~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Tuesday, August 31, 2010

PAS Kepanasan : Tuntut Zainuddin Maidin mohon maaf!

PAS berkata parti itu memandang serius fitnah yang didakwanya dilemparkan oleh bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin berhubung Tragedi 13 Mei 1969.

Ketua penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, Zainuddin telah memfitnah parti Islam itu apabila mengatakan semasa tragedi tersebut, PAS minta perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj 'merampas' harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia, PAS menyebelahi Indonesia supaya 'mengambil' Malaysia.

"Kenyataan yang dibuat dalam temuramah bertajuk "Zam Dedah Hasutan Jahat PAS" dalam Umno-online itu adalah satu fitnah yang besar dan cuba memberikan gambaran buruk berkenaan PAS kepada orang Cina dan rakyat keseluruhannya.

"Kenyataan beliau itu jelas sengaja dicipta bagi mencemarkan imej dan nama baik PAS sebagai sebuah parti yang mendokong kedaulatan negara dan perpaduan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, PAS yakin Zainuddin (kanan) dan Umno kini terdesak untuk memburukkan PAS dan sanggup mencipta fitnah di bulan Ramadan ini bagi menarik sokongan bukan Melayu untuk kepentingan politik mereka.

"Tuduhan bahawa PAS menyokong Indonesia semasa konfrontasi juga sengaja direka bagi menunjukkan bahawa PAS ini tidak patriotik sedangkan begitu ramai tokoh politik dalam PAS telah berjuang memartabatkan kedaulatan negara dan menjaga kepentingan rakyat," tegasnya.

Sehubungan PAS menuntut Zainuddin menarik balik "fitnah' yang diciptanya" itu dan memohon maaf dalam masa tiga hari.

"Sekiranya beliau enggan menarik balik fitnah itu PAS akan mengarahkan semua organisasi PAS negeri dan dewan-dewan untuk membuat laporan polis dan seterusnya akan mengemukakan saman kepada beliau," tegas Idris.

Penang Wasabi..

Monday, August 30, 2010

Pas parti ekstrem - Zam!

Pas yang kini dilihat mengambil pendekatan liberalisme dalam mencari sokongan politik sebenarnya sebuah parti ekstrem yang pernah meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin ketika mendedahkan perkara itu berkata, parti berkenaan juga pernah menyokong Indonesia mengambil alih pemerintahan negara dan menangkap para pemimpin tempatan semasa era konfrontasi dengan negara jiran tersebut.

Justeru, kata beliau, tindakan itu mencerminkan Pas merupakan sebuah pertubuhan politik bersifat perkauman berasaskan ekstremisme kepada Islam yang bertentangan dengan ajaran agama berkenaan.

"Ini permainan politik mereka. Mana ada mahu laksanakan hukum hudud sedangkan seorang wanita yang bogel dan terdedah di khalayak walhal berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh Nik Aziz sebagai satu keharusan, skandal dan sebagainya.

"Bagaimana Pas boleh sesuaikan diri dengan aspek tidak bermoral begini?" soalnya dalam wawancara eksklusif dengan UMNO-online.com yang disiarkan portal itu hari ini.

Selain menyelar Pas, Zainuddin menyifatkan kerjasama parti itu dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini penuh dengan kepura-puraan dalam mewujudkan kerjasama politik antara pakatan pembangkang.

Beliau memberitahu, UMNO telah menentang keras pendirian ekstrem Pas itu dan mendedahkan ketaksuban parti itu dalam hal keagamaan seperti kenyataan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pernah 'mengkafirkan' ahli-ahli UMNO.

"Selepas pendedahan ini, kita jadikan mereka (Pas) lebih beradab dan bersopan. Mengapa sekarang mereka nak menuduh kita (UMNO) perkauman sedangkan kita sudah biasa buat penyesuaian melalui perpaduan Cina, Melayu, India dan kaum lain dengan lebih besar," tegasnya.

Justeru, katanya, UMNO bukan baru hari ini percaya kepada konsep liberalisme tetapi bersifat liberal sejak awal penubuhan negara lagi.

Mengenai DAP pula, katanya, parti itu yang kononnya mahu mencontohi PAP di Singapura tidak mampu berbuat demikian kerana PAP mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang didapati terlibat dalam salah laku moral.

"Menterinya (Singapura) yang terlibat akan dibuang dan jika diketahui rasuah, ada yang belum bicara lagi sudah bunuh diri. Bagaimana pula dengan DAP?" soalnya. Baginya, PKR pula adalah sebuah parti yang hanya mahukan kuasa dengan kegilaan tersebut berkisar ke arah perjuangan seorang individu sahaja.

"PKR parti yang belum matang di peringkat bawah dengan perjuangan yang tidak berprinsip iaitu cuba menyesuaikan diri dengan DAP apabila bersama parti itu dan menukarkan watak apabila bersama dengan Pas. "Asal saja ia memberi pulangan kepada pemimpin atasannya untuk naik ke atas," tegasnya.

Sumber : Utusan

Penang Wasabi..

Friday, August 27, 2010

Tidak wajar ketepikan doa kepada Agong!

Khatib yang bertugas menyampaikan khutbah solat Jumaat tidak sewajarnya mengetepikan doa kepada Yang di-Pertuan Agong kerana baginda merupakan ketua negara serta ketua agama Islam.

Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor, Mohd. Zamri Mohd. Shapik berkata, dalam keadaan umat Islam yang masih belum memahami sepenuhnya ilmu fikah, membaca doa untuk bukan Islam secara terbuka seperti ketika khutbah Jumaat perlu dilakukan di platform berlainan.

Ini ujar beliau, sebagai langkah mengelakkan salah faham berlaku di kalangan umat Islam.

"Namun begitu, pihak persatuan berpendapat adalah tidak wajar khatib solat Jumaat bertindak meninggalkan doa kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Umat Islam juga haruslah memilih platform yang sesuai untuk membaca doa tersebut (untuk bukan Islam) agar tidak berlaku salah faham,'' katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan seorang khatib yang mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di beberapa masjid di negeri itu, baru-baru ini.

Mohd. Zamri berkata, atas apa yang berlaku, pihaknya menggesa semua alim ulama, persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk terus mempergiatkan usaha memberikan penerangan kepada masyarakat berdasarkan perspektif hukum dalam usaha memberikan kefahaman kepada umat Islam.

"Dalam kes di Pulau Pinang, rakyat juga mestilah memberikan mandat penuh kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang untuk menyelesaikan isu itu mengikut lunas undang-undang,'' katanya.

"Janganlah ada mana-mana pihak yang sengaja mengambil kesempatan untuk menimbulkan kekacauan dan meraih kepentingan. "Biarlah isu itu diselesaikan dengan cara yang paling harmoni demi memelihara perpaduan umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia,'' jelasnya.

Kata beliau, umat Islam juga dinasihatkan agar merujuk kepada ulama dan golongan agama jika berhadapan dengan apa jua masalah berkaitan agama. "Janganlah dirujuk kepada orang-orang yang tidak sepatutnya kerana dibimbangi pandangan yang diberikan tidak menepati piawaian hukum Islam,'' tambahnya.

Penang Wasabi..

Monday, August 23, 2010

Isu khatib baca nama Lim Guano : Zakaria dipanggil beri keterangan!

Khatib Zakaria Ahmad yang dikaitkan dengan isu penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat di beberapa masjid di negeri ini mengesahkan dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis berhubung isu tersebut.

Zakaria memberitahu, pihak polis telah menghubunginya hari ini dan memintanya hadir memberi keterangan berhubung siasatan kes berkenaan tetapi ditangguhkan kerana dia tidak berada di negeri ini.

''Saya diberitahu ia ditangguhkan dulu setidak-tidaknya untuk beri keselesaan kepada saya yang tidak menetap di Pulau Pinang. Saya dimaklumkan polis sendiri mungkin datang ke rumah untuk ambil keterangan pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi di Manjung, Perak hari ini.

Khatib itu mendapat perhatian umum berikutan pendedahan UMNO negeri berhubung penggunaan nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid termasuk di Permatang Pauh, Tasek Gelugor dan Jelutong baru-baru ini.

Zakaria yang juga ahli Pas Perak mengakui ada melafazkan doa untuk Guan Eng tetapi menegaskan tidak pernah mendoakan keselamatannya sebaliknya memohon supaya Guan Eng diberikan hidayah memeluk agama Islam.

Ditanya sama ada isu itu memberi tekanan kepadanya, Zakaria berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerjasama memberi keterangan kepada polis kerana percaya tidak ada apa yang perlu disembunyikan.

''Saya tiada masalah, polis nak kita bantu (siasatan) jadi kita kena bantulah, saya masih tunggu lagi kerana mereka (polis) kata mungkin mereka nak datang sendiri ambil keterangan dalam masa terdekat ini," tambahnya.

Zakaria yang juga lulusan Universiti Al-Azhar bagaimanapun meminta semua pihak berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung isu tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

''Polis pun dah kata nak siasat, tidak perlulah keluarkan lagi kenyataan yang boleh menjejaskan nama baik orang lain. Cukup-cukuplah isu ini dipolitikkan," ujarnya.

Sementara itu, khatib itu akan memberi penjelasan kepada pihak berkuasa agama negeri berhubung perkara itu esok.

Zakaria akan memberi penjelasan kepada barisan panel yang dibarisi oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), Ellias Zakaria, Pengarah Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Sazali Hussein dan Pegawai Pentadbir Agama Daerah di JHEAIPP.

Ellias berkata, pihaknya sudah mengumpulkan segala maklumat yang diperlukan, namun sehingga hari ini MAIPP dan JHEAIPP tidak dapat menentukan ayat sebenar yang digunakan Zakaria dalam khutbah tersebut.

''Alhamdulillah, individu yang dilibatkan itu juga telah membuat pengakuan bahawa beliau yang membaca doa yang disebut itu dan bagi pihak kami pula akan mendengar penjelasannya esok," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ditanya adakah wujud arahan bahawa nama Yang di-Pertuan Agong perlu disebut dalam khutbah solat Jumaat, beliau menjawab, dalam penyampaian khutbah di negeri ini, Perkara 6 (Panduan Mendirikan Solat Jumaat) yang dikeluarkan JHEAIPP ada mengatakan dua nama perlu disebut.

''Selain menghormati rukun khutbah, kuasa hal ehwal agama Islam adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong, maka nama Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas perlu disebut," ujarnya.

Penang Wasabi..

Sunday, August 22, 2010

Doa Khutbah Nama Guan Eng : Tutup Isu Dengan Duit Raya!

























Mujahid Yusof Rawa (Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang) menuduh UMNO membuat fitnah dan pembohongan mengenai nama Guan Eng digunakan dalam khutbah Jumaat pada 22 Ogos 2010 dalam malaysiakini , PAS mudah menuduh perkara itu sebagai fitnah dan bohong. Kalau Guan Eng berbohong PAS tidak pula berani menyanggah pembohongan Guan Eng.

Sewajarnya kepimpinan PAS daripada Nik Aziz hinggalah kepada PAS di peringkat negeri menyiasat perkara ini dengan telus demi untuk menjaga kesucian agama Islam bukan membela pula Guan Eng. Kalau fitnah, sila saman saksi-saksi yang mendengar khutbah tersebut. Mereka dengar dengan telinga mereka sendiri. Ini bukan fitnah, kejadian ini memang berlaku. Beginikah cara Mujahid menjaga kesucian agama Islam di Pulau Pinang?

Berikut adalah 10 usul yang telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar pakatan pembangkang di Komtar, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2010. Kenyataan ini dikeluarkan dalam blog Guan Eng. Orang yang memberikan kenyataan ialah Mansor Othman (Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang). Kenyataan ini juga lebih menjurus untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh orang PAS dengan menuduh ianya sebagai fitnah.


Naib Yang Dipertua Ulama Malaysia cawangan Pulau Pinang dan juga Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, saudara Mohamad Hafiz Nordin mengaku pernah berdoa kepada Lim Guan Eng semasa menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Hashim Yahya ( lihat Sinar Harian 21 Ogos 2010 ).

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, Mansor Othman dan Yusof Rawa perlu akui perkara sebenar. Usah berbohong untuk melindungi DAP di Pulau Pinang. Akuilah mana yang salah, bukan berpolitik taat setia secara membuta tuli kepada Guan Eng. Mudah sahaja DAP hendak tutup isu ini, mereka ungkit habuan duit raya RM400 kepada staff negeri dan RM100 setahun kepada warga emas.

Harus diingat, sampai bila orang Melayu Pulau Pinang perlu dirasuah dengan habuan untuk melindungi Guan Eng. Sedarlah, DAP ada agendanya yang tersendiri di Pulau Pinang. Sanggup orang Melayu dalam PAS dan PKR jadi talibarut dan pengkhianat kepada agama dan bangsa sendiri. DAP sudah melampau. Malangnya mulut pemimpin Melayu PAS dan PKR ditutup dengan habuan untuk halalkan kebiadapan DAP.

Sumber : http://anginperubahan.blogspot.com/

Penang Wasabi

Thursday, August 19, 2010

Doa utk Father Joseph Lim Guano didalam khutbah Jumaat bukti PAS semakin sesat !

Khatib Zakaria Ahmad yang membaca doa untuk Father Joseph Lim Guan Eng dan membuang nama YDP Agong pada khutbah kedua Solat Jumaat lepas di Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor P.Pinang, adalah merupakan penyokong tegar PAS.

Dia melakukan perkara terkutuk itu diatas mimbar masjid sewaktu solat Jumaat yang dihadiri bukan hanya penganut ajaran PAS, tetapi juga semua kariah kawasan tersebut yang berbilang fahaman politik dan juga pandangan.

Zakaria telah membuktikan bahawa PAS kini semakin sesat serta melencong dari garisan Islam yang sebenar. Didalam kitab serta ajaran Rasulullah saw sendiri melarang kita mendoakan untuk kaum kafir, apatah lagi jika ia dilakukan didalam bacaan amalan wajib seperti solat Jumaat. Namun ini semua tak menjadi hal kepada pengikut ajaran PAS.

Untuk pengetahuan semua, ini bukanlah insiden pertama yang melibatkan Zakaria Ahmad yang bergelar al fadhil ustaz dikalangan semua totok PAS.

Pada 24 Februari 2007, Zakaria Ahmad ini juga pernah dihalau oleh Naib Pengerusi Kariah Masjid Kampung Binjai kerana berpolitik secara keterlaluan didalam masjid kampung tersebut. Sebelum kejadian itu, Zakaria sering dilihat hadir ke Masjid Kampung Binjai sebagai ustaz jemputan oleh seorang imam PAS dikampung tersebut.

Walaupun sudah berkali-kali diberi amaran, kemuncaknya tiba apabila Zakaria cuba menyampaikan ceramah politik yang menyeru semua penduduk kampung memilih calon PAS pada PRU12. Ini menyebabkan dia diusir dari masjid dan juga kampung tersebut.

Jadi, bukanlah sesuatu perkara yang baru jika Zakaria Ahmad berpolitik didalam Masjid. Cuma yang mengejutkan ialah, tindakan Zakaria Ahmad ini yang tak tahu membezakan diantara amalan wajib agama dan juga ceramah politik.

Inilah bukti bahawa PAS itu memang sudah sesat dan juga menyeleweng aqidah mereka kerana mencampur adukkan agama serta politik demi kepentingan peribadi. Inilah juga bukti ketaksuban melampau para penganut PAS terhadap fahaman politik yang dianuti mereka.

Nik Aziz perlu bertanggung jawab diatas semua yang berlaku ini kerana dialah yang menyemaikan fahaman kufar serta ideologi jahilliyah terhadap semua pengikut ajaran PAS.

Institusi masjid kini tak lagi selamat jika dijangkiti oleh parasit-parasit yang bercop bulan ini. Sesuatu perlu dilakukan untuk mengelakkan kegilaan puak khawarijj hijau ini berterusan merosakkan kesyumulan Islam didalam negara.

Seburuk-buruk penyokong kerajaan, tiada pula khatib masjid seluruh negeri yang mendoakan Tsu Koon semasa sebelum PRU12 dulu. Tapi inilah yang berlaku bila masjid dikuasai puak totok PAS. Kalau bukan sesat dan akidah terseleweng, apa lagi yang kita boleh panggil kepada beruk-beruk berpunggung hijau dan berserban ni?

Sementara itu : Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang membantah penggunaan nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di beberapa masjid, baru-baru ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan nama Setiausaha Agung DAP itu dalam khutbah Jumaat dikesan sejak minggu lalu di beberapa masjid sekitar sini, Permatang Pauh dan Jelutong.

Perkembangan itu, tegasnya, amat mengejutkan kerana seolah-olah ada usaha pihak tertentu untuk mencemarkan nama Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam di negeri ini.

“Lazimnya dalam doa kedua khutbah solat Jumaat, ada dibacakan doa untuk ketua negeri atau ketua agama Islam dan umum mengetahui di Pulau Pinang kita merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam.

“Penggunaan nama ketua menteri jelas mengingkari kuasa Yang di-Pertuan Agong seolah-olah ketua menteri pula menjadi ketua agama Islam,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO negeri di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung perkara itu dan sedang meneliti sama ada wujud arahan tertentu daripada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

“Tindakan menggunakan nama ketua menteri dan digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong juga sebenarnya di luar daripada amalan negeri-negeri lain di seluruh Malaysia selain bercanggah dengan keputusan Majlis Raja-Raja,” tegasnya.

Sementara itu, beliau turut mendedahkan terdapat pihak pengurusan beberapa masjid yang tidak lagi dibenarkan mengutip bayaran sewa bazar Ramadan yang beroperasi di pekarangan rumah ibadat itu sebaliknya kutipan tersebut disalurkan kepada pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Ahmad Zahid berkata, tindakan menghalang pengurusan masjid memungut wang kutipan bazar Ramadan terbabit jelas mencampuri pengurusan hal ehwal agama Islam selain dilihat menyalahgunakan dana masjid untuk kepentingan politik.

“Kalau dulu kutipan wang bazar Ramadan disalurkan kepada masjid tetapi kenapa pula sekarang tidak boleh tetapi disalurkan pula kepada pusat khidmat ADUN? Ini dana masjid yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti masjid bukan untuk tujuan politik,” tegasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoalkan tindakan Guan Eng menghadiri majlis-majlis pengagihan wang zakat kepada golongan memerlukan yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin Islam.

“Kalau pun kerajaan negeri mahu menggambarkan beliau (Guan Eng) sebagai pemimpin yang fleksibel tetapi kita percaya ada agenda tersembunyi untuk menggunakan Islam bagi meraih kepentingan politik,” katanya.

Sumber : Media Permatang Pauh

Penang Wasabi..

Tuesday, August 17, 2010

Politik Middle Malaysia atau Zhongguó!

SUATU masa dulu masyarakat kita heboh dengan Malaysian Malaysia dan meritokrasi. Gagasan-gagasan tersebut dianjurkan oleh pemimpin Singapura yang menuntut kesamarataan di kalangan semua kaum di negara ini. Banyaklah hiruk-pikuk yang dilaporkan tentangnya, dan orang Melayu menolaknya dengan keras. Perkara itu kemudian dilupakan.

Hakikatnya secara senyap-senyap segmen-segmen tertentu dalam gagasan-gagasan tersebut sedang merubah kedudukan ekonomi dan sosio-politik orang Melayu di negara ini.

Tidak ada lagi layanan istimewa bagi mendapatkan biasiswa lulusan-lulusan Sijil Pelajaran Malaysia dari kalangan Bumiputera, misalnya. Dan mutakhir, wakil DAP di Selangor mencadangkan supaya diskaun pembelian rumah bagi pembeli-pembeli bumiputera dihapuskan. Desakan-desakan sebegini mendedahkan wajah sebenar politik sempit DAP.

Sedikit masa dulu Lim Guan Eng mengumumkan pendekatan Middle Malaysia. Secara literal ia semacam mengambil jalan tengah dalam semua hal yang melibatkan rakyat. Realitinya tidak lain pendekatan tersebut merupakan jalan pintas untuk melaksanakan gagasan-gagasan yang diketengahkan oleh mentornya. Apakah akar, ranting dan dahan DAP itu bukan berasal daripada speses pokok yang sama, iaitu PAP?

Sekali lagi timbul heboh-heboh tentangnya, terutama di kalangan orang Melayu Pulau Pinang, yang rata-rata ekonomi mereka masih merangkak. Isu tersebut cepat-cepat juga dilupakan.

Hakikatnya, prinsip-prinsip teras di dalam gagasan-gagasan Malaysian Malaysia dan "meritokrasi" sedang berkembang biak di pulau itu. Pendekatan Middle Malaysia hanyalah salinan kulit, ularnya tetap sama.

Tahun lalu perarakan Maulidur Rasul dibatalkan, walaupun Guan Eng tahu ia merupakan upacara yang sangat dekat di hati orang Islam. Kemudian diseliginya pula peniaga-peniaga gerai dan pengusaha kedai makan, terutamanya peniaga-peniaga Melayu.

Terbaru, bazar Ramadan di bangunan KOMTAR diarah tutup. Mujurlah larangan tersebut ditarik balik di saat-saat akhir apabila peniaga-peniaga naik berang dengan sikap melampau kerajaan Pulau Pinang.

Tindakan-tindakan Guan Eng dilihat tergesa-gesa -- roboh, roboh dan roboh. Jadi, mana jalan tengahnya? Kita tidak perlu pergi jauh untuk mencari siapakah yang melatih beliau taktik sedemikian.

Ternyata penduduk Melayu sudah ramai yang meninggalkan pulau dan berpindah ke tanah daratan. Kampung-kampung mula hilang, dan digantikan dengan rumah kedai dan apartmen mewah. Hartanah Melayu semakin mengecut, dan tidak hairan dalam tempoh 20 -30 tahun dari sekarang, tidak ada lagi hartanah orang Melayu di Pulau Pinang.

Sekiranya fenomena ini tidak disekat, akan berlaku eksodus secara besar-besaran orang Melayu dari Pulau Pinang. Memburukkan lagi sikap cauvinistik beliau, dituangkan pula nuansa sejarah empayar Cina ke dalam gagasan Middle Malaysia.

Sebenarnya Middle Malaysia secara tersembunyi menyangkut Middle Kingdom, atau Negara Tengah, atau dalam bahasa Mandarin disebut Zhongguó.

Karakter kotak digaris di tengah-tengah tulisan Cina pada perkataan Zhongguó melambangkan posisi empayar Cina yang kononnya berada di tengah-tengah ketamadunan. Walaupun dari segi sejarah nama China berubah-ubah dengan pertukaran dinasti demi dinasti, namun nama umumnya kekal sebagai Zhongguó.

Terma ini mula digunakan oleh Dinasti Zhou pada abad ke-6 SM. Penggunaan nama Zhongguó membawa implikasi legitimasi politik, dan ia digunakan oleh dinasti-dinasti yang terkemudian; sebagai contohnya Dinasti Song Selatan dan Dinasti Jin, masing-masing menganggap dinasti mereka Zhongguó.

Dan sejak Republik Rakyat Cina ditubuhkan pada 1949, ia menggunakan nama itu sebagai identifikasi rakyat Cina, sementara Republik Cina dikenali terus dengan nama "Taiwan". Jadi, idea sentral yang menjadi teras Middle Malaysia tajaan Guan Eng tidak lain adalah "Cina".

Dalam senario politik masa kini, yang turut berlatar belakangkan masyarakat berbilang kaum, pendekatan Ketua Menteri Pulau Pinang ini amat berbahaya.

Dalam menekuni agenda agungnya, Guan Eng semakin rakus, dan hilang hemah dan pertimbangan sebagai politikus dan Ketua Menteri. Mana-mana pegawai kerajaan yang berani menegur atau menentangnya akan menerima padah.

Terbaru, Pegawai Kemajuan Negeri dicopnya sebagai "membazir wang, lidah biawak dan tidak diperlukan di Pulau Pinang". Nampaknya apa saja yang mewakili Kerajaan Pusat, sama ada orang atau ikon, menjadi serba tidak kena dengannya.

Guan Eng harus meluangkan sedikit masa untuk menyelak buku-buku sejarah. Pulau Pinang adalah sebahagian dari Malaysia. Ratusan tahun dulu broker tanah Inggeris, Francis Light menggunakan tipu muslihat untuk memperdaya Kerajaan Kedah lalu 'menyonglap' pulau itu. Sedangkan semasa dia tiba di pulau itu pada 1786, orang Melayu sudah berkampung halaman di situ, dan menjalankan perdagangan dengan orang Aceh.

Apa pun yang dilakukan oleh Lim Guan Eng sekarang, Pulau Pinang tetap akan berada dalam Malaysia dan masih menggunakan Perlembagaan negara yang sama. Sudah tentu Kerajaan Pusat tidak akan membiarkan Pulau Pinang bertukar menjadi Hong Kong atau Singapura kedua di Tanah Semenanjung. Atau menjadi Zhongguó. Wallahuallam.

Oleh : Malim Ghozali PK

Penang Wasabi..

Saturday, August 14, 2010

Ezam dan Wan Azizah : Anwar arah isteri berbohong!

Oleh : rbf

Semakin hari semakin kalut jadinya. Inilah padahnya jika suka menipu dan berbelit-belit, satu hari pasti akan menjerut leher sendiri. Kasihan pula saya bila melihat laki bini, Anwar dan Azizah. Nak ke depan tak boleh, nak gostan ke belakang tak boleh. Terperangkap di tengah-tengah.

Dengan siapa mereka terperangkap ?

Anwar terperangkap dengan Karpal Singh, manakala Azizah pula sudah terperangkap dengan Ezam.

Sebagaimana yang kita tahu, dalam siri roadshow ceramah SSDE sejak tiga minggu lepas Ezam ada memberitahu tentang kisah Wan Azizah memberitahunya bahawa Anwar seorang peliwat dan juga kisah Wan Azizah menelefon Ezam dari Amerika supaya Ezam memastikan tiada jantan di rumahnya di Bukit Damansara ketika itu. Klik di sini

Pada hari rabu, Agenda Daily ada menyiarkan temubualnya bersama Wan Azizah berhubung dakwaan Ezam.

Dalam temubual tersebut secara terang-terangan Wan Azizah mengakui yang beliau ada menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar.

Walaupun Wan Azizah cuba memutar belit apa yang sebenarnya beliau pesan kepada Ezam dalam perbualan tersebut, bagi saya itu tak kisah. Yang pentingnya Wan Azizah sendiri mengakui dan mengesahkan dia menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar.

Tanpa disangka-sangka tiba-tiba pada sebelah petangnya hari yang sama iaitu semalam (rabu) Wan Azizah membuat pusingan 360 darjah dengan menafikan yang beliau ada menghubungi Ezam dan berpesan supaya 'tengok-tengokkan' Anwar. Klik di sini

Kenyataan pertama yang dikeluarkan oleh Wan Azizah di Agenda Daily adalah kenyataan beliau sendiri dan beliau cuba berlapik sedikit dengan menggunakan ayat seperti dibawah:

"Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah".

Tetapi setelah disiarkan oleh Agenda Daily dan perkara ini telah sampai ke pengetahuan Anwar , Anwar amat marah kepada Wan Azizah kerana mengeluarkan kenyataan begitu seolah-olah Azizah mengesahkan dakwaaan Ezam.

Kenyataan Wan Azizah yang dikeluarkan malaysiakini bukanlah kenyataan Wan Azizah sendiri, tetapi kenyataan Anwar. Dari segi gaya bahasa pun kita sudah boleh nampak ianya bahasa Anwar dan cuba anda buat perbandingan dengan apa yang disiarkan Agenda Daily.

Ayat-ayat Anwar:

Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas, sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,”


Jika tanpa arahan Anwar tidak mungkin sesekali Wan Azizah sanggup membuat pusingan 360 darjah, dari beliau mengakui ada menghubungi Ezam kepada tidak menghubungi langsung.

Kita semua sudah tahu cara politik Anwar, iaitu politik NAFI. Apa sahaja tuduhan yang datang semua dia nafi. Anda lihat sajalah dalam kes liwat beliau, sudah nampak terang-terang dia meliwat , tetapi dia tetap menafikannya.

Lihat pula dalam kes 'ais krim' elizabeth wong, Zahrain telah mendedahkan apa yang Anwar kata, tetapi Anwar tetap nafi.

Kesimpulannya dalam kes ini, Wan Azizah sendiri telah mengakui dia ada menghubungi Ezam untuk berpesan supaya 'tengok-tengokkan Anwar'.

Apa yang Wan Azizah cakap di malaysiakini sudah tidak boleh dipakai lagi. Jika kenyataan pertama dia kata tak hubungi Ezam dan dia tukar dalam kenyataan kedua kepada ada hubungi ezam, itu lain. Yang itu boleh dipakai.

Ini tidak, dalam kenyataan pertama dia dah cakap ada hubungi Ezam dan bercakap panjang lebar, kemudian dalam kenyataan kedua dia nafikan 100 % ada menghubungi Ezam. Apa punya tur ni Kak Wan oiii.....

Saya difahamkan apa yang sedang diperkatakan oleh Ezam sekarang ini hanya bunga-bunga sahaja. Pucuk , daun, batang, ranting dan buah semuanya belum keluar lagi. Wan Azizah dan Nurul Izzah kena bersedia sepanjang masa untuk menjawab dakwaan Ezam.

Sumber : http://ruangbicarafaisal.blogspot.com

Penang Wasabi..

AKHIRNYA WAN AZIZAH MENGAKU..ANWAR !!!!

Ulasan YB Senator Ezam mengenai pengakuan Wan Azizah :

“Saya gembira akhirnya Azizah mengaku memang pernah menghubungi saya untuk ‘jaga’ suaminya.

Azizah minta malam itu saya jangan keluar rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua. Permintaan itu sendiri menampakkan suasana panic Azizah ketika itu...kerana mana mungkin saya lakukan.Ini kerana tuan rumah adalah Anwar bukan saya. Rakyat sendiri nilailah apa sebenar maksud ‘jaga'…yang Azizah cuba remehkan sekarang apabila menjawab kenyataan saya.

Saya sudah buat kenyataan, Wan Azizah juga sudah buat kenyataan. Saya serah kepada orang ramai menilai apa beliau kata.

Jelas jawapan Azizah mahu lari daripada isu yang saya bawa dan tunjuk sikap sambil lewa.

Saya ingatkan Wan Azizah ini bukan soal antara dia dan suaminya sahaja. Ini soal serius dan babitkan rakyat dan ummah sebab suaminya mahu jadi pemimpin negara/Perdana Menteri.

Kalau suaminya tidak rakus mahu jadi pemimpin, sayapun tak mahu campur hal perangai jijik suaminya.

Justeru itu saya ajak Wan Azizah demi negara mari bersumpah secara Islam untuk buktikan siapa yang benar. Dia boleh pilih ulama dan masjid mana dan cara mana yang beliau mahu dan lebih baik pada bulan Ramadhan kita selesaikan.

Saya tahu Azizah tidak boleh lari daripada tanggungjawab.

Kita faham posisinya sebagai isteri dengan suami untuk beliau pertahankan tetapi sebagai dia tidak boleh biarkan suaminya fitnah orang lain seperti Datuk Seri Najib, polis, hakim, peguam dan saya kononnya konspirasi kerana dia tahu itu semua fitnah suaminya untuk tutup kelemahan. Azizah tidak sepatutnya subahat dengan fitnah".

Terima kasih agendadaily.com

Penang wasabi

Wednesday, August 11, 2010

Panggilan dari Washington: Wan Azizah nafi cemas…Ezam cabar sama-sama bersumpah!

















Betulkah Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ada bercakap dengan nada cemas dalam satu panggilan telefon pada Ezam Mohd Noor dari Washington tidak lama dulu?

Ini timbul bila Ezam yang kebetulan waktu itu berada di rumah lama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Damansara,Kuala Lumpur memberitahunya ada seorang lelaki lain turut berada di dalam rumah itu.

Difahamkan Wan Azizah kenal lelaki itu.

Waktu itu Ezam yang merupakan Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) adalah orang kanan Anwar dan sering keluar masuk rumahnya.Waktu itu juga Anwar belum habis edah untuk aktif politik selepas dibebaskan dari penjara.Beliau menjadi pensyarah undangan di Amerika.

Masa kejadian itu Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pulang seketika ke Malaysia.

Dalam interbiu dengan Agendadaily baru-baru ini ( rujuk pada interbiu penuh dengan Ezam di blok bawah) Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan memberitahu insiden panggilan telefon itulah yang spark off keraguannya tentang ‘perangai bosnya’ dan kemudiannya meninggalkan KeAdilan ( sebelum tukar nama pada Parti Keadilan Rakyat (PKR) .

Kebetulan wartawan Agendadaily Noor Hasilah Ismail bersua dengan Wan Azizah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semasa perbicaraan kes liwat Anwar Selasa.

Ini adalah pertama kali isteri Anwar itu ditanya oleh wartawan dan mengulas mengenai isu panggilan telefon itu.

Beliau mengesahkan ada membuat panggilan telefon pada Ezam waktu itu tetapi menafikan ia bernada cemas. Katanya dalam panggilan itu, “saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia…” Wan Azizah dakwa Ezam telah beri gambaran yang lain.Beliau meminta Ezam tidak mengaitkannya untuk mengiyakan apa yang beliau dakwa.

Mengenai kesediaan Ezam bersumpah beliau cakap benar,Wan Azizah berkata,” dia nak sumpah dia punya pasal dengan Allah. Saya tak ada masuk campur.” Namun Ezam yang dihubungi kemudiannya oleh Roslan Bian untuk mengulas hal ini tidak berganjak dari dakwaannya. Antaranya beliau berkata,“ Wan Azizah,minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua.”

Katanya mana mungkin dapat penuhi permintaan itu yang menampakkan suasana panic Wan Azizah kerana tuan rumah dimana beliau berada ketika itu ialah Anwar. Apapun katanya beliau gembira akhirnya Wan Azizah mengaku memang pernah menghubunginya untuk ‘jaga’ suaminya.

Bagi menentukan siapa benar Ezam mengajak Wan Azizah bersumpah secara Islam.”Dia boleh pilih ulama dan masjid mana dan cara mana yang dia mahu dan lebih baik pada bulan Ramadhan kita selesaikan.”

Berikut ialah transkirp penuh komen Wan Azizah:

Agendadaily: Boleh Datuk Seri komen mengenai dakwaan Ezam bahawa dalam satu perbualan telefon dengannya dari Washington tidak lama dulu Datuk Seri ada bercakap dengan nada cemas mengenai perangai Datuk Seri Anwar ?

Wan Azizah: Ezam telah bagi gambaran yang lain. Saya pesan kat dia sebagai seorang adik, tengok-tengokkan abang dia. Anwar baik. Dia sebagai seorang pemimpin, bila orang datang, dia akan layan dengan elok, tapi orang kalau ambil gambar, orang itu akan buatkan sesuatu yang boleh membawa kepada fitnah. Sebab itu saya kata, hati-hatilah, sebagai adik tengok-tengokanlah. Itu saja.

Agendadaily: Ezam cakap dalam panggilan telefon itu Datuk Seri cakap dengan nada cemas bila diberitahu ada seorang lelaki dalam rumah bersama Anwar waktu itu.

Wan Azizah: Tak adalah. Saya memang suruh Ezam sebagai adik, tengok-tengok ajalah, siapa yang dekat dengan Anwar, terutama yang mempunyai niat jahat. Jaga Anwar supaya dia tidak difitnah lagi. Itu aja. Tak ada yang lainlah."

Kalau Ezam nak buat apa-apa…jangan kaitkan saya. Jangan gunakan saya untuk mengiayakan apa yang dia kata atau memberi kekuatan kepada perkataan-perkataan dia. Jangan gunakan saya. Itu saya tak rela."

Agendadaily: Ezam juga ada bercakap mengenai hal Datuk Seri ini dalam ceramah-ceramahnya.Apa komen Datuk Seri?

Wan Azizah: Kalau dia cakap sorang-sorang… orang akan cakap.. alah, macam tu. Tapi kalau dia kata, Datin Seri kata ... dia akan membuat timbul bibit-bibit..."mungkin ada".. Cara Ezam buat begitu adalah salah.Saya tak buat macam tu. Saya tak kata bahawa "jaga-jagalah suami saya" yang memberi konotasi bahawa suami saya macam tu. Tak ada, itu adalah fitnah semata-mata.Tak kanlah saya dengan anak enam…dah kahwin begitu lama cakap macam tu.

Agendadaily: Komen Datuk Seri.. Ezam kata dia berani bersumpah untuk membukti dia cakap benar?

Wan Azizah: Dia boleh sumpah apa dia nak sumpah. Saiful pun bersumpah. Najib pun bersumpah dia tak pernah jumpa Altantuya.Tak apalah. Dia nak sumpah dia punya pasal dengan Allah. Saya tak ada masuk campur. Jangan kaitkan nama saya untuk mengiyakan apa yang dia dakwa.

Berikut ialah komen Ezam ulas Wan Azizah :

“Saya gembira akhirnya Wan Azizah mengaku memang pernah menghubungi saya untuk ‘jaga’ suaminya.

Wan Azizah minta malam itu saya jangan keluar rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah…untuk pastikan Anwar tidak berdua. Permintaan itu sendiri menampakkan suasana panic Azizah ketika itu...kerana mana mungkin saya lakukan.Ini kerana tuan rumah adalah Anwar bukan saya. Rakyat sendiri nilailah apa sebenar maksud ‘jaga'…yang Azizah cuba remehkan sekarang apabila menjawab kenyataan saya

Saya sudah buat kenyataan, Wan Azizah juga sudah buat kenyataan. Saya serah kepada orang ramai menilai apa beliau kata.

Jelas jawapan Wan Azizah mahu lari daripada isu yang saya bawa dan tunjuk sikap sambil lewa.

Saya ingatkan Wan Azizah ini bukan soal antara dia dan suaminya sahaja. Ini soal serius dan babitkan rakyat dan ummah sebab suaminya mahu jadi pemimpin negara/Perdana Menteri. Kalau suaminya tidak rakus mahu jadi pemimpin, sayapun tak mahu campur hal perangai jijik suaminya.

Justeru itu saya ajak Wan Azizah demi negara mari bersumpah secara Islam untuk buktikan siapa yang benar. Dia boleh pilih ulama dan masjid mana dan cara mana yang beliau mahu dan lebih baik pada bulan Ramadhan kita selesaikan.

Saya tahu Wan Azizah tidak boleh lari daripada tanggungjawab.Kita faham posisinya sebagai isteri dengan suami untuk beliau pertahankan tetapi sebagai dia tidak boleh biarkan suaminya fitnah orang lain seperti Datuk Seri Najib, polis, hakim, peguam dan saya kononnya konspirasi kerana dia tahu itu semua fitnah suaminya untuk tutup kelemahan. Wan Azizah tidak sepatutnya subahat dengan fitnah".

Sumber : Agenda Daily

Penang Wasabi..

Monday, August 9, 2010

'Contohi Khalifah Umar hanya drama'!

Dakwaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang kononnya mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pentadbiran diumpamakan seperti sebuah drama. Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Mohamed Ghani Abd. Jiman berkata, dakwaan tersebut merupakan satu pembohongan besar kepada rakyat.

"Khalifah Umar Abdul Aziz tidak pernah sekat rakyat mencari rezeki sebaliknya akan bantu semua orang dan hanya menghalang perbuatan yang melibatkan maksiat seperti arak serta judi.

"Namun, Guan Eng yang kononnya mencontohi Khalifah Umar hanya sebuah drama saja, ia satu pembohongan besar kepada rakyat," katanya kepada pemberita ketika mengetuai kira-kira 200 orang yang berhimpun bagi membantah tindakan kerajaan negeri menghalang peniaga Melayu beroperasi di Bazar Ramadan Komtar di sini hari ini.

Mingguan Malaysia semalam melaporkan, pihak pengurusan Komtar, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan Jumaat lalu tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan kelmarin. Sehubungan itu, jelas Mohamed Ghani, beliau mendesak pemimpin tertinggi Islam parti pembangkang seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menilai sendiri sikap kerajaan negeri yang diterajui DAP terhadap orang Melayu.

"Kami mahu Presiden Pas datang ke Pulau Pinang, tengok sendiri apa yang telah dilakukan DAP kepada orang Melayu. "Adakah parti Islam seperti Pas mahu terus bersekongkol dengan parti sebegini yang jelas menzalimi orang Melayu Islam?" tegasnya. Menurutnya, beliau baru menerima surat daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk duduk berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh peniaga terbabit.

Penang Wasabi..

Sunday, August 8, 2010

Jangan mudah mengkafirkan sesama Islam!





















Oleh kerana UMNO bekerjasama dan menjalinkan persahabatan dengan parti-parti yang bukan Islam seperti MCA dan MIC dalam memerintah Negara, maka PAS telah mengambil peluang ini dengan membangkitkan satu isu mengkafirkan ahli ahli UMNO. Isu ini tersebar luas terutama di Kelantan dan Terengganu antara 1964 hingga 1986, kecuali semasa PAS berada dalam Barisan Nasional antara tahun 1974 hingga 1977.

Isu ini dibangkitkan oleh PAS berdasarkan sumber antara lain Al Quran, surah Al Imran ayat 28 yang bermaksud: "Jangan orang-orang yang beriman mengambil orang orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan Sesiapa yang melakukan (larangan) yang sedemikian maka tidaklah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri dari bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (orang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyaksi kamu) dan kepada Allah tempat kembali ".

Ayat-ayat ini dibaca dan diterjemahkan oleh orang-orang PAS tanpa diberi penjelasan yang tepat terutama mengenai sebab-sebab ayat itu diturunkan. Ini dilakukan semata-mata bertujuan untuk membuktikan bahawa ahli-ahli UMNO itu kafir kerana bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam, dan yang lebih mendukacitakan lagi ayat ayat itu juga diterjemahkan hanya sekerat sahaja ( Kecuali kami hendak menjaga diri daripada bahaya yang ditakuti dari pihak mereka ) ditinggalkan.

Kepada orang-orang Islam yang kurang berpengetahuan agama apabila mendengar dakwaan ahli-ahli UMNO kafir yang disertakan dengan ayat-ayat suci Al Quran sebagai bukti, mereka bersungguh sungguh mempercayai dakwaan itu, akhirnya timbullah perasaan was-was, curiga mencurigai antara satu sama lain sehingga membawa kepada peristiwa-peristiwa yang tidak diingini seperti membatalkan sembahyang dibelakang imam orang orang UMNO/Barisan Nasional, mengharamkan memakan daging sembelihan orang orang UMNO, membatalkan pernikahan imam-imam yang menyokong UMNO dan macam macam kejadian lagi.

Tujuan PAS membangkitkan isu ini, adalah jelas untuk menyekat orang orang Melayu/Islam daripada menyertai UMNO dan menyokong Barisan Nasional dalam pilihanraya- pilihanraya yang di adakan. Supaya PAS dapat meraih kemenangan diatas kerusi kerusi yang dipertandingkan.

Walaubagaimana pun kita bersyukur isu mengkafirkan ahli-ahli UMNO sekarang ini tidak begitu kedengaran lagi setelah PAS merobah haluan politiknya dengan menjalinkan kerjasama dengan Parti Semangat 46 dan DAP dan pemimpin pemimpin utama PAS sendiri telah mengisytiharkan bahawa kerjasama dengan DAP tidak bertentangan dengan akidah Islam. ( Rujuk ucapan Allahyarham Datuk Fadzil Noor di majlis ceramah politik di pejabat PAS Perlis 4hb Mei 1990 )

Sebenarnya percanggahan berlaku se-awal tahun 1990-an lagi. Kepimpinan Presiden Pas ketika itu, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah dianggap oleh pemimpin bawahan parti sebagai menyimpang daripada perjuangan Islam yang didukung oleh Abdul Hadi. Ini kerana Pas berkawan dengan orang-orang yang dianggap mungkar, yang pernah disifatkan oleh Abdul Hadi sebagai taghut. Dan mereka lantas mengingatkan Abdul Hadi kepada janjinya untuk memutuskan hubungan dengan Parti Melayu Semangat 46 ( Semangat 46 ) jika parti serpihan UMNO itu mengadakan pakatan dengan DAP.

Ketika itu Pas bukan hanya mempunyai pakatan dengan Semangat 46 tetapi sudah menjalinkan kerjasama secara langsung dengan DAP. Ini adalah imbauan awal. Walaupun ia tidak melibatkan soal hukum tetapi dasar parti sentiasa berubah-ubah hingga mengelirukan ahli dan ulama Pas sendiri. Sebagai contoh, bekas ahli jawatankuasa Lujnah Undang-Undang Pas Pusat, Suhaimi Said pernah berkata dalam tahun 1990 bahawa ulama Pas mesti berhenti daripada membuat pelbagai hukum dan fatwa yang mengelirukan ahli sedangkan hukum-hukum itu berubah-ubah tanpa menentu. “ Sekejap halal, sekejap haram, sekejap kafir dan sekejap tidak kafir,'' tegasnya.

Fatwa yang tidak menentu seperti itu bukan sahaja mengelirukan orang ramai tetapi ahli Pas berkecamuk sesama sendiri. Akhirnya timbullah pelbagai kumpulan dengan dasar serta pemikiran tersendiri sehingga tidak boleh dikawal lagi. Salah siapakah kiranya kesongsangan ini berterusan sehingga ke hari ini? Siapakah yang akan menanggung dosa sekiranya kesongsangan ini menyentuh dan merosakkan akidah?

Maka apa yang Suhaimi, yang juga bekas penasihat undang-undang Pas ketika itu mahu ialah Abdul Hadi menjelaskan kedudukan sebenar beberapa kekeliruan hasil daripada pelbagai fatwa yang dibuat oleh Pas, adalah tepat. Antara yang mahu dijelaskan ialah mengenai mengkafirkan orang UMNO, sembelihan orang UMNO haram, pernikahan yang dilangsungkan oleh jurunikah kerajaan ( ketika itu UMNO ) tidak sah dan perkuburan asing bagi orang UMNO dan Pas. Sampai sekarang masih lagi tiada jawapan yang diberikan oleh Abdul Hadi.

Lebih relevan dalam konteks hari ini ialah apabila Suhaimi juga berpendapat: ``Pas perlu menerangkan kedudukan parti apabila menuduh UMNO yang bekerjasama dengan MCA sebagai kafir. ``Ini kerana rakan dalam Angkatan Perpaduan Ummah yang disertai oleh Pas, iaitu Semangat 46 telah bekerjasama dengan DAP. Adakah ia dianggap sebagai kafir juga?'' Semua persoalan ini mungkin berlaku lebih 18 tahun dahulu dan isu mengkafirkan UMNO berlaku seawal tahun 1986 lagi tetapi ia tidak bererti `rekod lama' ini tidak diputarkan semula hari ini, lebih-lebih lagi dalam selepas pilihan raya umum ke -12 yang lepas dan juga pilihanraya-pilihanraya yang akan datang.

Pada 2-4-2008 yang lalu di Hulu Terengganu, kita dikejutkan pula dengan berita seorang bapa enggan menjadi wali dimajlis pernikahan anaknya kerana perbezaan politik. Dalam hal ini siapa yang harus dipersalahkan? Masih lagi Abdul Hadi membisu seribu bahasa.

Tetapi dalam konteks hari ini dan demi menyelamatkan akidah orang Islam, khususnya para pengikut Pas yang tidak mampu berfikir dan bersikap `apa yang dikatakan oleh tok guru adalah betul,' maka Pas – Abdul Hadi dan Nik Aziz perlu menjawab soalan Suhaimi yang mahukan penjelasan mengenai kedudukan parti itu berhubung tuduhan yang menganggap UMNO yang bekerjasama dengan MCA dan MIC sebagai kafir.

Adakah hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC sahaja termasuk dalam kategori tuduhan Pas iaitu kafir tetapi Pas yang mengadakan kerjasama dengan DAP dan Keadilan dalam Pakatan terbaru iaitu Pakatan Rakyat dikecualikan?

Orang Melayu tak akan lupa apabila Abdul Hadi berpelukan dengan Lim Kit Siang, pemimpin yang secara terbuka menentang penubuhan negara Islam Pas. Adalah malang bagi pengikut parti itu yang mempercayai fatwa seperti ini, yang hanya bermatlamatkan politik dan kejayaan dalam pilihan raya.

Di dalam kitab Mafahim (Kefahaman-kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan) Al-Allamah Dr. Sayyid Muhammad ibn Alawi al-Maliki telah memperjelaskan fahaman tentang pelbagai isu agama yang menjadi pertikaian oleh sebahagian orang seperti tabarruk, tawassul, ziarah kubur dan seumpamanya.

Ada yang sampai ke tahap menuduh syirik dan mengkafirkan sesama Islam kerana isu-isu ini. Oleh itu pengarang kitab ini memulakan tulisannya dengan memperbetulkan semula kefahaman dalam hal menghukum kafir sesama Islam. Beliau menegaskan bahawa, ramai orang telah salah faham - semoga Allah SWT memperbaiki dan menunjukkan mereka jalan yang benar - tentang sebab-sebab sebenar yang mengakibatkan seseorang itu terkeluar daripada Islam dan wajib dihukum sebagai kafir.

Mereka kelihatan begitu mudah dan terburu-buru menghukum kafir ke atas saudara seagama hanya kerana wujudnya percanggahan pendapat dengan mereka, hinggakan hanya sedikit sahaja kaum Muslimin yang berbaki di muka bumi ini. Walau bagaimanapun, kita memandang sikap keterlaluan mereka dengan baik sangka. Kemungkinan, niat mereka baik - demi menjaga kemurnian ajaran Islam daripada perbuatan syirik melalui konsep amar makruf dan nahi mungkar.

Namun, mereka lupa, amar makruf dan nahi mungkar perlu kepada sikap berhikmah (bijaksana) dan peringatan yang baik. Jika ada yang perlu didebatkan sekalipun, haruslah dilakukan dengan cara terbaik, sebagaimana firman Allah SWT: Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad!) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. (al-Nahl: 125)

Cara ini lebih mudah diterima dan menghasilkan apa yang diharapkan. Adapun menyanggahi cara ini, merupakan suatu kesilapan dan kebodohan. Oleh itu, apabila kamu mengajak seseorang Muslim yang mendirikan solat, melaksanakan apa yang difardukan oleh Allah SWT, menjauhi segala yang diharamkan-Nya, menyebarluaskan dakwah Islam dan aktif memakmurkan masjid kepada perkara-perkara yang pada pandangan kamu adalah benar, tetapi pandangannya berbeza dengan pandangan kamu, dan pandangan ulama mengenainya masih belum disepakati sejak dahulu hingga sekarang.

Maka dia enggan menurut pandangan kamu, lalu kamu melemparkan tuduhan "kafir" kepadanya hanya kerana beberapa perbezaan pendapat, maka sebenarnya kamu telah melakukan sebesar-besar kemungkaran dan perbuatan yang dilarang keras oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Maka kamu diseru supaya melaksanakannya dengan jalan yang berhikmah dan baik.

Al-Allamah al-Imam Sayyid Ahmad Masyhur al-Haddad RA mengatakan, "Sesungguhnya telah ditetapkan oleh ijmak ulama larangan mengkafirkan seseorang ahli Kiblat; kecuali jika dia mengingkari Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Berkuasa, atau melakukan perbuatan syirik secara terang-terangan yang tidak perlu lagi diandaikan takwilannya, atau mengingkari kenabian Nabi Muhammad SAW, atau mengingkari sesuatu yang telah pasti kebenarannya dalam agama, atau mengingkari suatu masalah atau hadis mutawatir (yang telah pasti kesahihannya), atau pun sesuatu yang telah disepakati oleh ulama."

Dalam ajaran Islam, ilmu agama yang diketahui secara pasti (kebenarannya) itu; seperti masalah tauhid, kenabian, sempurnanya risalah dengan perutusan Nabi Muhammad SAW, kebangkitan semula pada hari Kiamat, hisab, pembalasan pada hari Kiamat, syurga dan neraka. Jika seorang Muslim mengingkari hal-hal seperti itu, maka dia dinilai sebagai kafir. Tiada keuzuran bagi setiap Muslim untuk tidak mengetahui perkara-perkara asas seperti itu, melainkan bagi orang-orang yang baru memeluk agama Islam. Mereka dimaafkan sehinggalah mereka mempelajarinya, dan selepas itu mereka tidak boleh dimaafkan lagi jika mengingkarinya.

Manakala hadis mutawatir ialah khabar atau hadis yang diriwayatkan oleh sejumlah perawi yang dipercayai dan tidak mungkin melakukan pembohongan, yang (diterima) daripada sejumlah perawi seperti mereka; baik dari aspek isnad (rangkaian orang yang meriwayatkannya) mahu pun tabaqat (ramainya bilangan perawi).

Adapun isnad, seperti hadis: "Sesiapa yang melakukan pembohongan ke atasku, maka dia menyiapkan tempat duduknya di dalam neraka."

Manakala dari aspek tabaqat (mutawatir pada setiap peringkat) seperti mutawatir-nya al-Quran. Al-Quran itu mutawatir tanpa ada had; baik di timur mahupun di barat; dalam mempelajari, membaca, mahupun menghafaznya, yang diterima dan diriwayatkan daripada sekelompok yang banyak kepada kelompok yang banyak, daripada satu generasi kepada generasi yang lain. (Oleh kerana terlalu ramai perawinya sehingga tidak terkira), maka al-Quran tidak memerlukan kepada isnad.

Kadang kala, mutawatir itu berlaku pada amalan dan pewarisan; seperti amalan sesuatu semenjak zaman Nabi Muhammad SAW sampai sekarang, diamalkan dan dipraktikkan, serta tiada sesiapa yang mengingkarinya (khususnya ulama).

Kadang kala, terjadi mutawatir dari segi ilmu seperti mutawatirnya mukjizat Nabi Muhammad SAW. Meskipun sebahagiannya ada yang diriwayatkan secara ahad (individu), tetapi secara umumnya ia dapat dinilai mutawatir dengan ilmu pengetahuan setiap Muslim.

Sesungguhnya menghukum seseorang Muslim itu kafir bukan pada perkara-perkara yang telah kami terangkan di atas, adalah suatu yang amat bahaya. Dalam hadis, Rasulullah SAW menegaskan: Jika seseorang berkata kepada saudaranya, "Wahai kafir!" Maka kekafiran itu akan kembali (menimpa) kepada salah seorang di antara keduanya. (riwayat Imam al Bukhari daripada Abu Hurairah RA)

Kesimpulannya, pengarang kitab ini benar-benar mengingatkan kita, supaya berhati-hati daripada sembarangan melabel orang lain sebagai kafir bukan pada tempat-tempat atau perkara-perkara yang telah dijelaskan sebelum ini, kerana perbuatan seperti itu mengandungi bahaya yang amat besar. Hanya Allah SAW sahajalah yang dapat menunjukkan jalan yang lurus, dan hanya kepada-Nya kita semua akan dikembalikan.

Semua imbauan masa lalu, masa kini, fatwa politik Pas, percanggahan antara pemimpin, kenyataan-kenyataan keras terutamanya yang melibatkan maruah orang dan akidah pengikut, perlu direnung untuk menentukan adakah Pas masih mahu terus direlevankan? Lebih penting masih adakah kredibiliti dalam perjuangan politik dan dasar memperjuangkan Islam? Jawapannya ditangan anda semua. Tepuk dada, tanya selera.
Wallahuallam.

Penang Wasabi..