~ PENANG WASABI ~

FEEL THE HEAT

Monday, March 29, 2010

MATLAMAT MENGHALALKAN CARA!

Sebenarnya Anwar telah merancang komplot menembusi dan merampas kepimpinan UMNO melalui ‘projek usrah’ bersama kroni dan kuncu-kuncunya dalam ABIM dan PKPIM serta badan belia dan pelajar di UM, UTM, USM dan IPT lain yang disokong oleh pensyarah-pensyarah anti-establisment, anti-kerajaan, yang bersedia bersekongkol dan diperalatkannya, sejak tahun 70-an lagi.

Pengisytiharan jihadnya menentang rasuah, kezaliman, melalui demonstrasi di UM, di Baling, di Kedutaan Amerika Syarikat, dengan slogan dan retorik anti-establishment, anti-kerajaan dan anti-UMNOnya serta mengecam ‘social decadence’ dan budaya kuning, isu penindasan kaum Muslim di Pattani oleh Kerajaan Tun Thanum Titikachorn sekitar awal tahun 70-an adalah sebagai strategi pancingan semata-mata untuk mengabui mata pemimpin Kerajaan ketika itu.

Dalam hati nuraninya Anwar menyedari dirinya sendiri seorang psuodo-Islamik dan psuodo-Nasionalis – Melayu celup, ulamak celup, kerana beliau sendiri tidak pernah pergi sekolah agama bagaimana mahu menjadi ulamak.

Beliau mengetahui beliau adalah lebih rakus lagi dari orang yang dituduhnya rakus, mampu bertindak lebih rasuah dari mereka yang dikecamnya rasuah. Cuma jauhari kenal manikam dan bila beliau didakwa di mahkamah, maka diulanglah semula episod retorik fitnah, kezaliman, kronisme dan nepotisme, walhal beliaulah semuanya itu seperti yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. dalam al-Quran (2:10) "Dalam hati-hati mereka ada penyakit, dan Allah tambah penyakit mereka itu. Bagi mereka itu adalah seksaan yang amat pedih, dengan sebab mereka telah berdusta".

RASIONALNYA: Anwar telah memulakan komplot mencabar kepimpinan Kerajaan melalui pengisytiharan ‘jihadnya’ dengan kroni NGOnya (ABIM, PKPIM dan lain-lain) menentang establishment melalui program ‘usrahnya’ adalah disebabkan beliau tidak ‘dapat’ (habuan material-cake) semata-mata.

Beliau berselindung di belakang isu-isu agama dan kebangsaan, kerana beliau sendiri sedar beliau ialah ulamak-celup dan Melayu-celup berlakon pura-pura alim dan memperjuangkan kemiskinan orang Melayu di Baling… cuma Nalla saja kenal Nalla dalam Anwar, maka berlakulah episod ‘solid grip’ Tivoli Villa.

Bila sudah ‘dapat’, beliau yang selama ini memakai baju malaikat, terbukti menjadi lebih terus dari mangsa yang ditentangnya. ‘Mengata orang, akulah yang lebih’, terbukti telah mewujud dan melahirkan kroninya sejak sebelum menjadi Menteri, kerana itu bersungguh-sungguh mahu menjadi Menteri Kewangan walhal di Universiti Malaya, sekadar lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera sahaja, tapi berlagak pandai dalam ekonomi dan kewangan.

Seperti firman Allah s.w.t.: ‘Jangan mengata orang lain kerana belum tentu kita lebih baik dari orang yang kita caci’, dan firmanNya lagi, ‘kalau diberikan satu tanggungjawab kepada yang bukan pakar mengenainya, tunggulah musibahnya’.

Bahawa orang ramai dan negara yang menanggung bencana akibat kezaliman, kerakusan dan tamak haloba kepimpinan kroni Uncle Sam yang ‘menentang’ kerana hendak dapat jadi ‘Agong’, hendak jadi Perdana Menteri, jadi Peguam Negara, jadi Menteri Dalam Negeri, jadi Ketua Polis Negara, jadi Menteri Kewangan, mengaut harta melalui kroni tajaannya.

Bila gagal dalam komplot merebut ‘kuasa’ tersebut, maka Anwar kembali dalam sarung ‘malaikatnya’dan Tun Dr. Mahathir jadi sasaran hati dan niat jahatnya yang luar biasa. Pemimpin semacam ini serta kroninya adalah amat bahaya, bukan saja kepada umat Islam di Malaysia tapi kepada tamadun Islam seluruh dunia, maka wajar ditolak dan dibuang dari UMNO.

Apakah Pas masih sanggup bermutaah dengan KeADILan yang tetap dibayangi oleh pengaruh Anwar? Tapi masalahnya Pas-KeADILan itu 2X5, sama-sama pengamal budaya politik " MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"! Wallahuallam.

Sumber : http://www.belantan.blogspot.com/

Penang Wasabi

Saturday, March 27, 2010

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat Anwar!

Kerajaan diminta menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tindak tanduk Ketua Pembangkang itu jelas menggugat keluhuran Perlembagaan, kedaulatan negara dan menghina mahkamah.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) berkata, walaupun kes liwat Anwar masih dalam perbicaraan, namun Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah bertindak menjaja kes itu ke seluruh negara bagi membentuk persepsi di kalangan rakyat bahawa beliau adalah mangsa konspirasi kerajaan.

Beliau berkata, apa yang dilakukan Anwar itu sangat berbahaya dan mampu mengancam keselamatan negara.

Katanya, ini ditambah pula dengan pendedahan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) baru-baru ini bahawa Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menjayakan rancangan 16 September.

''Oleh itu satu Suruhanjaya Diraja atau inkues atau membuka kertas putih perlu dilakukan. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kerana apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan bukti yang jelas.

'Terdapat dua pucuk surat yang masing-masing ditandatangani oleh Setiausaha Agung PKR iaitu Saifuddin Nasution bertarikh 12 Februari 2010 dan Datuk Sallehuddin Hashim 28 Julai 2008 menyatakan Anwar tidak bersalah yang disebarkan ke serata tempat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ibrahim berkata, berdasarkan dua pucuk surat yang diedarkan di semua tempat termasuk di masjid, PKR cuba membentuk satu persepsi kepada rakyat bahawa Anwar menjadi mangsa konspirasi sedangkan perbicaraannya masih lagi berjalan.

''Surat ini dikepilkan bersama dengan laporan perubatan milik pengadu kes, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang memberitahu seolah-olah tiada berlaku liwat antara mereka berdua. Apa makna semuanya ini? Apa tujuan Anwar sebenarnya menjaja surat berkenaan.

''Surat ini dicetakkan sebanyak satu juta salinan untuk disebarkan kepada rakyat termasuk di masjid-masjid. Ini bukti jelas. Anwar telah merosakkan sistem kehakiman negara," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, apa yang dihadapi oleh Anwar itu pernah dilalui oleh pemimpin terdahulu seperti bekas Ketua Pemuda UMNO, Allahyarham Datuk Idris Harun dan bekas timbalan menteri, Datuk Mokhtar Hashim.

''Walaupun kedua-dua mereka ini mempunyai pengaruh tetapi mereka merupakan pemimpin berjiwa besar kerana mereka tidak pernah menggunakan pengaruh untuk mengganggu perjalanan mahkamah,'' katanya lagi. Sementara itu, beliau menyelar sesetengah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu termasuk pemimpin pembangkang melabelkan NGO Melayu sebagai perkauman.

Beliau berkata, selama ini NGO Melayu tidak pernah mempersoalkan tindakan NGO bukan Melayu memperjuangkan hak mereka seperti mana yang pernah dilakukan oleh pihak Dong Jiao Zhong dalam isu pendidikan Cina.

''Untuk pengetahuan semua, perjuangan kita ini adalah mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan dan mengapa bila kita memperjuangkan hak kita sendiri kita dikatakan rasis. ''Kita tidak pernah pertikai hak orang lain tetapi apa yang kita lakukan ini adalah untuk mempertahankan hak kita sendiri. ''Mengapa mereka selalu mempersoalkan tindakan kita ini?'' katanya.

Penang Wasabi

Thursday, March 25, 2010

Polis akan soal Zulkifli Noordin!























Polis akan mengambil keterangan Anggota Parlimen Bebas Zulkifli Noordin berhubung pendedahannya di Dewan Rakyat semalam bahawa beliau ditawarkan ganjaran besar untuk memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata memandangkan ia satu maklumat terbaru yang diterima polis, siasatan lanjut akan dijalankan bagi memastikan sama ada pendedahan oleh wakil rakyat Kulim-Bandar Baharu itu benar atau tidak.

"Sebagai prosedur siasatan satu-satu kes, kita akan memanggil mereka yang bertanggungjawab mendedahkan perkara itu bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita pada sambutan Hari Polis Ke-203 di Pusat Latihan Polis yang turut dihadiri Perdana Menteri dan isteri.

Musa berkata sebarang maklumat yang ada termasuk pendedahan itu akan dinilai dan digunakan bagi meneruskan siasatan sehingga kes itu dapat diselesaikan.

Semalam Zulkifli, yang juga bekas anggota Parti Keadilan Rakyat, mendakwa ditawarkan ganjaran yang, katanya boleh menggoyahkan iman, oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Sebelum itu : Ganjaran lumayan fitnah PM, isteri!

Genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama, hari ini giliran Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) pula membuat pendedahan menggegarkan politik negara.

Beliau mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tanpa mendedahkan pihak terlibat, beliau berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Zulkifli berkata, ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman namun begitu beliau bersyukur kerana Allah melindunginya daripada terlibat dengan fitnah itu.

“Atas sebab ini juga saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes berkenaan kerana adanya gangguan daripada pihak ketiga yang menyebabkan mustahil bagi saya untuk terus bertindak secara profesional sebagai peguam membela bagi kes berkenaan.

“Kita perlu ingat takkanlah OKT-OKT (orang kena tuduh) tersebut sanggup dihukum mati di tali gantung kalau benar Perdana Menteri dan isterinya terlibat di dalam kes pembunuhan tersebut kerana saya sangat yakin pasti mereka akan dedahkan perkara itu jika ia benar,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Rabu lalu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila ‘memecahkan tembelang’ Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat ‘16 September’.

Zulkifli turut menegaskan, sebagai orang Islam semua pihak harus bersangka baik atau husnuzzan terhadap Perdana Menteri.

“Setahu saya Perdana Menteri telah melakukan sumpah menafikan pembabitan beliau dan setakat ini tidak ada antara kita yang berani bersumpah menafikannya.

“Oleh itu, bersangka baiklah sesama kita dan berpegang teguhlah kepada al-Quran. Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu jugalah kita tidak sepatutnya memfitnah orang lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, beliau sungguh hairan bagaimana segelintir yang mengaku Islam tetapi dengan mudah menuduh seorang Islam lain melakukan pembunuhan tanpa sebarang bukti dan keterangan.

“Lebih malang lagi fitnah orang bukan Islam boleh diterima sebagai bukti tanpa sebarang soal lagi. Orang seperti P. Balasubramanian telah diterima fitnahnya dengan sekadar membuat surat akuan sumpah dengan bayaran RM4.

“Namun begitu fitnah dan tohmahan tidak pernah dibangkitkan Balasubramaniam ketika memberi keterangan di mahkamah dan kepada pihak polis. Bagi saya dia hanya seorang oportunis yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia,” tambahnya.

Pada sidang Dewan itu, Zulkifli turut mendedahkan beliau pernah diminta mengaitkan anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang bernama Nadim dalam satu kes pembunuhan sekitar tahun 2004.

“Saya tidak lupa pada sekitar 2004, apabila saya diminta mengaitkan Yang Berhormat Padang Rengas dengan gunakan kes pembunuhan Darren Kang di mana anak Yang Berhormat bernama Nadim ditohmah terlibat dalam pembunuhan itu kerana kebetulan berada di lokasi pembunuhan.

“Sedangkan lima warga Thailand iaitu pekerja Restoran Uncle Don di Sri Hartamas kemudian telah didakwa, dibicarakan serta membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saya telah diminta mengaitkan Nadim dengan mereka,” katanya.

Sambil mengucapkan syukur, Zulkifli berkata, Allah sekali lagi menyelamatkannya daripada fitnah itu.

Katanya, beliau juga telah diarah dan diminta melaksanakan banyak perkara tidak betul yang ada di antaranya tidak dilaksanakannya.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada mereka yang menjadi mangsa kepada percaturan politik kotor ini. Saya berjanji akan berjumpa dengan mereka secara peribadi bagi memperbetulkan keadaan,” katanya.

Zulkifli mengingatkan kepada pihak tertentu agar tidak meletakkannya dalam keadaan yang memaksanya mendedahkan perlakuan mungkar yang berlaku.

“Kalau saya berbuat demikian, letupan besar yang dibuat oleh Yang Berhormat Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekadar ‘kentut yang sepi’. Begitulah kotornya mainan politik negara masa ini,” tambahnya.- UM.

Penang Wasabi

Sunday, March 21, 2010

Anwar Memang kaki Putar Alam!

Pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim mengenai pembohongan pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim berkaitan rampasan kuasa pada 16 September 2008, menjadi bualan hangat.

Manakan tidak, dalam pendedahannya itu, Anwar mendakwa Yang di-Pertuan Agong memperkenankan beliau sebagai Perdana Menteri jika rancangan 16 September menjadi kenyataan. Anwar turut mengaitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyokong beliau ketika itu. Bekas Panglima ATM, Abdul Aziz Zainal menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai taktik kotor Anwar.

Berbohong apatah lagi menjaja nama Yang di-Pertuan Agong dan ATM adalah sesuatu yang amat serius. Kerana mengejar tampuk kuasa, Anwar sanggup berbuat apa sahaja. Ia tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar pemimpin. Kalau di negara Barat, pemimpin yang berbohong ditolak mudah oleh rakyat. Pemimpin mesti berintegriti.

Tetapi kita tidak terkejut dengan pendedahan itu. Cerita-cerita sebegitu, telah lama kita dengar daripada rakan-rakan seperjuangan Anwar dalam PKR yang bertindak meninggalkan beliau. Menurut mereka, Anwar seorang putar alam atau bermaksud suka berbohong. Salah seorang daripada puluhan bekas pemimpin PKR yang tahu sangat perihal Anwar ialah S. Nalakaruppan. Beliau tahu hal luar dan dalam tentang Anwar.

Bertanyalah juga kepada Ezam Mohd. Noor, Anuar Shaari dan ramai lagi tentang pembohongan serta pembawaan bahaya Anwar. Banyak persoalan berlegar tentang beliau, kata mereka. Ada tertanya-tanya tentang kekayaan Anwar selain musykil pihak manakah yang membiayai aktiviti parti. Ada pula yang musykil pendirian Anwar berkaitan gejala seks sejenis.

Orang yang putar alam, sangat licik dan tidak mudah mengalah. Agama dan bangsa juga sanggup dipertaruhkan. Jika melakukan kesalahan besar termasuk dari segi moral, dia akan memperlihatkan seolah-olah dia adalah mangsa. Kajilah sejarah para pemimpin dan personaliti yang putar alam. Mereka mungkin 'berjaya' buat seketika tetapi semuanya berakhir dengan penghinaan yang amat dahsyat pada kaca mata masyarakat.

Dalam pendedahan Zahrain, nampaknya penjelasan dan jawapan Anwar mengenai hal itu tidak menyakinkan. Malah Zahrain mencabar wakil rakyat PKR bersumpah menafikan ketua pembangkang itu banyak berbohong ketika menggerakkan misi 16 September.

Adakah mereka akan bersumpah kerana takut ditimpa bala kerana apa yang dikatakan oleh Zahrain memang benar. (Beberapa wakil rakyat BN yang cuba dipancing oleh Anwar turut mengesahkan perkara itu termasuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan Lajim Ukin.) Untuk mengharapkan Anwar bersumpah, beliau pasti tidak berani. Sama keadaannya keengganan beliau bersumpah laknat atau muhabalah sebagaimana dilakukan oleh Saiful Azlan Bukhari yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Terbaru, beliau berada di London dengan terus memfitnah UMNO bersikap rasis dan menjadi punca kepada ketegangan agama serta kaum. Khabarnya, Anwar akan menemui beberapa pihak dan pemimpin termasuk bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Al Gore bagi mendapat simpati dan campur tangan bagi kes mahkamahnya. (Sejak dipecat daripada kerajaan lebih 10 tahun lalu, beliau sentiasa menagih sokongan luar kononnya atas nama demokrasi dan kebebasan).

Kini, Anwar sedar bukti pasukan pendakwaan kuat. Peluang untuk beliau menang di mahkamah agak sukar. Apatah lagi sokongan rakyat terhadapnya berkaitan kes tersebut, merudum teruk. Rakyat tidak mahu lagi terheret dengan isu moralnya. Ternyata Anwar makin terdesak. Kegiatan lobi beliau di luar negara diperhebatkan termasuk menerusi rakannya seperti Raja Petra Raja Kamaruddin yang kini bersembunyi di United Kingdom. Anwar turut mendapat khidmat nasihat strategis dari Amerika Syarikat (AS) berketurunan Pakistan, Aasil Kazi Ahmad. Aasil juga telah meninggalkan Malaysia, baru-baru ini apabila kegiatan beliau diketahui.

Agak sedih kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah moden negara, ada pemimpin yang ghairah mendapatkan campur tangan luar bagi tujuan survival politik. Sebab itu kita boleh faham mengapa ramai yang melihat Anwar sebagai pengkhianat. Cabarannya apa lagi yang kita tidak tahu, yang perlakuan pengkhianatan itu mungkin lebih besar.

Orang seperti Anwar tidak kisah jika negaranya hancur sekalipun, asalkan matlamatnya tercapai. Menyelamatkan diri daripada kes salah laku seksnya adalah misi utama. Sebab itu, beliau tiada keberanian untuk bersumpah demi kebenaran.

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. Anwar telahpun mencuri harga diri rakyat serta kedaulatan negara. Persoalannya mahukah kita merelakan seorang putar alam dan menghadapi krisis moral terus diangkat menjadi pemimpin? Nauzubillah.

Penang Wasabi

Friday, March 19, 2010

Anwar didakwa tidak peduli nasib rakyat OKU di Permatang Pauh!

FAUZIAH Abdul Kadir menggunakan kerusi roda membawa kek coklat sebagai simbolik rasa kecewa terhadap pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan juga kerajaan Pakatan Rakyat di ruang legar Komtar, semalam.

Seorang wanita yang kudung kedua belah kaki mendakwa kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengabaikan kebajikan orang kurang upaya (OKU) sepertinya.

Beliau yang berasal dari Permatang Janggus, Permatang Pauh di sini turut mendakwa Ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak pernah datang menjenguk atau menghulurkan bantuan.

Berikutan perasaan tidak puas hati tersebut, Fauziah Abdul Kadir, 48 tahun, yang berkerusi roda, hari ini berkunjung ke Komtar untuk menyerahkan kek hari jadi sempena dua tahun pentadbiran pakatan pembangkang di sini kepada Guan Eng.

Kek coklat bulat yang tertera ‘2 tahun gelap di bawah pakatan’ ditulis dengan krim merah itu diterima Pembantu Khas kepada Ketua Menteri, Ong Beng Huat bagi pihak Guan Eng kira-kira pada pukul 3 petang.

Ketika ditemui pemberita, Fauziah berkata, dia bukan marah tetapi terkilan dan kecil hati kerana tiada siapa pun daripada pihak kerajaan negeri atau wakil rakyat tempatnya menghulurkan bantuan.

‘‘Saya kecewa kerana mereka langsung tidak mengambil tahu dan menolong OKU seperti saya, malah Anwar pun selama ini tidak pernah datang, bukan dia tidak kenal dan tidak tahu masalah saya,” katanya.

Beliau juga mendakwa pernah cuba untuk bertemu Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah tetapi gagal.

Fauziah berkata, buat masa ini dia hanya menerima bantuan sebanyak RM550 sebulan daripada Pusat Urus Zakat, namun jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung kehidupannya.

Ini kerana, dia yang menetap dengan ibu angkat di Permatang Tengah, Permatang Pauh perlu membayar sewa rumah RM300 sebulan dan pada masa sama terpaksa berulang alik ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan.

Penang Wasabi

Thursday, March 18, 2010

Teks Ucapan Penuh Dato' Seri Zahrain YB Bayan Baru di Parlimen !

Ucapan Penuh YB Bayan Baru di Parlimen pada 18 Mac 2010

Dato Yang Di Pertua,

Semalam saya telah mendedahkan suatu kebenaran yang terpendam begitu lama. Memang berhadapan dengan kebenaran itu sesuatu yang menyakitkan, 'the truth hurts'. Sebab itulah kita dapat melihat reaksi yang bagaikan chimpanzee didalam sarkis semalam. kerana kebenaran itu menusuk kalbu mereka.

Nasihat saya kepada mereka, terimalah kebenaran dengan hati terbuka. kalau saudara memilih untuk terus hidup dibawah sindrom penafian 'denial syndrome' itu adalah hak saudara. Tapi suatu ingatan daripada saya, kalau saudara memilih untuk hidup dibawah sindrom penafian kepada konspirasi pembohongan ini, kebenaran itu akan datang menghantui saudara dan menjadi suatu mimpi ngeri buat saudara kemudian hari nanti.

Sebenarnya saya memilih untuk membuat pendedahan ini kerana mereka memilih untuk memalukan dan mengaibkan saya serta keluarga. 'They hit below the belt' Mereka memilih untuk memfitnah dan membawa cerita palsu dengan niat untuk membunuh karektor dan peribadi saya. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali meneruskan fitnah dengan membuat kenyataan dua hari lepas bahawa proses pembersihan telah selesai dan PKR kini sebuah Parti yang bersih dari daki dan najis.

Saya ingin menegaskan bahawa memang Tuhan telah melakukan proses pembersihan didalam PKR. Memang kami yang bersih dan suci sudah dikeluarkan daripada PKR, yang tinggal didalam PKR sekarang hanyalah mereka yang berdaki dan najis sahaja. Saya nasihatkan Syed Husin supaya membaca buku SHIT tulisan sasterawan negara Professor Emeritus Dato' Shahnon Ahmad. Memetik kata-kata Dato' Shahnon Ahmad, apa yang tinggal didalam PKR hari ini hanyalah SHIT sahaja. Dan Hari ini, di dewan yang mulia ini, saya ingin mendedahkan SHIT tersebut supaya rakyat tahu dan tidak terus terpedaya dengan mainan politik silap mata PKR ini.

Pada 12 Februari 2010, saya terpaksa mengambil langkah berani berhijrah daripada PKR menjadi Ahli Parlimen Bebas tanpa ikatan kepada mana-mana Parti. Asas kepada penghijrahan ini adalah kerana keyakinan saya kepada perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat sudah diselubungi keraguan.

Keraguan saya adalah berdasarkan kepada landasan perjuangan Paktan Rakyat yang berteraskan reformasi dan pengubahan sudah menjadi agenda peribadi. Ini terbukti apabila pembohongan dan putar belit agenda 16 September terbongkar, agenda merampas Putrajaya 'at all cost' keghairahan mereka terhegeh-hegeh menghantar deligasi sandiwara dianggotai oleh YB Batu, YB Bukit Lanjan, YB Machang dan lain-lain ke Taiwan membontoti Ahli Parlimen Barisan Nasional demi melaksanakan agenda sempit mereka.

Saya masih teringat pada masa itu kami Ahli parlimen pakatan Rakyat diperkudakan, diperalatkan dan dipermainkan. Kami dibohongi kononnya jumlah Ahli Parlimen BN yang akan melompat sudah lebih daripada mencukupi. Saya masih ingat antara nama-nama yang disebut adalah seperti YB Kalabakan, YB Kimanis, YB Kinabatangan, YB Tawau, YB Sepanggar, YB Batu Pahat termasuk YB Jerantut dan YB Gua Musang dan lain-lain. Malahan salah seorang Timbalan Speaker dikatakan akan sama melompat ke PKR.

Yang Di Pertuan Agong dikatakan sedang menunggu di Istana untuk mendapat pengesahan jumlah MP BN yang akan melompat dan memberi perkenan Tuanku untuk PR membentuk Kerajaan Persekutuan. Malahan yang Di Pertuan Agong dikatakan sudah berkenan dan merestui YB Permatang Pauh sebagai PM ke 6. Malahan nombor plate kereta pun sudah ditukar menjadi WMK 6! Kami disogok cerita kononnya Panglima ATM dan ATM juga memberikan sokongan pembentukan Kerajaan Persekutuan oleh PR.

Pada masa itu, kami Ahli-Ahli Parlimen PR khususnya PKR pada masa itu diarah berada didalam kawasan Parlimen untuk mengambil alih kuasa tersebut yang dikatakan akan berlaku bila-bila masa. Kami dibohongi kononnya salah seorang Timbalan Speaker akan mempengerusikan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadap Kerajaan Persekutuan dan menyokong PR mengambil alih Kerajaan Persekutuan. Begitulah sandiwara pembohongan 16 September yang menyebabkan akhirnya keraguan mengatasi keyakinan saya terhadap perjuangan PKR, 'doubt has overtaken my faith'.

Keyakinan saya terhadap perjuangan PR hancur berkecai apabila melihat amalan politik sempit yang ditunjukkan oleh kepimpinan YB Bagan, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang. YB Bagan ini adalah pemimpin DAP yang sama yang dihambat dan ditendang keluar oleh DAP Melaka. ( YB Kota Melaka tentu tahu kisah ini ). Sehingga terpaksa merempat ke negeri lain, iaitu Pulau Pinang. Makin hari makin terserlah sikap diktatorial, chauvinis, ekstremis, anti islam dan berfikiran ala komunis beliau. Dahulu slogannya ' malaysian Malaysia' tetapi apabila slogan itu menjadi propaganda bankrap yang ditolak rakyat, slogan baru " Middle malaysia" pula dikompangkan. Slogan bertukar kulit, agenda jahatnya tetap sama!

Slogan baru ini jelas membuktikan agenda perkauman sempit yang dibawa oleh YB Bagan. Nasib bangsa Melayu dan umat Islam terpinggir dan semakin teraniaya. Bukan sahaja golongan bawahan dan marhaen teraniaya, malahan institusi Islam juga dipermainkan. Bukan sahaja institusi seperti Pusat Zakat menjadi mangsa politik chauvinis mereka, malahan cubaan membatalkan sambutan perarakan maulidurasul membuktikan sikap anti Islam yang menebal dibawah kepimpinan YB Bagan.

Namun YB Bagan bukan sahaja gagal menjawab teguran dan kritikan saya, sebaliknya memilih untuk melemparkan fitnah dan tomahan yang jahat terhadap saya dan ahli keluarga, kononnya terlibat didalam tender Kelab Golf Bukit Jambul melalui syarikat bermodal RM2 yang anak saya kononnya mempunyai kepentingan. Saya telah pun mengarahkan peguam saya supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap dia.

Dan yang paling malang, tindak tanduk diktatorial, chauvivis, ekstremis, anti Islam dan ala komunis YB Bagan mendapat sokongan daripada YB Permatang Pauh, seorang pemimpin Melayu yang kononnya menjadi juara Islam, Juara Keadilan dan juara segala juara.

Dan sikap YB Permatang Pauh ini telah mengembalikan ingatan saya kepada lipatan sejarah yang lalu. Kini saya menyedari bahawa kita, rakyat dan negara ini berdepan dengan manusia yang bertopeng pelbagai watak raksaksa pelbagai wajah. Ini juga watak yang sama yang menyokong pemecatan mantan ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas pada tahun 1988 yang membawa kepada kehancuran badan kehakiman. Dan inilah badan kehakiman yang mempertikaikan kewibawaannya oleh YB Permatang Pauh hari ini. Alngkah Ironisnya, bagaimana roda keadilan berputar, dahulu beliau bertindak menzalimi badan kehakiman, kini beliau pula mendendangkan lagu dizalimi oleh institusi yang beliau zalimi.

Kita tidak lupa inilah juga wataknya yang membiarkan Almarhum Datuk Mufti Selangor Dato Ishak baharom dipecat, dan hari ini mendabik dada kononnya dia mahu memperkasa Institusi Islam dan jangan lah kita lupa inilah orangnya yang semasa berkuasa dahulu menggelar sahibul fadilah Tok Guru Nik Aziz, Murshidul Am PAS sebagai ulama terompah!

Inilah orangnya yang menjadi Hang Tuah membinasakan Institusi Raja-Raja Melayu apabila kekebalan Raja-Raja Melayu berbangkit tahun 1980an. Dan hari ini kononnya mahu mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu.

Sejarah tidak berbohong, dan sejarah akan membuktikan bahawa kita sedang berdepan dengan seorang manusia yang sanggup berbuat apa sahaja untuk mencapai matlamatnya. Political expediency at all cost. Putrajaya sudah menjadi seperti milik mutlaknya, tetapi saya yakin Putrajaya akan berubah menjadi mimpi ngeri beliau.

Saya cukup yakin keputusan saya meninggalkan PKR dan berhijrah adalah tepat dan benar. Saya tidak mahu sejarah menghukum saya kerana tidak berbuat apa-apa dalam keadaan ini. Saya tidak mahu generasi akan datang melihat saya sebagai sebahagian daripada gerombolan yang menjahanamkan dan merosakkan negara, bangsa dan agama saya.

Dato Yang DiPertua, Yang Di Pertuan Agong dalam titah ucapan baginda melahirkan kedukacitaan tentang perbuatan fitnah, pembohongan dan putar belit fakta terutamanya dalam media baru termasuk media portal.

Saya menyokong penuh titah Tuanku ini dan ingin menegaskan bahawa titah Tuanku itu sebenarnya ada kaitan dengan sikap political expediency at all cost ini yang tidak terhenti kepada politikus-politikus bertopeng ini, malahan menular ke mouthpiece mereka iaitu media portal MalaysiaKini. Saya menyaksikan sendiri bagaimana perbuatan politik bertopeng pelbagai wajah ini memperkudakan media portal untuk agenda jahat mereka.

Baru-baru ini saya telah terpilih mengikuti rombongan lawatan kerja deligasi Parlimen Malaysia ke Washington DC untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia - Amerika termasuk menambah baik hubungan dagangan Malaysia-Amerika. Ini termasuk lawatan ke Kongres, Senat dan US Trade Representative dan menghadiri forum tertutup yang dianjurkan oleh CSIS ( Centre For Strategic & International Studies ) Amerika Syarikat.

Saya sangat terkejut apabila penganjur daripada CSIS memaklumkan kepada kami bahawa ada menerima panggilan dari seorang pembantu khas YB Permatang Pauh bernama Aasil Kazi Ahmad yang meminta pihak penganjur CSIS membatalkan forum tersebut. Ini adalah kerana selama ini YB Permatang Pauh telah memonopoli sebarang pertemuan dengan pihak Amerika dan menentukan apa jenis maklumat yang boleh disampaikan kepada pihak pentadbiran Amerika. Namun senario ini berubah dengan usaha gigih YB Rompin merangkap Duta Besar yang baru Ke Amerika dan YB padang Rengas Menteri di JPM. Usaha ini telah berjaya memecahkan topeng politik mereka.

Dato Yang DiPertua, setahu saya Aasil ini adalah salah seorang pembantu khas YB Permatang Pauh yang bekerja di Pejabat Ketua Umum PKR di Ibu Pejabat PKR. Beliau juga adalah salah seorang 'spin doctor' bagi mereka khususnya bagi perhubungan luar dan antarabangsa mereka. Saya mendesak KDN untuk menyiasat watak bernama Aasil ini. Apakah dia mempunyai permit bekerja dalam negara ini, dan sama ada beliau sebenarnya antara dalang-dalang antarabangsa yang memainkan peranan menggugat kestabilan negara. Saya mengesaki Aasil adalah warga Amerika keturunan Pakistan, seorang warganegara asing yang pada saya adalah pengkhianat bagi negara ini. Bagi saya Malaysia tidak memerlukan pengkhianat asing seperti ini. Saya mendesak supaya KDN mengambil tindakan tegas dengan menghalau watak pengkhianat seperti ini.

Selanjutnya semasa forum tertutup tersebut, hanya wakil media dari MalaysiaKini yang datang dari San Francisco dibenarkan oleh penganjur hadir membuat liputan. Apa yang mengejutkan saya, laporan awal mengenai forum tersebut tidak pula dilaporkan dalam MalaysiaKini, sebaliknya muncul dilaman portal kononnya dimiliki oleh Raja Petra, seorang fugitive yang bankrap yang kini didalam pelarian. Ini adalah laman web yang sering dipergunakan oleh pimpinan PR untuk melempar fitnah terhadap sesiapa yang menjadi sasaran mereka, terutamanya yang tidak sehaluan dan tidak menyokong mereka secara membabi buta. Ternyata laporan awal wakil MalaysiaKini disalurkan kepada Raja Petra untuk dicanaikan dahulu!

Dan laporan mengenai forum berkenaan, yang disiar dilaman portal milik Raja Petra tersebut sarat dengan fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.

Sehari dua selepas itu, lamanweb malaysiaKini pula menyiarkan laporan mengenai forum tersebut dengan memetik daripada laman web milik Raja Petra tersebut, tetapi tanpa fitnah, pembohongan dan putarbelit fakta.

Ini jelas membuktikan MalaysiaKini dan Raja Petra bersekongkol 'hand in glove' dengan pemimpin PR untuk melakukan putarbelit laporan dan character assassination terhadap sesiapa juga yang menjadi batu penghalang kepada impian mereka merampas Putrajaya at all cost.

Saya yakin dengan teguran Tuanku tepat pada masanya, dan saya menyokong penuh. saya mendesak Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan menyeluruh dan mendalam terhadap kedua-dua laman portal MalaysiaKini dan Raja Petra, terutamanya samaada mereka menerima pembiayaan kewangan daripada politikus-politikus bertopeng ini.

Saya ingin mendedahkan bahawa sebenarnya Raja Petra ini hanyalah barua politikus-politikus bertopeng ini. Beliau ini hanyalah bertindak sebagai ghost writer, penulis berhantu sahaja. Penulis hantu sebenarnya adalah mereka yang menjadi mercenary writer- penulis-penulis upahan yang dibayar oleh mereka. Dan saya tahu Raja Petra kini dilindungi disebuah kediaman mewah di London milik pemimpin kanan PKR. InsyaAllah tiba masa yang sesuai saya akan dedahkan siapa dalang yang membiayai penulis-penulis hantu ini.

Saya ingin menyatakan bahawa saya kenal pasti salah seorang penulis MalaysiaKini iaitu Terence Netto adalah penulis upahan mereka yang menjadi spin doctor kepada politikus bertopeng ini. Ini adalah golongan yang mengamal politik jijik dan kotor, dasar matlamat menghalalkan cara yang akan menyebabkan pengasas fahaman 'Machiavelli' boleh mati terkedu. Ini kerana Machiavelli merumus dasar matlamat menghalalkan cara untuk kepentingan dan kebajikan rakyat. Sebaliknya para politikus bertopeng ini menyalahgunakan dasar tersebut untuk mencapai agenda sempit kepentingan manfaat peribadi mereka.

Dato Yang Di Pertua, saya menjemput Dato dan mereka yang berminat untuk membaca semua tulisan Terence Netto ini dan membuat penilaian sendiri tetapi saya yakin tiada rumusan lain yang akan dapat dibuat melainkan bahawa Malaysiakini, Raja petra, terence Netto adalah barua-barua dan penulis hantu kepada politikus-politikus bertopeng ini.

Saya mendesak supaya Suruhanjaya Multimedia dan SPRM untuk menyiasat penulis upahan Terence Netto dan dalang-dalang dibelakang beliau. Negara ini tidak memerlukan manusia bertopeng seperti ini.

Dato Yang Di Pertua, teguran YDP Agong hendaklah diambil dengan serius. Saya mengingatkan diri saya dan rakyat negara ini bahawa jika tiada sebarang tindakan serius diambil terhadap mereka ini, percayalah bahawa budaya fitnah memfitnah akan tumbuh subur dan mekar dalam negara tercinta ini dan janganlah kita menyesali kelak apabila budaya ini menjadi lumrah dalam masyarakat kita. Sekiranya budaya ini berterusan, saya yakin itulah petanda kepada kehancuran tamadun dan peradaban negara Malaysia yang tercinta ini.

Dato Yang Dipertua, saya mengambil kesempatan ini menegur pimpinan Kerajaan BN. Saya melihat keupayaan pimpinan PR menjalankan kegiatan memburukkan dan menghasut negara asing supaya membenci negara kita adalah kerana kelemahan dan kegagalan kerajaan untuk menangani masaalah tersebut dengan serius dan terancang.

Contohnya, saya melihat perwakilan Malaysia diluar negara seperti Duta dan Diplomat gagal menjalankan peranan untuk membuat program penerangan yang jelas dan berkesan. Ada yang mengambil sikap tugasan mereka sekadar satu kerja mencari makan. Habis waktu pejabat habislah tugas mereka. Saya percaya ramai para duta dan diplomat yang agak profesional dan pakar dalam tugasan mereka. Namun begitu kekadang mereka 'overlook' kepentingan politik dan impak sesuatu isu kepada negara.

Jadi saya mencadangkan kepada Kerajaan supaya menilai semula strategi dan kaedah lantikan para duta dan perwakilan Malaysia ke luar negara. Terutamanya ke negara-negara kritikal seperti Britain, Australia, Turki, Indonesia, India dan negara Timur tengah. Saya mencadangkan agar kerajaan melantik ahli politik berpengalaman sebagai Duta malaysia ke negara-negara kritikal ini. Saya melihat bagaimana keputusan melantik YB Rompin sebagai Duta Besar Malaysia Ke Amerika Syarikat membawa kesan yang positif dalam menangani masaalah ini.

Saya tidak bermaksud untuk memperkecilkan para Diplomat kita. Saya sedar dan insaf ramai dikalangan mereka telah berjaya mengukir nama sebagai Diplomat yang hebat dan profesional. Nama seperti Tan Sri Razali Ismail adalah contoh yang pernah mengharumkan nama negara dipersada antarabangsa. Namun saya berpendapat bahawa di negara-negara kritikal ini, seorang Duta yang mempunyai pendedahan dinamik dunia politik tempatan khususnya akan dapat memainkan peranan lebih efektif.

Akhirnya YB Tan Sri Speaker, saya mengalu-alukan titah diraja YB TS Speaker, saya mengalu-alukan titah diraja Yang Di Pertuan Agong yang pada saya memberi suatu garis panduan dan halatuju yang positif untuk dijadikan sebagai wadah untuk kerajaan melaksanakan dasarnya demi kebaikan dan kebajikan rakyat dan negara ini.

Sekian, Terima Kasih

Saya pohon menyokong.

Penang Wasabi

Monday, March 15, 2010

PULAU PINANG DALAM BAHAYA , IA AKAN TERLEPAS MACAM SINGAPURA !

Para pemimpin utama negara ini terutama yang terdiri dari bangsa Melayu hendaklah menumpukan perhatian serta merta kepada negeri kita Pulau Pinang ,salah sebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu asalnya dan kini dalam Persekutuan Malaysia.

Mari kita segera melupakan kegilaan para pemimpin DAP, Keadilan dan PAS, kerana mereka kini sedang membuat lakonan untuk menarik perhatian Kerajaan Barisan Nasional terutamanya para pemimpin UMNO untuk mengaburi mata semua orang ; sedangkan pada masa yang sama mereka kini bertungkus lumus untuk menghapuskan kuasa Melayu di negeri Pulau Pinang buat selama-lamanya.

DAP Pulau Pinang kini memulakan usaha ‘rezoning’ atau mengezon semula atau membuat garis persempadanan semula semua penempatan penduduk Pulau Pinang. Rancangan di sebalik itu ialah menjadikan semua kawasan majoriti pengundi Melayu berpecah menjadi secil-kecil dan tidak ada suara majoriti di semua tempat.

Untuk ini orang Melayu akan dipindahkan dalam bentuk kumpulan –kumpulan kecil dan diletakkan ketengah-tengah kawasan pengundi Cina . Manakala para pengundi Cina pula dalam bentuk kumpulan yang besar dipindahkan kekawasan penduduk Orang Melayu untuk menjadikan bilangan mereka melebihi bilangan penduduk Melayu. Cara ini bila pilihanraya nanti semua calon DAP dan pakatan mereka akan menang mudah. Cara inilah yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew di Singapura sebaik saja dia keluarkan dirinya dari Persekutuan Malaysia pada tahun 1965 lalu.

Semasa saya mula keluar dari Universiti Malaya dan melapur diri bertugas dengan Kumpulan Akhbar Utusan Melayu pada awal tahun 1981, saya dihantar ke Biro Selatan Utusan di Johor Bharu, dengan tugas khusus masuk ke Singapura setiap hari membuat sebarang laporan berita di sana.

Kebetulan masa itu Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura sedang melakukan kerja-kerja ‘Rezoning’ penduduk Melayu ditahap kemuncak sekali iaitu memecahkan kawasan-kawasan penduduk Melayu di Gaylang Serai , Kaki Bukit, Tanjung Katong , Kalang, Kampung Ubi , Kampung Kandang Kerbau, Bedok, Arab Street dan lain-lain. Rancangan Lee Kuan Yew ini amat berjaya, kerana selepas itu tidak seorang pun orang Melayu yang boleh bertanding mewakili penduduk Melayu, kerana mereka sudah dipisahkan dalam kelompok yang amat kecil ketempat-tempat berjauhan .

Dalam isu ini semua orang Melayu di Singapura membantah dan saya membuat laporan dan disiarkan secara meluas setiap hari segala bantahan itu ke dalam akhbar Kumpulan Utusan Melayu, tentang bantahan ketua-ketua Masyarakat Melayu, termasuk ketua –ketua persatuan penduduk, pertubuhan-pertubuhan belia, pelajar, Pertubuhan Kebajikan di setiap kampong dan persatuan-persatuan khairat kematian di setiap masjid di Singapura.

Kerja dan tugas saya yang diarahkan dari Kuala Lumpur menjadi mudah dengan pertolongan dan kerjasama dari rakan-rakan saya para wartawan di Singapura sendiri terutamanya wartawan dari Kumpulan Straits Times Singapore yang membawa jalan untuk menemui pihak-pihak berkenaan di Republik itu.

Bagaimanapun saya terkejut besar, bila satu pagi, sebaik saja saya tiba di tempat wartawan Singapura selalu minum-minum , seorang wartawan Berita Harian Singapura Noryati Duriat berkata kepada saya ; “Zid, Che gu talifon saya malam tadi katanya, Noryatri, tolong tanyakan pada Yazid ,dia suka tak Orang Melayu jadi Menteri di Singapura ini, kalau dia suka, tolong jangan datang jumpa saya dan tolong jangan menalifon saya lagi..kalau tidak saya akan diberhentikan dari jawatan ini..”

Che Gu yang yang dimaksudkan oleh Noryati itu ialah Menteri Hal Ehwal Masyarakat Singapura, Dr.Ahmad Mattar, di mana sebelum menjadi wakil rakyat dan menteri, beliau adalah seorang guru. wartawan Singapura bahasakannya Che Gu bila bercakap mengenainya atau bila bercakap dengannya.

Ertinya Lee Kuan Yew sudah pasang pengintip atau spy mengenai apa yang saya lakukan di Singapura beliau tidak suka , dan menteri kanan Singapura Dr. Ahmad Matar telah diberi amaran oleh Lee Kuan Yew agar tidak menemui atau bercakap melalui talifon kerana takut terlepas kepada saya sebarang maklumat tentang rancangannya untuk menghilangkan kuasa politik orang-orang Melayu di Singapura.

Seorang kenalan saya (bukan Melayu) dalam pentadbiran Lee Kuan Yew member isyarat jelas bahawa setiap kali saya melepasi Woodlands (sempadan utama selepas masuk ke Singapura melalui pintu Tambak Johor) ada sebuah kereta sentiasa mengekori ke mana saja saya berada .

Pada akhirnya, yang menjelaskan betapa saya tidak digalakkan masuk ke Singapura ialah, bila saya dikenakan peperiksaan 100% oleh anggota Polis Singapura satu hari sebaik saja saya tiba di laluan Imigresen Singapura di Woodlands itu, tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Alhamdulillah , berikutan kepayahan itu saya diarahkan oleh Ibu Pejabat di Kuala Lumpur untuk berrtukar Ke Pulau Pinang. Selepas itu segala kerja-kerja Lee Kuan Yew tidak kedengaran lagi dibantah oleh Orang-orang Melayu di Singapura.

Kembali ke Pulau Pinang, rancangan Lim Guan Eng adalah 100% mengikut jejak Lee Kuan Yew. Saya mempunyai bukti , bahawa Lim Guan Eng hampir setiap minggu terbang ke Singapura mengadap Sifu atau guru besarnya bagaimana hendak menghapuskan kuasa politik Melayu di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng pernah terkeluar cakap kepada orang-orangnya di Pulau Pinang mengenai apa yang dituturkan oleh Lee Kuan Yew kepadanya semasa mengadap Sifu Agungnya di Singapura itu.Katanya Lee Kuan Yew berkata kepadanya..” You don’t worry I’ll teach you step by step”…ertinya ,jangan bimbang saya akan ajar kamu selangkah demi selangkah (bagaimana hendak menghancurkan pengaruh dan politik kaum Melayu di Pulau Pinang).

Hubaya..hubaya para pemimpin UMNO..awas dan waspadalah dan atasilah !!!

Sumber : http://yazidothman.com/content/view/171/12/

Penang Wasabi

ADUN Lunas adakan pertemuan dengan pemimpin UMNO Kedah!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas, Mohd. Radzhi Salleh telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin UMNO negeri bagi menyatakan hasrat untuk menyertai parti tersebut, baru-baru ini.

Setiausaha UMNO Bahagian Padang Serai, Ahmad Zubib Saad berkata, bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah mengunjungi beliau di sini untuk mengadakan perbincangan mengenai prosedur kemasukan dan keahlian dalam UMNO.

Malah, katanya, Mohd. Radzhi turut bercadang menubuhkan satu cawangan UMNO dalam kawasan Padang Serai bersama-sama penyokongnya yang terdiri daripada bekas ahli PKR.

"Saya pernah dikunjungi Mohd. Radzhi dan beliau memaklumkan hasrat untuk menyertai UMNO kira-kira dua bulan lalu. "Beliau ada bertanyakan kepada saya persediaan untuk menubuhkan cawangan UMNO kerana beberapa penyokong PKR turut bersama-sama mahu sertai UMNO.

"Saya berikan penjelasan bahawa kita tidak mempunyai masalah dan halangan kerana UMNO sentiasa terbuka," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Zubib berkata demikian ketika mengulas rancangan Mohd. Radzhi yang akan menyertai UMNO dalam tempoh terdekat.

Akhbar hari ini memetik laporan Bernama menyatakan bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah itu bersedia menyertai UMNO selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini semalam.

Pada majlis itu, Mohd. Radzhi turut mendakwa, sekurang-kurangnya 10 lagi ADUN dan Ahli Parlimen PKR Kedah dan negeri-negeri lain akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat. Katanya, beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.

Mohd. Radzhi berkata, pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri. Zubib berkata, beliau telah mencadangkan kepada Mohd. Radzhi untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan UMNO Bahagian bagi mendapat maklum balas dan tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Padang Serai, Abd. Rahman Mahamud berkata, UMNO tidak menghalang sesiapa saja yang ingin menyertai parti tersebut.

Penang Wasabi

Sunday, March 14, 2010

Nah Tu Diaaaaaaaa!

‘Khalid Al Walid’ PAS atau Razak Bin Abas, tidak dapat dinafikan oleh sesiapa keakrabannya dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YAB Menteri Besar Kelantan.

Walaupun dia gagal menggulingkan Tengku Razaleigh Hamzah didalam pilihanraya umum 1999, kejayaan PAS mempertahankan Kelantan dengan cemerlang membawa keberkatan kepadanya.Tambahan pula sebelum dia menyelak kainnya di Pendang pada tahun 2002, dia dilaporkan sudah berbisik dahulu kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz akan tindakannya. Lantas apabila dia benar-benar berbuat demikian, bertambahlah keberkatannya disisi Tuan Guru.

Salah seorang anaknya, iaitu Roshaimi Bin Razak terkenal rapat dengan seorang anak Nik Abdul Aziz dan juga seorang exco dalam pentadbiran Nik Abdul Aziz. Baru-baru ini pula desas-desus kencang berkata menantu Nik Aziz, Almenantunya Ariffahmi pula telah masuk kongsi perniagaan dengan insan yang terkenal dengan panggilan Chegu Mie ini.

Khabarnya pula, mereka berdua akan menyewa di bawah pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Sebelum kita pergi lebih lanjut, elok juga kita fahami serba sedikit modus operandi geng balak di Kelantan. Ia adalah satu usahasama Ali dan Baba yang boleh dibanggakan. Selalunya Ali akan menubuhkan syarikat dengan beberapa orang baba. Ali mestilah seorang yang rapat dengan salah seorang exco yang duduk di dalam jawatankuasa balak kerana hanya setelah surat permohonan mereka diminit oleh salah seorang exco barulah ianya boleh diangkat ke peringkat seterusnya.

Bagi mendapatkan kelulusan daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar pula, Ali dan Baba perlu berjanji untuk menderma sejumlah wang kepada Parti.

Apabila Ali berjaya mendapatkan kelulusan itu, dia akan menjual syarikat dan segala konsesi yang diperolehi oleh syarikat itu kepada Baba. Baba akan membayar sejumlah wang yang akan Ali kongsikan bersama rakannya dan juga untuk Ali gunakan untuk menderma kepada Ahli Politik dari parti politik.

Wang itu pula jika sampai ke tangan Ahli Politik ia akan terus disimpan diluar Parti untuk aktiviti parti apabila diminta. Namun begitu, ketirisan berlaku dimana-mana dan ianya tidaklah selalunya berakhir dengan begitu sempurna. Bahkan kadang-kadang ada sesetengah Ali yang menulis pula surat kepada exco tertentu minta dibatalkan perjanjian derma mereka.

Memandangkan wang-wang ini sama ada yang diterima oleh Ali atau yang didermakan kepada Ahli Politik selalunya dirahsiakan maka tiada ketelusan didalam pengurusannya.

Seringkali juga orang tengah yang juga merupakan Ahli Parti yang berjawatan melarikan wang itu kerana mereka tahu mereka tidak akan didakwa. Terdapat satu insiden dimana orang tengah telah melarikan wang berjumlah RM82,000 ke Kuala Lumpur untuk membeli sebuah Mercedes Benz second hand secara tunai.

Memandangkan Parti memerlukan sumber kewangan ini maka beberapa Exco atau Ahli Dewan Harian telah diamanahkan untuk mencari wang menerusi cara begini dan sebab itulah kita akan sering mendapati orang yang amat dipercayainya sahaja yang sering mendapat konsesi balak di Kelantan.

Senarai syarikat di bawah adalah senarai pendek daripada ribuan syarikat yang telah mengejar habuan dari Kerajaan Negeri Kelantan dan ianya di senaraikan disini tanpa prejudis dan sekadar bagi memudahkan kita memahaminya.

MT Arju Enterprise (KT0123850-U)
Didaftarkan pada 17 Disember 1997.
Diambil alih oleh Roshaimi Bin Razak pada 29 Julai 2000.
Pada 6 Jun 2001, Roshaimi menyerahkan hak milik kepada Ng Man Chan.

Sri Kalai Seberang Enterprise (KT0118180-U)
Tarikh didaftarkan 10 Mac 1997
Pemilikan asal Mat Isa Bin Mat Saman dan Siti Amunah Binti Ismail.
Kedua-dua mereka menarik diri dari pemilikan syarikat pada 20 Mac 2001.
Sehari sebelum itu, iaitu pada 19 Mac 2001 Wong Kam Soon dan Roshaimi Bin Razak menyertai syarikat sebagi pemilik.
Roshaimi ‘tarik diri’ dari syarikat pada 5 September 2001 dan serahkan pemilikan kepada Kua Geam Hang yang menyertai syarikat pada 24 Julai 2001.

Khazanah Rimba & Trading (KT0118590-P)
Didaftarkan pada 27 Mac 1997.
Cheong Kok Tong mengambil alih syarikat pada 20 Oktober 1999.
Roshaimi Bin Razak menyertai Cheong sebagai pemilik bersama pada 24 Julai 2001.
Pada 20 Jun 2004, Roshaimi ‘tarik diri’ dari syarikat.

Syarikat Gemal (KT0035356-H)
Tarikh didaftarkan 7 Februari 1985.
Pemilikan asal Wan Ahmad Zaki Bin Wan Jaffar, Che Abdullah Bin Deraman, Azmera Bin Othman, Kamariah Binti Abdullah dan Roshaimi Bin Razak.
Kesemua mereka ‘tarik diri’ dari syarikat pada 3 Februari 2002. Kamariah tarik diri pada 13 Oktober 1991).
Pemilikan syarikat diambil alih oleh Ho Chung Meng pada 3 Februari 2002.

Sri Kemboja Timber (KT0180591-H)
Ditubuhkan oleh Roshaimi Bin Razak pada 14 Oktober 2003.
Pada 19 Mei 2004, Chiong Ah Hui menyertai syarikat atas dasar perkongsian.
Roshaimi serahkan syarikat sepenuhnya kepada Chiong pada 27 Jun 2005.

Sri Jelaping Enterprise (KT0116611-V)
Didaftarkan pada 15 Disember 1996
Pemilikan bersama diantara Roshaimi Bin Razak dan Lim Boon Lang bermula 4 September 2003.
Pada 7 Oktober 2003, Lim Boon Lang ‘tarik diri’ dan diambil alih oleh Chiong Ah Hui.
Pada 20 Jun 2004 ia menjadi milik tunggal Chiong Ah Hui apabila Roshaimi Bin Razak ‘tarik diri’.

Perniagaan Gunong Jaya (KT0076975-T)
Didaftarkan pada 12 November 1990 oleh Yusuf Bin Husain.
Diambil alih oleh Roshaimi Bin Razak dan Wong Kam Soon pada 21 Mac 2001.
Mendapat kelulusan balak sebelum April 2004.
Roshaimi keluar dari syarikat pada 10 April 2004.

Tegoh Taqwa Enterprise (KT0121361-P)
Didaftarkan pada 19 Ogos 1997.
Menjadi pemilikan bersama Roshaimi Abdul Razak dan Cheong Kok Tong pada 24 Julai 2001
Pada 8 Mei 2005 menjadi milik tunggal Tan Wah Leong.

RM Ramad Enterprise (KT01405659-W)
Didaftarkan pada 27 September 1999 oleh Roshaimi Bin Razak.
Cheong Kok Tong sertai Roshaimi pada 29 Mac 2003 tapi tinggalkan syarikat pada 19 Mei 2004.
Chiong Ah Hui sertai syarikat pada 19 Mei 2004.
Roshaimi tinggalkan syarikat pada 27 Jun 2005.
Yap Yong Poh dan Teo Tian Song ambil alih syarikat pada 18 Januari 2007 daripada Chiong Ah Hui.

Awara Murni Enterprise (KT0121121-M)
Didaftarkan pada 7 Ogos 1997.
Pemilikan asal oleh Saimin Bin Ishukri@Zakaria dan menarik diri dari syarikat pada 19 Januari 2000.
Roshaimi Bin Razak mengambil alih syarikat pada 22 November 2005.
Syarikat mendapat keluusan balak diantara November 2005 hingga Januari 2006.
Pada 9 Januari 2006, Roshaimi menyerahkan pemilikannya kepada Ong Kung Soon.

CT Dragon Trading (KT0210504-U)
Tarikh didaftarkan pada 9 April 2006.
Dimiliki bersama oleh Cheong Kok Tong, Tew Thin Choy dan Roshaimi Bin Razak.
1 Ogos 2007 Roshaimi ‘menarik diri’ dari syarikat.
13 November 2007, Wong Kok Bing menyertai senarai pemilik syarikat.

Individu yang terdapat didalam senarai pendek di atas tidak bersalah atau melakukan sebarang kesalahan dan hendaklah tidak didiskriminasikan. Mereka adalah ahli perniagaan tulin yang mencari rezeki yang dibenarkan.

Apa yang dipertikaikan mengapa dibawah Tuan Guru Nik Abdul Aziz, hasil kekayaan negeri hanya dibahagikan kepada beberapa kerat orang yang sudah kaya atau yang sudah dikayakan oleh Nik Aziz. Mengapa kekayaan itu tidak dibahagikan sama rata dan diutamakan mereka yang belum mendapat peluang.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz digesa supaya bersikap telus dan mengeluarkan senarai penuh syarikat-syarikat yang telah menerima projek Kerajaan Negeri semenjak 1990 hingga sekarang supaya rakyat dapat menilai sendiri. Kerajaan Negeri juga dimohon untuk ‘declassify’ dokumen-dokumen dalam Mesyuarat Exco yang berselindung disebalik Akta Rahsia Rasmi supaya kita dapat memahami keluasan projek dan untuk tujuan apa individu-individu tertentu diberikan projek.

Kerajaan Mahathir Mohamed pernah mengeluarkan senarai penerima projek Pusat dan Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pernah mengeluarkan senarai penerima AP pengimport kenderaan.

Sebelum ada yang menghalalkan tindakan Nik Abdul Aziz dengan alasan ketirisan hanya kecil berbanding dengan pusat, sayugia saya ingatkan, bajet tahunan Kerajaan Negeri hanyalah didalam lingkungan RM400 juta sahaja. Jika ketirisan yang mencecah hampir ratusan juta dibandingkan dengan perdapatan dan peruntukan perbelanjaan negeri, tentu sekali ianya menunjukkan ketirisan yang maha hebat.

Bagaimanapun, ingin saya tegaskan, apa yang berlaku di Kelantan tidak ‘reflect’ PAS secara kesuluruhannya.

Setiap kali ceramah, PAS masih mengutip derma dari ahli-ahlinya. Walaupun ada yang menderma hingga beribu ringgit tetapi hampir keseluruhannya adalah derma yang kecil jumlahnya. Iaitu beberapa ringgit yang disimpan hasil memotong getah atau hasil pemberian anak mereka yang bersabung nyawa mencari rezeki di rantauan. Mereka ikhlas mahu membantu Parti mereka didalam menentang Barisan Nasional yang bagi mereka bergelumang dengan rasuah, kronisme dan nepotisme.

PAS Kelantan sudah gagal membersihkan dirinya. Pimpinan PAS Kelantan tiada keyakinan diri untuk mengundurkan Nik Abdul Aziz walaupun mereka sedar populariti Nik Abdul Aziz sudah menjunam.

Mereka sedar kebelakangan ini mereka terpaksa batalkan kehadiran Nik Abdul Aziz untuk merasmikan beberapa program kerana kehadiran tetamu dan peserta yang amat sedikit. Antara program yang terpaksa dibatalkan ialah sebuah program bermotor beberapa bulan yang lalu. Walaupun mereka sudah mengeluarkan wang untuk membayar peserta dan hadirin, sesuatu yang PAS Kelantan tidak pernah lakukan sebelum ini, tetapi kehadiran hanyalah sekadar kurang daripada 50 orang peserta sahaja.

Bagi golongan yang masih berkeras mempertahankan Nik Aziz ini, argumen mereka ialah Nik Aziz masih tunjang mereka kerana pemilih diluar Kelantan masih menganggap Nik Aziz sebagai keramat. Apalagi, masyarakat Cina dan India melihat Nik Aziz sebagai seorang pemimpin Islam yang dapat ditunggang untuk memajukan agenda mereka.

Sebelum Pilihanraya Umum 2008, Tun Mahathir Mohamed pernah membuat kenyataan akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana yang antara lain menyeru supaya, ‘UMNO dibersihkan dari luar’ setelah melihat UMNO gagal membersihkan dirinya dari dalam.

Pentadbiran Nik Abdul Aziz sudah gagal membersihkan dirinya sendiri, masanya sudah tiba untuk ‘PAS Kelantan dibersihkan dari luar’ sebelum ianya memudaratkan kredibiti PAS sebagai sebuah parti yang membela rakyat dengan penuh ikhlas.

Kepada Allah saya berserah dan memohon perlindunganNya!
Wallahuallam.

Sumber : http://kickdefella.wordpress.com/2010/03/14/tu-diaaaaaaa/

Penang wasabi

Friday, March 12, 2010

Anwar Kata Pemimpin Pakatan Tertekan! Betul ke?


















Anwar Ibrahim mendakwa wujud usaha terancang pihak tertentu untuk menekan pemimpin-pemimpinnya. Anwar sendiri berhadapan siasatan polis atas pelbagai tuduhan, termasuk isu berkaitan anti Islam dan Melayu. Betul ke Anwar!

“Kita sedang menghadapi banyak sangat gangguan dan tekanan polis. Jangan halang dan ugut, saya rasa keterlaluan. Mengapa tidak boleh bercakap pasal isu enjin jet hilang, kapal selam scorpene. Ini isu politik dan harus ditangani secara politik.

“Saya bantah sekeras-kerasnya tindakan mereka untuk ganggu proses demokrasi. Polis kena kekalkan profesionalisme mereka, jangan habiskan banyak masa dengan menyoal siasat pemimpin PR. Tumpukan kepada meningkatkan tahap keselamatan tangani jenayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square di sini, semalam.

Kelmarin polis mengambil keterangan Anwar berhubung empat laporan yang masing-masing dibuat polis sendiri dan seorang individu.

Empat pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan seorang Inspektor, semalam mengambil keterangan Anwar sambil pemberita serta jurukamera dibenarkan menyaksikan proses itu di luar bilik kaca di aras tiga pejabat.

Tiga pegawai polis yang merakam kenyataannya itu daripada tiga balai di Pulau Pinang, manakala dua lagi daripada Unit Cawangan Khas Bukit Aman.

Anwar yang juga Penasihat PKR, ditemani peguam Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah, masing-masing Ahli Parlimen Balik Pulau dan Subang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin.

Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution hadir di sidang media selepas polis selesai mengambil keterangan.

Anwar, ketika ditanya pemberita mengenai lokasi laporan polis yang dibuat di beberapa tempat di Pulau Pinang berkata: “Secara kebetulan, saya tidak tahu kalau ada usaha terancang, tetapi pihak-pihak ini sengaja meniup api perkauman untuk mengaitkan pemimpin-pemimpin PR sebagai anti Islam dan Melayu,” katanya.

Katanya, 15 Ahli Parlimen dan ADUN PR telah disiasat polis atas isu terbabit dan isu-isu lain. Anwar menyifatkan kerjasama polis sebagai mesra dan baik semasa siasatan tersebut.

Penang Wasabi

Wednesday, March 10, 2010

Wan Azizah dicabar lepas jawatan Presiden PKR!

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail didesak menyahut cabaran Zulkifli Noordin agar melepaskan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau bertanding di Kulim-Bandar Baharu jika beliau seorang pemimpin yang berprinsip.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu penting bagi membuktikan dakwaan Zulkifli bahawa Wan Azizah hanya sekadar presiden penghias muka depan dan tidak berfungsi, dapat disangkal.

“Sepatutnya beliau berani menyahut cabaran kerana hujah Zulkifli cukup kuat apabila mendakwa Wan Azizah tidak lagi mampu berfungsi sebagai presiden dan rekod kepimpinannya juga buruk apabila lapan wakil rakyat PKR telah keluar parti sama ada secara sukerala atau dipecat.

“Perkara ini jarang berlaku dalam sejarah kepimpinan politik tanah air. Oleh itu, jika beliau berasakan dia seorang yang masih berprinsip sepatutnya segala cabaran Zulkifli disahut dan buktikan semua tuduhan tersebut tidak benar,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pelajaran mengulas tindakan Wan Azizah yang berdiam diri terhadap cabaran Zulkifli walaupun sebelum ini beliau terlebih dahulu ‘menyerang’ Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu dengan memintanya melepaskan jawatan selaku wakil rakyat.

Semalam, selepas dua hari dipecat daripada PKR, Zulkifli membalas desakan Wan Azizah apabila menasihatkan Presiden PKR itu supaya mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu.

Menurut Zulkifli, Wan Azizah yang seharusnya melepaskan jawatannya kerana parti itu gagal mempertahankan dasar Islam, menjadi penyebab parti itu hilang sebuah negeri serta kepimpinannya yang teruk menjadi pendorong terhadap tindakan lapan wakil rakyat keluar parti.

Mengulas lanjut, Mohd. Puad bagaimanapun yakin, Wan Azizah akan terus mengambil sikap berdiam diri terhadap cabaran tersebut kerana mendakwa Presiden PKR itu telah dikuasai sepenuhnya oleh kumpulan firaun-firaun kecil seperti yang didakwa Zulkifli.

“Wan Azizah tidak akan berani menyahut cabaran Zulkifli kerana beliau hanyalah seorang presiden yang dipergunakan oleh golongan firaun-firaun kecil dalam PKR.

“Kenyataan awal beliau sebelum ini pun supaya Zulkifli melepaskan kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu, saya percaya didesak oleh kumpulan tersebut kerana sehingga kini golongan firaun itu tidak bersuara,” jelasnya.

Mohd. Puad berkata, bukti yang menunjukkan Wan Azizah adalah seorang boneka begitu banyak, antaranya tentang keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PKR yang akhirnya akan diubah oleh beberapa individu dalam parti itu.

Tindakan itu, katanya, jelas membelakangkan kedudukan Wan Azizah selaku presiden dan ia juga membuktikan isteri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak mempunyai kuasa serta tidak dihormati.

Penang Wasabi

Monday, March 8, 2010

Hanya janji tiada tindakan!

UTUSAN: Apa penilaian Datuk Seri selepas hampir dua tahun Pulau Pinang ditadbir pakatan pembangkang?

AHMAD ZAHID: Pada keseluruhannya terdapat kesedaran daripada rakyat berbilang kaum di Pulau Pinang selepas mereka menukar baju politik daripada Barisan Nasional (BN) kepada pakatan pembangkang.

Jelas daripada manifesto yang disogokkan kepada masyarakat, sebahagian besarnya tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan, malah beberapa tindakan yang dilakukan adalah bertentangan dengan hasrat manifesto pilihan raya mereka sendiri.

Di samping itu bukan sahaja di kalangan orang Melayu yang merasa terhantuk dengan tindakan pembangkang malah masyarakat India dan Cina juga merasakan bahawa apa yang telah dijanjikan pembangkang di Pulau Pinang tidak sebagaimana yang telah mereka lontarkan.

Tindak-tanduk itu menunjukkan mereka bagaikan terlupa bahawa mereka kini adalah sebuah kerajaan negeri kerana cara bertindak dan berfikir mereka sebenarnya masih seperti pembangkang.

Mahkamah rakyat akan menentukan kedudukan mereka pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana rakyat telah dapat menilai prestasi mereka selama ini terutama daripada segi kebajikan yang masih belum ditunaikan.

Secara khusus apakah kesan pemerintahan pakatan pembangkang kepada orang Melayu di Pulau Pinang?

Ia bukan sekadar melibatkan penjaja malahan juga kontraktor bumiputera. Ini jelas menunjukkan ketelusan yang diagung-agungkan oleh mereka itu menyebabkan kontraktor Melayu tidak dapat bersaing di padang yang sama rata telah ketinggalan.

Ertinya walaupun tidak tertulis hasrat untuk membantu sesuatu golongan tetapi yang terjadi ialah peminggiran itu dilakukan. Saya juga melihat mereka cuba mempolitikkan hal ehwal agama dan ini termasuklah soal pengurusan agihan wang zakat yang sepatutnya sesiapa pun yang memerintah, hal ehwal agama Islam mesti dilaksanakan.

Daripada penjelasan itu nampak banyak kepincangan berlaku, adakah UMNO Pulau Pinang mempunyai strategi untuk menanganinya?

Paling penting semua kepimpinan UMNO harus mempunyai corak pemikiran yang sama, bertindak seiring dan mewujudkan perpaduan supaya langkah-langkah yang disusun itu boleh diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan.

Di Pulau Pinang, kita tidak boleh bergantung kepada UMNO sahaja, ia mesti melibatkan parti-parti komponen lain dan mereka perlulah bersama dengan apa yang telah dan sedang dilakukan UMNO antaranya gerakan turun ke akar umbi untuk memenangi semula hati rakyat.

Daripada segi BN, saya tidak mahu terlibat secara langsung walaupun menerajui UMNO negeri, sebaliknya ia 100 peratus diserahkan kepada anak jati Pulau Pinang kerana mereka yang menjadi pemangkin untuk menentukan maju mundur atau menang kalah BN di negeri itu.

Di Pulau Pinang, selain pembangkang ada juga parti baru iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM) yang giat dipromosikan, adakah ia memberi cabaran kepada UMNO?
Saya fikir apabila Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri melontarkan pandangan supaya ada pindaan perlembagaan BN, ia menjurus ke arah mengajak parti lain di luar sana yang berkongsi aspirasi perjuangan supaya bersama kita.

Baik PCM, Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) atau Makkal Sakti, walaupun tidak menjadi parti komponen BN, mereka boleh menjadi penyokong BN, langkah ini pasti dialu-alukan UMNO Pulau Pinang.

Selepas Mac 2008, sudah ada tiga pilihan raya kecil di Pulau Pinang, kedua-duanya BN kalah. Adakah tahap sokongan sekarang sudah berbeza?

Situasi adalah berbeza pada masa itu dan tidak mustahil ia akan menjadi lebih berbeza dengan perkembangan-perkembangan terbaru yang sedang bergolak di Pulau Pinang.

Pada hemat saya bukan sahaja soal kepimpinan menjadi penting tapi bagaimana permasalahan rakyat itu ditangani oleh agensi-agensi Persekutuan kerana mereka mestilah menterjemahkan visi yang dilontarkan kepimpinan pusat untuk dilaksanakan di peringkat akar umbi.

Namun terdapat pertindihan antara agensi pusat yang mengendalikan aktiviti pentadbiran negeri dan ini mungkin telah dapat diselaraskan dengan sebaik-baiknya supaya ia disesuaikan dengan situasi politik di Pulau Pinang.

Terdapat pelbagai isu meletus di Pulau Pinang, apa yang paling tidak boleh diterima Datuk Seri?

Saya fikir terlalu banyak langkah yang mudah untuk disebut oleh mereka tapi sukar untuk dilaksanakan. Kita lihat dari segi mahu menyamaratakan semua kaum di Pulau Pinang. Sebenarnya ia tidak berlaku begitu walaupun DAP berhasrat menterjemahkan slogan Malaysian Malaysia. Hakikatnya ada yang terpinggir dan peminggiran ini cukup jelas sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati dalam pelbagai bentuk.

Malah Lim Guan Eng sendiri dalam usaha memenangi hati orang Islam menyatakan beliau adalah khalifah untuk semua kaum dengan mengambil contoh Khalifah Umar Abdul Aziz. Tetapi pelaksanaan jelas tidak begitu.

PRU ke-13 masih jauh namun bagaimana pula dengan persediaan untuk menampilkan calon terbaik?

Kita mengikut garis panduan yang dibuat Perdana Menteri. Apa yang sedang dilakukan oleh kepimpinan atasan tentulah mahu mencari calon yang boleh menang di kawasan itu, sudah tentu ia merujuk kepada personaliti yang boleh memberikan faedah secara langsung kepada rakyat. Saya lebih kepada mengikut garis panduan Perdana Menteri daripada menentukan kriteria kita sendiri di Pulau Pinang.

Sasaran UMNO di Pulau Pinang?

Setakat ini kita ada 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai UMNO. Kita yakin kalau usaha dapat dilakukan, sekurang-kurangnya tiga lagi kawasan majoriti Melayu dapat dimenangi UMNO.

Tetapi di Pulau Pinang undi bukan Melayu yang menjadi penentu, adakah Datuk Seri yakin ada perubahan pada PRU akan datang?

Yang penting komponen BN harus menjalin hubungan bukan sahaja dari aspek kerjasama bahkan melakukan aktiviti bersama UMNO. Dalam hal ini jika ada permasalahan dalam parti, kita selesaikan dengan cara terbaik dan kalau ada masalah di kalangan komponen BN, ia wajib diselesaikan dengan seberapa segera.

Penang Wasabi

Pas tidak wajar terima Zulkifli Noordin - Mahfuz!

Pas tidak wajar menerima kehadiran ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin ke dalam parti itu kerana tindakan tersebut tidak selari dengan semangat permuafakatan parti gabungan pakatan pembangkang. Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kehadiran Zulkifli yang dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu bukan saja tidak dapat menaikkan imej Pas tetapi akan mencemarkan lagi nama baik parti itu.

"Pas ada etika dalam perhubungan kerjasama persefahaman rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. Apa jua keputusan disiplin yang dibuat oleh parti-parti rakan kita, kita tetap menghormati keputusan tersebut.

"Tidak wajar kita terima, tiada pertimbangan langsung... saya tidak melihat apa-apa yang boleh membantu meninggikan imej Pas dengan kehadiran Zulkifli ke dalam Pas... ini akan memberi keburukan dan mencalarkan nama baik parti,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Sebelum itu : UMNO Kulim-Bandar Baharu 'hulur tangan' kepada Zulkifli

Pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membuktikan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mengamalkan demokrasi sebenar sebagaimana dilaungkan oleh pemimpin parti berkenaan.

Ketua UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir berkata, sebaliknya ia melambangkan sikap sebenar pemimpin PKR yang tidak boleh menerima kritikan walaupun ia untuk kebaikan parti itu dan negara.

"Pemimpin PKR hanya mengamalkan demokrasi terpilih, mereka hanya menjaja istilah demokrasi apabila perkara berkenaan menguntungkan pemimpin mereka tetapi sekiranya sesuatu perkara itu tidak memberi faedah kepada perjuangan mereka, ia ditolak begitu sahaja," katanya.

Aziz mengulas mengenai pemecatan Zulkifli daripada PKR oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan semalam dan majlis tersebut turut mendesak agar Ahli Parlimen itu mengosongkan kerusi Parlimennya.

Kelmarin, Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian. Abdul Aziz menjelaskan, orang ramai kini sudah boleh menilai perjuangan sebenar PKR dengan senario terbaru yang berlaku di dalam parti berkenaan.

Katanya, UMNO Kulim-Bandar Baharu lebih bersikap terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan Zulkifli yang merupakan Ahli Parlimen Bebas dalam usaha membangunkan kawasan berkenaan.

"Demi kepentingan rakyat, kita akan menghulurkan tangan menjalinkan kerjasama, kita boleh berunding bentuk bantuan yang beliau perlukan dalam perjuangannya," katanya.
Abdul Aziz merupakan calon Barisan Nasional (BN) yang ditewaskan oleh Zulkifli bagi kerusi Kulim-Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Sementara itu : Pemecatan Zulkifli bukti PKR tolak perjuangan Islam

Pergerakan Puteri UMNO menyifatkan pemecatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bukti parti itu secara terang-terangan menolak perjuangan Islam.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin juga percaya keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu akan membuka ruang yang lebih besar kepada lebih ramai pemimpin PKR meninggalkan parti tersebut.

Menurutnya, tindakan pemecatan Zulkifli menunjukkan bukti yang parti tersebut hanya memperjuangkan kepentingan pemimpin tertinggi mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Isu-isu berkepentingan rakyat yang menyentuh sensitiviti agama, bangsa dan negara tidak mendapat tempat dalam agenda mereka,'' katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini hari ini.

Rosnah berkata, keputusan pemecatan itu juga langsung tidak memberi peluang kepada Zulkifli untuk membela diri yang menunjukkan tiada ruang rundingan dan perbincangan antara pihak yang menjatuhkan hukuman dan pihak yang dihukum.

Menurut beliau, perkembangan terbaru ini juga menunjukkan seolah-olah perjuangan Zulikifli untuk mempertahan dan memperjuangkan Islam sama sekali bertentangan dengan perjuangan barisan kepimpinan PKR.

Katanya, apa yang berlaku semakin menunjukkan perjuangan barisan kepimpinan PKR hanya mahu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tambah beliau, konsep ketelusan dan bersedia ditegur serta menerima pandangan rakyat ternyata perbuatan 'cakap tidak serupa bikin' apabila mereka memutuskan pemecatan Zulkifli.

''Barisan kepimpinan PKR hanya menghormati pandangan dan menjaga hati DAP, manakala Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Anwar menghalalkan yang haram,'' katanya. Menurutnya, DAP hanya menyokong kuat Anwar untuk memastikan matlamat menegakkan perjuangan 'Malaysian Malaysia' tercapai.

Layakkah seorang ahli politik " Tin Kosong " seperti Mahfuz mempersoalkan kewibawaan YB Zulkifli tentang Islam? Cakap berdegar-degar, tetapi di bontot penuh dengan najis. Seharusnya rakyat sudah dapat menilai siapa Mahfuz Tin Kosong yang sebenarnya. Wallahuallam.

Penang Wasabi

Saturday, March 6, 2010

Zulkifli Noordin dipecat dari PKR, didesak kosongkan kerusi!















Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini dipecat dari parti oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di dalam keputusannya, MPP juga mendesak agar Zulkifli turut mengosongkan kerusi Parlimennya.Kelmarin, Zulkifli bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin PKR berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian.

Walaupun dipengerusikan oleh seorang pemimpin parti beragama Islam, katanya, situasi majoriti ahli panel yang beragama Kristian tidak boleh diterima kerana isu kalimah Allah membabitkan penganut agama berkenaan secara langsung.

Sementara itu YB Zulkifli dalam kenyataan akhbarnya berkata, saya baru menerima makluman daripada rakan pemberita tentang keputusan mesyuarat MPP/PKR yang bermesyuarat sebentar tadi yang memutuskan saya dipecat daripada PKR.

Ini adalah permulaan satu titik hitam dalam sejarah perjuangan reformasi yang bermula pada 02.09.1998. Ia juga adalah permulaan kepada kejatuhan dan kehancuran PKR. Ternyata perjuangan untuk memartabatkan nilai kemanusiaan, mengembalikan hak asasi manusia, dan mendaulatkan nilai dan prinsip-prinsip keadilan sejagat (universal value of natural justice) hanyalah sekadar laungan palsu. Keputusan ini juga membuktikan bahawa bagi Fir’aun-Fir’aun Kecil yang menguasai PKR, ianya adalah satu dosa besar yang tidak boleh dimaafkan bagi memartabat, membela dan mempertahankan Islam.

Saya dihukum tanpa diberi peluang membela diri menurut prinsip hak asasi kemanusiaan dan nilai keadilan sejagat saperti yang dilaungkan oleh kepimpinan PKR selama ini. Kepantasan tindakan memecat saya membuktikan kepalsuan slogan mereka. Sedangkan saya hanyalah sekadar menuntut hak asasi kemanusiaan dan nilai serta prinsip keadilan sejagat dipatuhi, dan prinsip tersebut mewajibkan seseorang hanya boleh dibicarakan oleh rakan sekufunya (a person can only be tried by his own peers). Saya hanya menuntut dibicarakan oleh panel yang beragama Islam, kerana isunya membabitkan kalimah ALLAH, iaitu persoalan aqidah, syariat dan agama Islam. Sebaliknya mereka meletakkan panel yang majoritinya bukan Islam untuk menghina dan mengaibkan saya dan umat Islam.

Ini bukan sahaja bercanggah dengan prinsip dan nilai keadilan sejagat, malah merupakan satu penghinaan terhadap Islam dan umat Islam. Sebagaimana umat Islam merasa terhina bila Natrah dibicarakan oleh hakim Inggeris, dan kes kalimah ALLAH dibicarakan oleh hakim bukan Islam! Saya berasa terhina dihadapkan ke panel yang bukan Islam untuk membicarakan aqidah, kepercayaan dan agama saya!

Mengapa mereka berasa begitu sukar untuk mematuhi prinsip keadilan sejagat yang cukup mudah untuk dilaksanakan ini menjadi persoalan kepada saya? Bukannya saya enggan berdepan dengan Lembaga Disiplin, tetapi saya menuntut dibicarakan berdasarkan prinsip keadilan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Apakah mereka tidak mempunyai keyakinan jika panelnya terdiri daripada orang Islam? Malah salah seorang ahli panel yang beragama Islam menarik diri atas prinsip tidak mahu terbabit dengan panel yang bukan Islam ini!

Keputusan MPP pada hari ini jelas membuktikan bahawa PKR sudah dikuasai sepenuhnya oleh Fir’aun-Fir’aun Kecil yang mempunyai agenda dan rancangan jahat yang sempit lagi anti Islam. Keputusan MPP PKR hari ini juga membuktikan kepada saya bahawa PKR tidak mempunyai sebarang agenda untuk perjuangan Islam. Mereka yang bercita-cita mahu memartabat dan mendaulatkan Islam menurut kerangka Perlembagaan Persekutuan akan menjadi korban.

Keputusan ini juga membuktikan dengan jelas kepada saya bahawa agenda perjuangan Islam tidak diterima oleh PKR. Malahan terbukti kepada saya deklarasi Dasar PR pada 19.12.2009 yang kononnya mendaulatkan Islam dan menghormati kedudukan umat dan institusi Islam didalam Perlembagaan Persekutuan adalah sekadar mainan politik picisan dan retorik murahan untuk mengelabukan mata umat Islam, dan suatu pembohongan jelas kepada rakyat.

Berdasarkan itu, tiada sebab dan alasan lagi untuk saya terus berada didalam PKR. Malah saya berasa malu kapada ALLAH dan umat Islam untuk terus bersama PKR. Walaupun saya mempunyai ruang untuk membuat rayuan, namun saya tidak bercadang untuk terus menggadaikan prinsip saya dan menjual maruah saya untuk berhadapan dengan sandiwara Fir’aun-Fir’aun Kecil ini. Sebaliknya saya akan mengkaji dan menimbang opsyen dan pilihan yang ada pada saya sebelum mengambil tindakan sewajarnya.

Saya melihat menjadi satu trend didalam PKR untuk melancarkan serangan peribadi dan “character assassination” yang tidak berasas terhadap sesiapa juga yang tidak bersetuju atau tidak lagi mahu bersekongkol dengan mereka. Saya menasihatkan kepada Fir’aun-Fir’aun Kecil ini supaya jangan terlalu emosional, sebaliknya bersikaplah dengan professional dan matang. Berlainan wadah tidak bermakna silaturrahim terpatah. Itulah prinsip Islam yang sangat indah dan mempesonakan jika dilaksanakan. Saya berharap mereka akan menghentikan serta merta tindakan bacul melakukan serangan peribadi dan ‘character assassination” terhadap sesiapa juga yang memilih untuk tidak lagi mahu bersama mereka. Itulah adalah hak demokrasi dan hak asasi tiap manusia, iaitu hak untuk memilih. Janganlah mengeruhkan keadaan sehingga memaksa orang lain mengambil sikap “tell-all” dan menelanjangkan semua keburukan kita pula.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua rakan dan sahabat samada diperingkat wakil rakyat, kepimpinan dan ahli PKR yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada saya selama ini. Terima kasih kerana menghormati hak dan pendirian saya sebagai seorang Muslim, walaupun saudara mungkin berbeza pendapat dengan saya. Cuma satu peringatan daripada saya, hari ini saya menjadi mangsa, esok-esok mungkin giliran saudara pula selagi Fir’aun-Fir’aun Kecil ini dibenarkan berleluasa didalam PKR.

Terima kasih tidak terhingga kepada petugas dan pembantu saya yang sangat setia dan sentiasa bersama saya senang dan susah iaitu Puan Roslijah Syed, Sdr. Gunalan dan Tuan Hj. Abdul Rahman di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu. Pengorbanan dan kesetiaan sdr/i akan saya kenang selama-lamanya, moga ALLAH membalasnya.

Maka ternyatalah yang KEADILAN yang dilaung-laungkan oleh PKR hanyalah indah khabar dari rupa. Dahulu semada Anwar dipecat dari kerajaan oleh Tun Mahathir kerana salah laku maka dikatakan Tun tidak adil dan zalim, dan sekarang sudah kena batang hidung bermacam alasan yang diberi? Cakap tak serupa bikin. Sesungguhnya dengan pemecatan YB Zulkifli ini merupakan titik tolak akan " kejatuhan PKR " tidak lama lagi. Sama-samalah kita tunggu dan lihat PKR bakal berkubur tanpa bernisan!
Wallahuallam.

Penang wasabi

Friday, March 5, 2010

Zulkifli bertegas kalimah Allah!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin bertindak tegas meninggalkan sesi pendengaran Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini berhubung isu kalimah Allah kerana tidak berpuas hati dengan komposisi ahli panelnya yang turut dibarisi aktivis Kristian.

Walaupun dipengerusikan oleh seorang pemimpin parti beragama Islam, katanya, situasi majoriti ahli panel yang beragama Kristian tidak boleh diterima kerana isu kalimah Allah membabitkan penganut agama berkenaan secara langsung.

Justeru, beliau tidak mengiktiraf penubuhan lembaga disiplin itu dan menggesa kepimpinan tertinggi PKR berlaku adil kepadanya dengan hanya membariskan tokoh beragama Islam bagi membincangkan kesnya berhubung isu tersebut.

''Sekurang-kurangnya kalau nak pecat saya, biarlah keadilan itu bukan sahaja dilaksanakan, tetapi dilihat dilaksanakan.

''Keadilan menuntut saya dibicarakan oleh mereka yang sekutu dengan saya, iaitu mestilah beragama Islam kerana ini membabitkan isu kalimah Allah, isu umat Islam," katanya kepada pemberita selepas kira-kira 30 minit panel itu bersidang di sini hari ini.

Zulkifli berkata, beliau sebenarnya telah meminta PKR membariskan ahli panel beragama Islam dalam meneliti isu itu melalui tiga surat bertarikh 16, 25 dan 27 Februari lalu kepada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

''Jika mereka meneruskan juga perbicaraan terhadap saya dalam isu kalimah Allah ini, bermakna panel lembaga disiplin ini dan PKR jelas tidak menghormati Islam dan umat Islam,'' katanya.

Tambahnya, beliau mungkin mengambil 'satu' tindakan sekiranya PKR terus membariskan tokoh bukan Islam sebagai ahli panel lembaga disiplin berkenaan.

Sambil menegaskan tetap dengan perjuangan PKR, Zulkifli memberitahu, beliau tidak akan sesekali berkompromi dalam isu agama.

Beliau mendakwa, penubuhan lembaga disiplin itu dengan dibarisi penganut agama lain adalah 'hasil kerja' firaun-firaun kecil' yang berupaya mempengaruhi kepimpinan parti yang tidak senang dengannya.

Empat anggota panel disiplin itu ialah Syed Kamarulzaman Syed Kaber selaku ketua panel manakala dua lagi aktivis Kristian, Goh Keat Peng dan Chew Swee Yoke serta seorang beragama Hindu, T. Kumar.

Zulkifli dihadapkan ke lembaga disiplin PKR kerana membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

Penang Wasabi

Thursday, March 4, 2010

Kenapa pertikai Maulid Nabi?

ALHAMDULILLAH sambutan umat Islam di serata pelosok dunia terhadap hari dan bulan kelahiran Nabi SAW tetap segar dan bersemangat. Di negara kita sendiri, pelbagai bentuk sambutan yang diadakan di pelbagai peringkat mendapat sokongan dengan kehadiran begitu ramai anggota masyarakat.

Masih banyak majlis yang dijadualkan dalam masa terdekat sehingga mungkin melimpah keluar bulan Rabiulawal. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan istimewa daripada Allah SWT bagi umat dan negara kita.

Kita berdoa agar umat Islam di Malaysia akan sentiasa terkedepan dalam mengagungkan, menyanjung, mempertahankan dan membuktikan kecintaan kita terhadap Sayyiduna Muhammad SAW yang semuanya merupakan inti dan hakikat sambutan Maulid Nabi.

Kita berdoa agar sambutan Maulid Nabi di negara kita akan terus meriah dan lebih semarak walaupun terdapat suara-suara yang nampaknya tidak senang dan kelihatan seolah-olah alahan (alergik) dengan sambutan Maulid.

Pada tahun ini, suara-suara ini turut 'menumpang' isu pembatalan perarakan sambutan Maulid di sebuah negeri. Sebenarnya, saban tahun, apabila datang sahaja bulan Maulid, ada sahaja suara-suara yang nampaknya bersumber daripada orang-orang yang sama yang mempertikaikan dan tidak senang dengan Maulid.

Sikap tidak senang ini disuarakan pada pelbagai tahap dan dengan pelbagai ibarat. Ada yang menafikan adanya keistimewaan atau fadilat Maulid Nabi SAW dan membanding-bandingkannya dengan keutamaan Nuzul Quran. Ada yang mengungkit-ungkit bahawa sambutan Maulid tidak pernah dibuat oleh Nabi SAW dan para sahabatnya (maksud bidaah yang sesat).

Ada pula yang memilih musim Maulid ini untuk menulis dan menekankan tentang soal keinsanan Nabi Muhammad SAW. Dan ada juga yang mempertikaikan cara dan kaedah sambutan itu diadakan.

Mereka yang faham dan mengenali suara-suara ini tidaklah terlalu terperanjat walaupun tetap menepuk dahi dan mengurut dada kerana sedih dan kesal dengan kekeliruan yang cuba dijaja dan kedegilan sikap yang ditonjolkan.

Mereka yang kurang mengerti dan memahami pula mungkin sedikit-sebanyak akan terkeliru dan timbul kesangsian terhadap sambutan Maulid. Apatah lagi jika isu ini turut bercampur dan bertindan dengan isu dan sentimen politik kepartian.

Bukanlah terlalu besar isunya, jikalau yang dipertikaikan tentang Maulid ini adalah kaedah dan cara sambutannya. Prinsip-prinsip Islam dalam menentukan kaedah dan cara dalam sesuatu amalan sudah ada pada kita. Yang haram dan halal sudah jelas dalam Islam, manakala yang syubhah eloklah dijauhi.

Kita turut diajar berlapang dada dalam persoalan yang statusnya masih khilaf. Kita juga dilarang mempertikaikan niat orang lain serta perlu bersangka baik sesama Islam. Berbekalkan sikap ini soal-soal rinci seperti berarak atau tidak, pembaziran, percampuran dan batas aurat, lafaz dan bacaan selawat, berkompang dalam masjid dan sebagainya dapat kita singkapi tanpa menimbulkan banyak masalah.

Malangnya, sebahagian suara yang alahan Maulid ini turut mempertikaikan prinsip dan hukum Maulid serta kewajaran dan kebijaksanaan menganjurkannya dari sisi Islam. Ini adalah soal yang lebih besar dan mendasar.

Kegelinciran kaki dalam hal ini boleh melibatkan soal-soal besar termasuklah menyakiti Nabi SAW, tidak beradab dengan Baginda SAW, menentang syiar Islam, menyesatkan para ulama dan umat Islam, memecahkan kesatuan umat dan seumpamanya.

Tidak hairanlah seorang tokoh ulama Yaman, al-Allamah Abu Abdullah 'Alawi al-Yamani turut memperuntukkan bab khusus tentang persoalan Maulid dalam kitabnya yang bertajuk Intabih Diinuka fi Khotrin (Awas, Agamu Dalam Bahaya!). Memang, jika tidak berhati-hati, kata-kata dan perbuatan kita dalam bab Maulid ini boleh membahayakan dan mengancam agama kita sebenarnya.

Kerangka Fikir Menolak Maulid

Jika diteliti, ada beberapa kerangka faham agama tertentu yang dipegangi oleh mereka yang alahan Maulid ini yang akhirnya menyebabkan mereka bersikap begitu. Kerangka faham agama yang sama juga menyebabkan mereka turut berbeza sikap dengan majoriti umat dalam soal-soal tertentu seperti fiqh bermazhab, tasawuf, dan beberapa isu-isu khilafiyyah.

Kita boleh menyimpulkan kerangka faham agama mereka ini kepada beberapa fahaman utama:

Pertamanya: Fahaman mereka yang ganjil berkenaan prinsip dan konsep bidaah. Mereka tidak mahu menerima pandangan ulama-ulama muktabar yang membahagikan bidaah kepada yang sesat dan yang terpuji. Bagi mereka semua bidaah dalam hal agama adalah sesat. Mereka keras berpegang dengan tafsiran literal dan sempit kepada hadis yang berkaitan persoalan bidaah ini.

Kedua: Mereka terlalu menekankan sikap Ittiba' (mematuhi) dalam sikap mereka terhadap Nabi SAW dan Sunnahnya. Seterusnya, secara langsung atau tidak mereka ini sering mempertentangkan Ittiba' dengan sikap-sikap lain kita terhadap Nabi seperti Hubb (mengasihi) Ta'dzim (mengagungkan), Tasyaffu' (memohon syafaat), Tabarruk (mengambil berkat), Tawassul (mengambil sebagai perantaraan) dan seumpamanya.

Ketiga: Mereka berpegang serta bertaklid kuat dengan fahaman dan tafsiran beberapa tokoh ulama khalaf tertentu yang akhirnya telah diolah dan terolah menjadi suatu aliran terasing daripada arus perdana Umat. Berbekalkan fahaman-fahaman dalam aliran ini yang telah mereka angkat ke tahap doktrin dan memang disebarkan secara indoktrinasi (secara perbincangan sebelah pihak serta tidak saksama ataupun objektif), mereka ini rata-rata bersikap lebih pesimistik dan cenderung mempertikaikan tafsiran para ulama lain selain daripada beberapa ulama yang menjadi ikutan mereka.

Jika direnungi fahaman-fahaman asas mereka ini maka tidak hairanlah mereka ini cenderung menolak Maulid. Sebaliknya, mereka yang mendokong Maulid tidak perlu mengambil kira pandangan ini kerana asas-asas fahamannya ternyata berbeza dengan arus perdana umat.

Pertamanya, di sisi majoriti umat, sambutan Maulid adalah paling kurang pun dikira sebagai biaah Hassanah. Malah ada pandangan menyatakan bahawa ia termasuk sunnah yang dimulakan oleh Nabi SAW sendiri berdasarkan hadis yang menyebut bahawa kelahirannya pada hari Isnin menjadi salah satu asas Baginda SAW berpuasa sunat pada hari-hari tersebut; "Padanya (hari Isnin) aku dilahirkan dan padanya (hari Isnin wahyu pertama) diturunkan kepadaku." (Syarah Sohih Muslim, Imam Nawawi Jld 8 H: 235)

Majoriti umat juga tidak melihat konsep Ittiba', Hubb, Ta'dzim, Tasyaffu', Tabarruk dan Tawassul sebagai konsep-konsep yang bercanggahan antara satu sama lain. Malah semuanya adalah sebahagian dan selari dengan dasar mematuhi dan mentaati Nabi SAW kerana konsep-konsep ini tidaklah dilarang atau bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi SAW.

Merujuk kepada asas fahaman mereka yang ketiga, majoriti umat Islam telah mewarisi khazanah fahaman agama meliputi ketiga-tiga cabang utamanya Akidah/Tauhid, Syariah/Fiqh dan Akhlak/Tasawuf daripada generasi demi generasi ulama-ulama pilihan dalam suatu kerangka yang kemas dan sistematik.

Para pemuka ulama umat dalam kerangka ini rata-ratanya tidak menolak dan mendokong Maulid sehingga boleh dianggap terdapat sebentuk Ijma' Sukuti (ijma' senyap) tentang sambutan Maulid Nabi selepas ia mula dianjurkan secara besar-besaran.

Penang Wasabi

Tuesday, March 2, 2010

Krisis PKR semakin 'tenat' !

SUATU ketika dahulu apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Perak, Jamaludin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) membuat keputusan meninggalkan parti itu, pelbagai tuduhan dilemparkan kepada mereka.

Hujah mereka bahawa keputusan itu dibuat kerana sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PKR dipandang sinis. Malah mereka juga dikecam oleh pemimpin-pemimpin pembangkang apabila menyatakan langkah berkenaan juga kerana kecewa dengan PKR yang terlalu tunduk kepada DAP.

Tetapi kini, hujah mereka semakin menjadi kenyataan apabila satu demi satu wakil rakyat PKR menurut jejak mereka atas alasan yang sama. Mereka ialah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dan ADUN Lunas, Mohd.Radzi Salleh.

Kekalutan dan kepincangan di dalam PKR yang sebelum ini sentiasa digambarkan hanya ibarat 'kocakan dalam cawan' kini sudah meleleh keluar. Ia membabitkan pula pertembungan secara langsung antara ahli-ahli Parlimen PKR dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mereka ialah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin.

Walaupun mereka sebenarnya mengetengahkan apa yang pernah disuarakan oleh Jamaludin dan Osman sebelum ini, namun akhirnya demi kepentingan politik, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih rela melihat orang-orang yang pernah setia kepadanya dikorbankan.

Anwar terlalu mementingkan kerjasama politik dengan DAP. Jadi, sesiapa sahaja di dalam PKR hatta orang kanannya sekalipun menyerang atau mengkritik parti itu dan Guan Eng, mereka pasti menerima pembalasan.

Berikutan sikap Anwar itulah, ia menjadi faktor utama yang mendorong Zahrain dan Tee Beng menyusul mengucapkan selamat tinggal kepada PKR, begitu juga dengan tindakan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin. Apa yang mengejutkan langkah tersebut juga sudah awal-awal lagi dilakukan oleh bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Pengunduran diri Tee Beng dan Zahrain menjadikan kedudukan PKR sebagai parti pembangkang paling berkuasa dalam Parlimen semakin luntur. PKR kini han ya menguasai 29 kerusi Parlimen, diikuti oleh DAP (28 kerusi) dan Pas (23 kerusi).

Jika berdasarkan kepada situasi sekarang ,tidak mustahil PKR perlu mengosongkan kerusi ketua pembangkang yang disandang oleh Anwar untuk diserahkan kepada DAP dan sekali gus akan memungkinkan Pas yang kini begitu setia dengan pakatan berkenaan terus menjadi pengikut.

Mungkin kalau kerusi PKR berkurangan, DAP akan melakukan kompromi untuk membiarkan Anwar terus menjadi ketua pembangkang kerana DAP seperti Pas, bergantung kepada Penasihat PKR itu dalam memastikan pembangkang tidak berpecah-belah.

DAP lebih rela membenarkan Anwar menjadi ketua pembangkang berbanding melantik pemimpin Pas berada di kerusi tersebut.

Tetapi apa pun keadaannya, kemelut yang berlaku di dalam PKR kini sudah jelas membuktikan bahawa parti yang ditubuhkan atas dasar kebencian dan kemarahan itu serta ingin memperjuangkan nasib politik seorang insan semakin berada di penghujungnya.

Pemimpin-pemimpin pembangkang yang tidak bersetuju dengan tindakan wakil rakyat PKR meninggalkan parti berkenaan boleh berkata apa sahaja. Ia termasuklah juga kononnya wakil rakyat yang berbuat demikian menghadapi pelbagai masalah tetapi fakta tetap fakta. Bagaimana pula dengan tindakan sebahagian ahli PKR yang melakukan langkah yang sama, apakah mereka juga ada masalah?

Pemimpin pembangkang terus mengamalkan sikap kononnya wakil rakyat yang keluar itu akan membersihkan parti tetapi mereka sengaja melupakan bahawa sebenarnya tindakan sedemikian dilakukan kerana bak kata Zahrain, ''Merasakan perjuangan dikhianati pimpinan politik propaganda murahan.''

Kalaulah benar pemimpin pembangkang mengaku diri dan parti mereka adalah parti terbaik maka berjiwa besarlah untuk mengakui bahawa hakikatnya PKR sememangnya sedang menghadapi krisis kepercayaan. Politik dominan yang diamalkan oleh DAP telah memburukkan lagi keadaan. Inilah dua fakta yang tidak harus dinafikan oleh parti-parti pembangkang termasuk Pas.

Oleh itu, bukanlah sesuatu yang menghairankan jika selepas ini semakin ramai pemimpin dan ahli PKR meninggalkan parti. Ia kerana pemimpin utamanya bukan memikirkan bagaimana hendak memperkukuhkan parti, sebaliknya sedang bergelut dengan masalah peribadi di mahkamah dan bersedia melakukan apa sahaja demi mengaut secebis kuasa.

Malahan demi untuk mempertahankan dirinya, Anwar juga begitu bangga mendabik dada bahawa kuasa-kuasa besar dunia kini menyokongnya pada ketika beliau berhadapan dengan tuduhan liwat di mahkamah. Sikap Anwar itulah yang memungkinkan wujud perasaan tidak puas hati di kalangan wakil-wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti tersebut.

Mungkin mereka tidak sehaluan dalam politik dengan kerajaan tetapi ia tidak bermakna mereka akan merelakan negara ini diperkotak-katikkan oleh negara luar. Selain itu, mereka juga bertindak demikian kerana memahami betapa bahayanya politik dominan yang diamalkan oleh DAP yang sentiasa mahu semua parti pembangkang mengakui kehebatan mereka.

Dengan pelbagai kekalutan yang berlaku dalam PKR sekarang, sudah pasti ramai tertanya-tanya apakah pendirian Pas? Adakah mereka akan terus kekal dalam gabungan pembangkang atau sudah memikirkan untuk meneruskan perjuangan secara bersendirian?

Tetapi ramai yakin bahawa Pas tidak akan bertindak meninggalkan pakatan pembangkang kerana parti itu semakin terhakis keyakinan diri untuk berjuang sendirian. Pas lebih rela diperkotak-katikkan oleh PKR dan DAP kerana mereka terlalu percaya dengan kewibawaan Anwar dan pengaruh DAP yang dipimpin oleh Guan Eng.

Apa pun Pas harus ingat berikutan kedudukan PKR yang semakin rapuh akan membuka laluan untuk DAP mengukuhkan cengkaman dalam pakatan pembangkang. Ia bermakna dalam pilihan raya umum nanti DAP berkemungkinan akan memastikan pembahagian kerusi untuk bertanding di peringkat Parlimen dan DUN lebih memihak kepada mereka, ketika itu apa yang boleh Pas lakukan?

Terserahlah kepada kepimpinan Pas untuk memikirkannya tetapi dalam menilai krisis yang berlaku kepada PKR, satu perkara yang boleh dinyatakan adalah inilah akibatnya kalau sesebuah parti itu dipimpin oleh individu yang bermasalah, sudah pasti 'badinya' akan terpalit sama.

Penang Wasabi