~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Thursday, May 3, 2012

Menghina PM - 3 pelajar UM cuma digantung satu semester sahaja!


Berbaloi kah hukuman yang dikenakan terhadap mereka kerana menghina Perdana Menteri dengan cara yang begitu mengaibkan sekali? Bukankah sepatutnya mereka-mereka ini dibuang sahaja dari meneruskan pelajaran mereka. Disebabkan nila setitik ini, maruah UM telah tercemar?

Tiga penuntut Universiti Malaya (UM) digantung pengajian satu semester dan didenda tidak lebih RM200 kerana didapati bersalah memalukan universiti dan mengganggu ketenteraman awam dengan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bulan lalu.

Ketiga-tiga pelajar terbabit juga diberi amaran keras dan didenda tidak lebih RM200. Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi SMM, Mohamad Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.


Mereka menerima notis hadir perbicaraan pada 26 April lalu. Mohd Syahid, 23, merupakan penuntut tahun akhir jurusan Pendidikan Politik Islam, Safwan, 23, penuntut tahun ketiga Pendidikan Islam dan Haziq, 20, pula pelajar tahun satu undang-undang.

Ketiga-tiga mereka yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN di ibu negara dikenakan tuduhan di bawah Seksyen 16C Auku, bawah kaedah 3(a)(i) dan 3(a)(ii), didakwa memalukan universiti dan memudaratkan ketenteraman awam.

Apa perasaan kedua-dua ibubapa mereka yang terbabit? Tidakkah mereka malu dengan perangai dan sikap anak-anak mereka yang telah mencemarkan nama baik keluarga mereka sendiri. Harapan mereka begitu menggunung untuk melihat anak-anak mereka menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka! Namun apakan daya, inilah balasan yang mereka terima!

Penang Wasabi..

No comments:

Post a Comment