perlindungan keselamatan, adakah penceroboh atau penduduk Palestin yang setiap hari ditindas dan dikenakan sekatan yang tidak berperikemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan kontroversi Anwar terbongkar apabila akhbar WSJ pada Khamis lalu mendedahkan sokongan Ketua Pembangkang tersebut apabila dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel’'.

Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar menuduh kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Tegas Abdelaziz, Israel secara terang-terang telah mencabuli undang-undang antarabangsa dan hak asasi kemanusiaan serta mengenepikan segala usaha daripada komuniti antarabangsa untuk membawa keamanan dan kestabilan di Asia Barat.

“Palestin adalah isu penting bagi umat Islam, justeru adalah amat pelik dan menghairankan untuk kenyataan seperti itu datang daripada seorang pemimpin Malaysia yang beragama Islam, sedangkan Malaysia adalah perintis kepada usaha yang menyokong rakyat Palestin serta perjuangannya,” kata beliau.

Sementara itu, kata Abdelaziz, beliau amat menghargai ketegasan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman yang menyatakan kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong tindakan penindasan rakyat Palestin yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut.

“Kami yakin bahawa sokongan kuat daripada kerajaan dan rakyat Malaysia kepada perjuangan rakyat Palestin akan tetap berterusan,” katanya.-UM.

Penang Wasabi

Sunday, January 29, 2012

Buku Jingga BUKAN Al-Quran - Azizan Razak!


Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.

Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.

Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar)menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.

“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.

“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.

Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.

Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.

Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak. Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.

Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan. Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.

“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.

“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.

Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”

Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.

“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.

“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.

Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.
“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.

“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.
PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.

Pelik juga..siapa Aziz Bari yang nak menegur MB Azizan? Dia ada jawatan ke dalam parti Pakatan Rakyat..!!!

Penang Wasabi..

Kit Siang sepatutnya minta tubuh Suruhanjaya Diraja siasat video seks Anwar!


Penasihat DAP, Lim Kit Siang sepatutnya meminta kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim berkata, penubuhan suruhanjaya itu penting kerana ia membabitkan individu yang bercita-cita ingin menjadi Perdana Menteri.

Katanya, jika Kit Siang beranggapan isu projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) memerlukan penubuhan suruhanjaya diraja, maka isu video seks membabitkan Anwar itu juga patut menjadi keutamaan untuk disiasat oleh suruhanjaya berkenaan.

"Kenapa Kit Siang tidak cadang tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat kes video itu? Sedangkan jelas ia lebih penting berbanding isu NFC kerana membabitkan individu yang mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

"Jelas sekali beliau hanya memilih isu yang memberi keuntungan kepada partinya dan menjadikan suruhanjaya diraja sebagai alat mainan politik semata-mata," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Beliau mengulas gesaan Kit Siang supaya kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat isu berkaitan NFC. Menurut Zahrain, Kit Siang harus sedar bahawa rentak politiknya sudah ketinggalan zaman dan tidak relevan lagi digunakan pada masa kini.

"Tiada guna tubuhkan suruhanjaya diraja sekiranya keputusan siasatan pada akhirnya langsung tidak diterima oleh Kit Siang seperti kes membabitkan Teoh Beng Hock. Ia hanya membazirkan masa, wang dan tumpuan rakyat sahaja," jelasnya.

Sementara itu, Zahrain menyifatkan Anwar sebagai individu yang tersepit dengan permainan politik kotor sendiri berikutan kenyataannya dalam The Wall Street Journal, kelmarin yang antara lain menyokong setiap usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.

"Saya tidak hairan. Anwar cuba memperbetulkan balik hubungannya dengan Israel selepas mengaitkan Apco Worldwide dengan kerajaan Malaysia, tetapi beliau sendiri tersepit dengan permainan politiknya itu.

"Menerusi tindak-tanduknya kebelakangan ini seperti mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual yang diamalkan negara dan terbaru mengenai sokongan terhadap Israel, kita dapat lihat dengan jelas 'topeng' sebenar Anwar," ujarnya.

Penang Wasabi..

Friday, January 27, 2012

Guan Eng Mengaku Hobinya Adalah Berbohong!


Setelah beberapa bulan puas berbohong di seluruh negara,Setiausaha Agong DAP memerangkap memanda ketua menteri Pulau Pinang akhirnya mengaku bahawa beliau berbohong kerana hobi.

Lim Guan Eng menurut rakan rapatnya suka benar bercakap besar,walaupun diketahui beliau berbohong tetapi memandangkan status Lim Guan Eng sebagai ketua menteri dan pemimpin besar didalam DAP maka segala pembohongan Guan Eng dibenarkan.

Tidak pernah ada satu pun kenyataan Guan Eng yang tidak retorik,kesemuanya penuh dengan retorik politik dan penuh dengan keangkuhan.Hobi Guan Eng menjadi ikutan oleh barisan exco kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebab itulah ceramah Guan Eng di Selangor beliau berani bercakap bohong mengenai kejayaan kerajaan DAP melupuskan hutang 600juta yang sebenarnya dilupuskan oleh kerajaan pusat.

Dalam setiap siri ceramah Guan Eng dan barisan pemimpin pakatan Pulau Pinang memainkan skrip yang sama.Mereka mendabik dada didepan rakyat bahawa mereka mempunyai pentadbiran paling hebat walaupun baru saja mentadbir kerajaan negeri.

Hobi berbohong Guan Eng sebenarnya banyak mencerminkan betapa kreatifnya pemimpin DAP ini.Untung manusia yang mempunyai hobi seperti ini,apa saja usaha dan kerja orang lain dia akan mengaku adalah hasil kerja sendiri.

Hobi ini juga tidak memenatkan badan dan otak memandangkan hanya perlu bercakap yang kemudiannya rakyat akan percaya.Berdasarkan kajian DAP pembohongan lebih bagus untuk menarik sokongan dan undi berbanding membuat kerja .

Ikuti pengakuan ikhlas daripada Guan Eng

GEORGE TOWN: Hard bargaining by the Penang Government with the Federal Government is the reason for the state’s success in reducing its debt reduction.

Chief Minister Lim Guan Eng said the hard bargain had resulted in the Federal Government taking over the state government’s RM630mil in water supply loans.

“These water debts were not incurred by us, but we managed to strike a hard bargain with the Federal Government to take these over when we signed over the state’s water-related assets.

“We refused to sign the water deal (with the Federal Government’s Pengurusan Aset Air Bhd) until they agreed to our conditions.

“At the end of the day, no one can dispute that our debts have been greatly reduced and future generations of Penangites will not be saddled with this burden,” Guan Eng said yesterday.

He said that in addition to the water debt being solved, the water deal also ensured that the expansion of the Mengkuang Dam in Bukit Merta­jam would be borne by the Federal Government while the dam’s ownership was retained by the state.

On Monday, Deputy Finance Minister Datuk Donald Lim was reported as chiding Guan Eng for allegedly misleading the public into thinking that the state had settled the loan on its own.

Guan Eng had claimed that the Penang government had successfully reduced its debt from RM630mil in March 2008 to RM30mil in October last year through prudent and transparent financial management.-Thestar

Penang Wasabi..

Thursday, January 26, 2012

Dedah!!! Teresa Kok Jemput Rombongan Evangelist Ke Selangor!


Al Quran telah pun memperingatkan tentang perangai kaum kafir yang memusuhi Islam walaupun mereka pada masa yang sama, kelihatan lunak dengan umat Islam dalam usaha memusnahkan agama Allah Taala. Peringatan yang diberikan oleh Allah Taala menerusi al Quran, seharusnya dipegang dan diyakini.

Kini tidak perlu bersusah payah memikirkan bagaimanakah kebenaran ayat-ayat berkenaan boleh dibuktikan. Kita juga tidak perlu lagi memerah otak untuk melihat kebenaran kepada hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

Kamu akan mengikuti perilaku orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak punkamu ikut memasukinya. Para sahabat bertanya : “Siapa mereka yang baginda maksudkan itu, ya Rasulullah ?” Beliau menjawab : “Orang-orang Yahudi dan Nasrani” (HR. Bukhari)

Sebabnya, bukti-bukti itu boleh dilihat, dirasai dan diperolehi dengan mudah di Selangor.

Pemimpin-pemimpin Pakatan yang kelihatan seperti beragamga Islam di Selangor, telah menepati sebagaimana yang diperkatakan dalam maksud hadis di atas. Malah peringatan seperti yang diberikan dalam ayat 8 dan 9 Surah Al-Qalam, juga terlihat kemas pada perilaku pemimpin-pemimpin Pakatan yang berbangsa Melayu dan kelihatan beragama Islam.

Lunaknya pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Selangor terhadap musuh-musuh umat Islam begitu ketara selepas pemecatan Hasan Ali dari PAS sekaligus menyingkirkannya dari jawatan Exco Hal Ehwal Islam Selangor.


Maklumat yang baru diperolehi ialah, rombongan mubaligh semakin ramai bertumpu ke Selangor. Di sebalik ‘kegagalan’ pada 4 Ogos 2011 untuk memurtadkan sebilangan umat Islam yang terpengaruh dek liberalisasi atau moderat atau terpengaruh kerana material mahupun kecewa dengan red tape pada pengurusan umat Islam seperti pusat zakat mahupun akibat dadah dan seks bebas.

Kemasukan rombongan mubaligh beramai-ramai adalah pada 18 Disember 2011 menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sebahagian anggota rombongan mubaligh seramai 45 orang itu, terdiri daripada mubaligh-mubaligh Filipina. Sebahagian lagi datangnya dari Indonesia. Rombongan pada 18 Disember diketuai oleh seseorang yang dikenali sebagai Alicia Thorpe, salah seorang anggota kumpulan Evangelist yang berpusat di Amerika Syarikat.

Menariknya, kumpulan berkenaan telah dijemput dan dinaungi secara peribadi oleh Teresa Kok, Exco Kanan Selangor. Teresa Kok bekerjasama rapat dengan Dr. Eu Hong Seng, Pengerusi The National Evangelical Christian Fellowship (NECF) yang berpusat di Petaling Jaya untuk membawa masuk mubaligh-mubaligh ini bagi tujuan pemurtadan.

Rombongan evangelist tersebut kemudiannya dihantar ke beberapa bahagian di Selangor, khususnya di kawasan sub-bandar untuk melakukan proses pemurtadan secara sistematik dan lebih berkesan. Kumpulan yang menjadi sasaran adalah golongan miskin, anak-anak muda yang berpeleseran dan terbiar serta pesakit-pesakit yang nazak di hospital.

Golongan ini juga mensasarkan gerakan kristianisasi terhadap golongan intelek yang bersifat liberal dan menyokong fahaman pluralisme agama serta orang ramai di pusat membeli-belah serta kawasan-kawasan kediaman dengan mengedarkan risalah ajaran mereka.

Antara taktik mereka adalah dengan menyediakan keperluan dapur yang lengkap secara bulanan, bayaran sewa rumah, bayaran duit kocek sebanyak RM2000 bergantung kepada jumlah anak, manakala pendidikan dan keperluan serta perubatan anak-anak dibiayai sepenuhnya oleh pihak gereja evangelist.


Turut disediakan adalah sebuah kereta dan paling menarik ialah keluarga itu akan dihubungi ‘untuk bertanya khabar’ pada jam 7.00 pagi sehingga 7.30 pagi setiap hari.

How are you today, are you okay today, can we meet you today, have money or not for today, got any problem this morning… itu merupakan pertanyaan-pertanyaan yang seringkali dibuat oleh evangelist-evangelist berkenaan.

Sebagai persediaan kepada kehadiran mubaligh tersebut dan tidak diganggu-gugat, Pakatan Rakyat khususnya DAP Selangor telah mengarahkan agar Hasan Ali dipecat dan disingkirkan, manakala jawatan Exco Hal-Ehwal Agama Islam dipegang sendiri oleh Khalid Ibrahim memandangkan Khalid Ibrahim lebih mudah dipegang dan dipaksa membuat keputusan bagi pihak DAP.

Sumber : SEL13

Penang Wasabi..

Friday, January 20, 2012

Peguam Negara fail rayuan!


Pejabat Peguam Negara hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Pendaftar, Halilah Suboh ketika dihubungi pihak media, yang turut menyatakan notis tersebut difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi, Bahagian Jenayah kira-kira pukul 4.30 petang ini.

Notis rayuan tersebut difailkan oleh Ketua Unit Rayuan, Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Manoj Kurup.

Difahamkan notis tersebut ditandatangani oleh Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun yang pernah mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat tersebut semasa Anwar pertama kali didakwa di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008.

Akta Mahkamah Kehakiman 1964 menetapkan bahawa notis rayuan perlu difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan, dan dalam kes ini keputusan dibuat pada 9 Januari lalu.

Mengikut Seksyen 52(1) akta tersebut, apabila notis rayuan difailkan, hakim yang membuat keputusan itu hendaklah, jika belum menulis penghakimannya, merekodkan secara bertulis alasan keputusannya, dan penghakiman bertulis atau alasan keputusan itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding itu.

Pada 9 Januari lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan yang dihadapinya selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari.

Beliau menetapkan demikian setelah berpendapat bahawa adalah tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Ketika membaca penghakimannya, hakim itu menyatakan, selepas meneliti bahan bukti, mahkamah tidak boleh seratus peratus pasti bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada saksi pendakwa pertama, iaitu Mohd. Saiful Bukhari tidak terjejas.

Ini, menurut Hakim Mohamad Zabidin, menyebabkan mahkamah hanya mempunyai keterangan Mohd. Saiful Bukhari.

Namun beliau berkata, di peringkat pembelaan bagi kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk mensabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari tanpa bukti sokongan lain.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau pernah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar tetapi empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004.

Penang Wasabi..

Wednesday, January 18, 2012

Pakatan Rakyat dah tertekan : Konvensyen terakhir mereka sebelum PRU ke-13 hambar?


Pada Sabtu lalu, di Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Alor Setar, Kedah telah diadakan Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Jumlah kehadiran itu jauh meleset daripada sasaran awal yang ditetapkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk konvensyen, Datuk Mahfuz Omar iaitu sebanyak 5,000 perwakilan dan pemerhati.

Konvensyen sehari itu tetap diteruskan mulai pukul 9 pagi walaupun separuh daripada kerusi yang disediakan kosong. Sepanjang konvensyen itu, tiada idea baru yang dilontar kepimpinan tertinggi pembangkang sebaliknya hanya ungkapan kosong yang bersifat retorik.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali yang berucap mewakili parti itu pada sesi sebelah pagi hanya menyampaikan ucapan 'kitar semula' dengan mengulangi dakwaan bahawa rakyat sudah kehilangan keyakinan terhadap kerajaan.

Beliau berkata, rakyat negara ini sedang berdepan dengan krisis keyakinan terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang gagal melaksanakan transformasi politik dan ekonomi. Tambahnya, rakyat mahu pihak pembangkang segera membanteras rasuah, menghapuskan keborosan dan ketirisan yang akan memufliskan Malaysia menjelang 2020.

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang berucap mewakili parti itu juga mendendangkan lagu lama apabila berikrar untuk menghapuskan Malaysia daripada rasuah dan pembaziran; langkah yang sudah lama dilaksanakan oleh Najib.

''Negara ini kotor untuk 53, 54 tahun. Kita perlu bekerja bersama-sama untuk menghapuskan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum kali ini," katanya.

Selepas itu, para pemimpin pembangkang mengambil bahagian dalam upacara sumpah ikrar dengan iltizam untuk menjunjung cita-cita membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Mereka turut berjanji untuk mempertahan Perlembagaan dan dasar bersama pakatan, memperkukuh kerjasama antara anggota gabungannya serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Antara pemimpin yang hadir ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Penasihat parti itu, Lim Kit Siang; Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Tiadanya pembentangan pelan induk komprehensif yang akan dilaksanakan jika pihak pembangkang memerintah negara ini membuatkan kita tertanya-tanya adakah pakatan itu serius dengan janji-janjinya untuk menawan Putrajaya.

Kesangsian itu semakin kuat apabila wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar yang berucap pada sesi suara nurani rakyat Malaysia memilih untuk mengkritik pihak pembangkang secara terbuka.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0, Datuk S. Ambiga misalnya mencabar gabungan itu supaya mengemukakan pelan khusus bagaimana untuk menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa apabila berkuasa nanti.

Pelan itu, tidak pernah tercatat dalam Buku Jingga yang diuar-uarkan pembangkang sebagai rujukan utama apabila memerintah Malaysia nanti.

Tambah Ambiga, pihak pembangkang juga tidak mempunyai sebarang perancangan spesifik untuk mendapatkan semula dana haram yang dibawa keluar dari Malaysia yang didakwanya berjumlah lebih RM1 trilion.

''Saya juga mahu tahu apakah pendirian pakatan dalam isu pembentukan suruhanjaya mencari kebenaran dan menyelesaikan kes kematian melibatkan agensi awam," katanya merujuk kepada langkah kerajaan BN menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat individu yang mati ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain Ambiga, turut menempelak pihak pembangkang ialah wakil pelajar yang juga Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Akram Ikrami Taib.

Anak kepada Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin itu memberitahu pihaknya bosan dengan janji pembangkang untuk menawan Putrajaya sedangkan tiada penyelesaian konkrit yang dikemukakan bagi merungkai isu pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

''Kaedah pembayaran balik sekarang menyebabkan para graduan tertekan dan tidak dapat tidur lena," katanya.

Keraguan mengenai kesungguhan pihak pembangkang untuk memerintah negara bertambah kuat apabila Abdul Hadi yang berucap pada sesi penggulungan mengakui ''jalan untuk ke Putrajaya sangat berliku dan bukan jalan yang mudah."

Guan Eng dalam ucapan penggulungannya juga mengakui BN masih mempunyai kelebihan dan tiada jaminan pihak pembangkang akan menang dalam pilihan raya umum nanti.

Mengulas perkembangan terkini itu, penganalisis politik, Mohd. Roslan Mohd. Saludin berkata, rakyat tidak seharusnya tertipu dengan janji manis pembangkang yang mendakwa akan membuat perubahan sedangkan tiada pelan komprehensif yang dibentangkan.

Katanya, apa yang dijanjikan itu hanya bersifat umum dan tidak menyentuh secara langsung ideologi teras parti gabungan seperti Pas yang berlandaskan kepada Islam dan DAP yang agendanya adalah sekular.

''Mencari keserasian memerintah secara bersama dengan parti yang bertentangan ideologi adalah sesuatu yang hampir mustahil untuk dicapai,'' katanya.

Tegasnya, melihatkan kerapuhan pihak pembangkang dalam pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan serta Perak satu ketika dahulu, beliau berpendapat janji yang bersifat idealistik itu tidak mungkin boleh dicapai.

''Kita jangan bersikap simplistik dan menganggap mentadbir serta mengurus negara semudah menyediakan mi segera," ujarnya yang juga bekas Felo Pusat Syariah, Undang-Undang dan Sains Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Dalam pada itu, pemerhati politik, Che Hamdan Che Mohd. Razali turut melahirkan keraguan terhadap kemampuan pembangkang untuk memerintah negara jika dilihat kegagalannya menerajui negeri termaju, Selangor.

''Saya dapati pihak pembangkang masih 'tercari-cari' formula terbaik untuk mengekalkan kuasa di negeri-negeri yang diperintah mereka dan membuktikan mereka lebih baik daripada BN,'' katanya yang juga pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara Kampus Dungun, Terengganu.

Katanya, di Selangor misalnya, pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat memberi tumpuan untuk mewujudkan imej kerajaan yang telus dan adil.

''Dalam kesibukan untuk mementingkan idealisme parti yang mahu dilihat telus dan adil, ia tidak mengambil berat masalah masyarakat seperti kadar sewa premis perniagaan yang tinggi dan isu sampah tidak dikutip,'' ujarnya.

Kepada pengundi yang akan menunaikan hak masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, jangan biarkan nasib anda seperti kata pepatah yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Penang Wasabi..

Thursday, January 12, 2012

Karpal 'tension' di 'kencing' Anwar!


Anwar Ibrahim telah memperkecilkan keupayaan peguam belanya Karpal Singh apabila mendakwa bahawa pembebasannya daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerana tekanan pihak luar ke atas kerajaan Malaysia.

Kenyataan Karpal kelmarin yang menyangkal dakwaan anak guamnya itu menunjukkan beliau amat tersinggung kerana kejayaannya telah diberikan kredit kepada pihak lain.

Karpal telah bertungkus-lumus memerah otak, menghabiskan banyak masa, menggunakan segala kebijaksanaan profesionnya , turun naik ke mahkamah hampir tiga tahun bagi membela seorang yang diyakini akan dapat memimpin negara ini, sekalipun sebagai seorang peguam bela beliau lebih mengetahui keadaan yang sebenarnya.

Motif politik untuk menunjukkan badan kehakiman tidak bebas telah menyebabkannya hilang sikap pertimbangan dan mendorongkan Anwar membuat kenyataan mengatakan bahawa Mahkamah Tinggi membuat keputusan pembebasannya kerana tekanan Washington dan lain-lain negara luar.

Beliau mahu memberitahu dunia dan juga rakyat negara ini bahawa sistem keadilan dalam keadaan apa pun tetap berada di bawah telunjuk pemerintah. Tuduhan yang sama akan dibuat jika beliau disumbatkan ke penjara.

Karpal Singh sendiri tidak bersetuju dengan pandangan Anwar ini, sebaliknya berkata bahawa pembebasan Anwar tidak ada kaitan dengan kebimbangan kerajaan terhadap imej buruk di mata dunia sebaliknya ia berdasarkan bukti serta kandungan perbicaraan sepenuhnya.


Oleh kerana sikap prejudis inilah juga maka beliau tidak berterima kasih atau meminta maaf kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membebaskannya walaupun beliau telah menuduh hakim itu berat sebelah dan beberapa kali meminta supaya menarik diri daripada membicarakannya.

Beliau juga tidak meminta maaf kepada orang ramai di seluruh negara dan juga Pas kerana telah membohongi mereka bahawa beliau akan dimasukkan ke penjara dan telah menyebabkan Dr. Hasan Ali dikorbankan oleh Pas, sedangkan beliau tidak menjadi korban.

Sesungguhnya Peristiwa 901 benar-benar menyerupai Peristiwa 911 New York yang sama sekali di luar jangkaan manusia lawan dan kawan serta menggemparkan dunia.

Cuma bezanya 911 menjatuhkan maruah Amerika Syarikat di mata dunia tetapi 901 menaikan pengiktirafan dunia terhadap sistem kehakiman dan keadilan Malaysia dan kredibiliti kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di atas stigma yang dihadapi oleh seorang manusia.

Penang Wasabi..

Segera selesai masalah bekalan air - Syabas!


Kerajaan Persekutuan dan Selangor diminta menyelesaikan segera masalah pelaksanaan projek pembinaan Loji Rawatan Air dan pembinaan empangan bagi mengelak berlakunya krisis bekalan air di Lembah Klang menjelang 2014.

Gesaan tersebut dibuat oleh Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Tan Sri Rozali Ismail yang menyebut sehi...ngga kini projek yang masih belum dapat diteruskan ialah pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2, Projek Penyaluran Air Mentah Pahang dan Selangor serta pembinaan empangan dan loji baru di Salak Tinggi, Selangor.

"Projek-projek ini tidak dapat diteruskan akibat tidak mendapat persetujuan kerajaan negeri membabitkan termasuk isu tanah dan harga air,” katanya di satu sidang akhbar di sini hari ini.

Rozali berkata, projek-projek tersebut perlu disegerakan untuk memenuhi permintaan bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang meningkat 3.5 peratus setiap tahun.

"Kapasiti pengeluaran air bersih sedia ada tidak cukup menampung permintaan kerana kadar pengeluaran air di loji rawatan sekarang mencapai tahap maksimum dan tidak boleh lagi dipertingkatkan.

Penang Wasabi..

Friday, January 6, 2012

Wan Azizah dan Azmin pun tak bela Anwar, macamana ya!


Kempen membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak wajar kerana isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sendiri tidak membela suaminya itu sedangkan beliau termasuk sebagai saksi.

Selain itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin turut mempertikaikan kenapakah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang dianggap anak emas Anwar tidak membela Penasihat PKR itu di mahkamah.

‘‘Sedangkan dalam kes liwat pada 1998, Azmin sanggup beri keterangan bersumpah malah sanggup dikenakan tuduhan menipu dan berbohong kerana memberi keterangan palsu,” katanya.

Zulkifli turut mempersoalkan mengapa Anwar tidak membela diri di mahkamah dengan memanggil saksi alibinya bagi membuktikan beliau tidak berada di tempat kejadian seperti dalam pertuduhan meliwat.

Malah, beliau turut mempersoalkan mengapa Anwar tidak mengambil kesempatan membela diri dengan memberikan sampel darah untuk menafikan asid deoksiribonuleik (DNA) air mani yang ditemui di dalam dubur Saiful.

“Anwar menyatakan bahawa dia membela diri dengan mahukan ‘mahkamah rakyat’ tentukan kesalahannya. Persoalannya, kenapa dia tidak serahkan pembelaan kepada ‘mahkamah Allah’ iaitu dengan bersumpah laknat seperti yang dibuat oleh Saiful,” katanya.

Zulkifli turut mencabar pengikut Anwar untuk mengadakan solat hajat perdana dengan memanggil terutamanya pemimpin bertaraf ulama di dalam Pas untuk diberikan petunjuk siapakah sebenarnya yang berbohong.

“Kalau Saiful berbohong, berdoalah kepada Allah supaya turunkan laknat kepada Saiful serta-merta. Tetapi kalau Anwar berbohong, dan memang dia meliwat Saiful, mohonlah doa dan hajat kepada Allah supaya melaknat Anwar dan menurunkan bala kepada pengikut Anwar yang masih taksub dengannya,” katanya di sini hari ini.

Zulkifli juga mendakwa Anwar akan mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat pembangkang di sebuah hotel di sini bagi memberi penerangan mengenai kes liwatnya.

Menurut Zulkifli, maklumat daripada sumber dalaman PKR itu turut mendedahkan pertemuan tersebut akan disertai oleh seorang pensyarah undang-undang yang akan menjelaskan mengenai kedudukan politik Anwar dari sudut undang-undang.

“Sebab ramai yang sudah mula mempersoalkan kedudukan Anwar jika disabit kesalahan. Dan mereka nampak jelas Anwar pasti kena kali ini, sebab Anwar langsung tidak membela diri.

“Tambahan apabila ada kenyataan dalam mahkamah menyatakan bahawa liwat yang berlaku antara Anwar dan Saiful (Mohd. Saiful Bukhari Azlan) adalah atas dasar suka sama suka. Masa depan Anwar sebagai bakal Perdana Menteri ketujuh sudah terlalu gelap,” katanya!

Menurut Zulkifli, Anwar sedar bahawa beliau tidak akan menang di mahkamah dan berharap dibela menerusi politik jalanan dengan mengheret rakyat termasuk mahasiswa untuk membelanya.

Sedangkan kata beliau, ia adalah satu tindakan yang tidak wajar kerana Anwar sendiri tidak membela diri di mahkamah apabila memilih untuk tidak mahu memberi keterangan secara bersumpah.

Penang Wasabi..

Thursday, January 5, 2012

Kg. Melayu Batu Uban pula bakal lenyap!

Pemandangan tapak pembinaan bagi projek perumahan di Kampung Melayu Batu Uban, Gelugor, Pulau Pinang, semalam.


Sebuah lagi kampung tradisi di negeri ini bakal lenyap atas faktor pembangunan.

Kali ini, Kampung Melayu Batu Uban di Gelugor dekat sini akan mengalami nasib sama seperti Kampung Buah Pala iaitu 'hilang' dari peta Pulau Pinang apabila kerja-kerja pembinaan kawasan perumahan baru sedang dilaksanakan.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar berkata, perkembangan tersebut merupakan satu perkara yang menyedihkan di negeri itu.

"Sekarang apa yang boleh kita lakukan ialah memohon kepada kerajaan negeri supaya menjadikan kawasan itu sebagai kampung tradisi tanpa dimajukan.

"Jika pembangunan diteruskan, maka kampung itu yang merupakan penempatan orang Melayu tertua di negeri ini akan lenyap. Apa yang lebih merisaukan saya, di situ juga terdapat sebuah masjid tertua di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai projek perumahan berkembar tiga tingkat mengandungi lapan unit di Batu Uban yang telah bermula apabila sebahagian daripada kawasan itu dipagar.

Berdasarkan maklumat pada papan tanda, pemilik projek tersebut ialah sebuah syarikat yang beralamat di negeri ini manakala syarikat kontraktor pula berpangkalan di Sungai Petani, Kedah dan tanah itu dimiliki oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP).

Projek itu dikatakan bermula pada 30 Mac 2011 namun tidak dinyatakan tarikh siap serta kerja pembinaan belum bermula.

Penang Wasabi..